Monday, November 17, 2008

East of Eden - Episode 15 & 16


Sambung menyambung...



Dalam episode ni Dong Wook ditangkap lagi dan disumbat di dalam penjara. Serabot tol la watak dia nih. Asek la masuk penjara. Keluar paper masuk penjara, masuk penjara keluar paper. Tu je la keje dia setakat nih. Bila daa ko nak jadik loyer...aigooo



Babak ini pula. Mak tiri Hye Rin menuduh Hye Rin mencopet kekasih hati kakak dia. Hye Rin tiada kena mengena dalam ini gambar sebenarnya. Jantan tu yang syiok sama Hye Rin


Skrip faveret dalam drama ni "blood will never lie". Setakat episode ni dah 10-11 kali jumpa skrip ni. Merujuk pada kalau dah keturunan tak elok, maka anak pon jadi tak senonoh. Itu kata dialah. Yang tak senonoh pon laki ko jugak main kayu tiga. Lawan Hye Rin lawan. Jangan kasik can sama makcik tu.


Feveret saya buat masa ni dalam citer ni sebab tak berapa serabot watak depa. Dong Chul asek kena marah dengan mak, Dong Wook pulak asek keluar masuk penjara. Tambahan yang ni membuat kita terkasimass hehehe


Abonim Ji Hyun mahu Ji Hyun mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di Boston untuk membantu syarikat Shin & Family


Ji Hyun dipuji kerna telah melaksana tugasnya dengan penuh dedikasi dan mamikasi. Tiba-tiba bapa mentua itu bagi kredit kat diri dia sendiri kerana tidak salah pilih menantu. Motifff dulu dia gak yang protes perkahwinan anak lelaki dia yang taste iteww hiks


Hehehehe tak larat part ni


Mak membebel lagi. Makcik baju pepel tu beking Dong Chul


Bertekak punya bertekak, Dong Chul pon berkata

"Ok lah mak ikut suka mak la nak gugurkan nama saya dalam keluarga Lee. Aiman tak kisah. Jika itu untuk kebaikan masa depan Dong Wook"


Mak Dong Chul memujuk Dong Chul supaya meninggalkan kerjaya dia sekarang dan mula kan hidup baru. Masih belum terlambat. Anda mampu mengubah nya.

"Andeyy omuni (tidak mak) Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Choesong hamnida (maafkan saya)" kata Dong Chul dan berlalu pergi


Part kuch kuch hota hey antara anak bos dan pekerja bos


"Pergi Guk Ja pergi. Kita tidak mungkin bersama. Biarla aku menanggung kesengsraan ini. Aku tidak pernah lupa akan jasa baik bapa mu buat kan paspot untuk ku" Dong Chul berkata dengan hiba

"Sabar la oppa" kedengaran suara halus penonton dibelakang enterprem


Ni bosnya. Bos beri warning pada anak nya, kalau tak ikut kemahuan dia, siap


Bapa itu mahu menjodohkan anak nya dengan Mike


Babak dihospital. Dipendekkan citer, Dong Wook di bebaskan setelah disiksa teruk di dalam penjara dan berada di dalam pemerhatian polisi


Di hopital keluarga Lee bertembung dengan keluarga Shin sebab atok Shin juga berada dalam wad di spital yang sama. Ni masa datang


Masa balik tembung dengan Hyung plak


"Please Hyung. Apakah dendam ini masih berterusan? Hentikan la Hyung" pinta Myung Hun

"Eh bila masa aku jadi Hyung kau?" kata Dong Chul dengan wajah seposen


Hyung bertindak untuk tidak carut lebih sebab ada budak kecik dan juga Ji Hyun


Di dalam wad Dong Wook, Hyung kata walau apa pun terjadi ko jangan putus asa. Kau kena penuhi janji yang kau buat pada aku dulu Wook


Yong Ran curi-curi mengendap Dong Chul tidur di dalam bilik


Di hospital hari yang lain. Ki Sun plak terserempak dengan Ji Hyun dan berteriak "Unni..."
Ji Hyun tanya oppa mana??


Dong Wook oppa di bawa bertemu dengan Ji Hyun. 5 min je masa boleh jumpa sbb Dong Wook sedang di dalam pemantauan polisi. Ji Hyun tidak dapat menahan kesedihan bila melihat kondisi Dong Wook yang ala cip penyamun . Yang pasti baju Ji Hyun dalam citer ni seme lawa-lawa





Sebagai pengurus International Hotel & Asia Casino









Selepas Yong Ran pot pet pot pet menemplak Dong Chul, Dong Chul dengan kool bilang "Ikut la kemahuan bapa mu dan jadi lah anak yang baik"

Nurse apa nama dia ni yang tukar bayi itew. Sekarang sudah tukar nama Rebecca sebab lama dok Amerika. Sekarang balik Korea dengan profession baru fund manager. Dari nurse ke fund manager?? Nanti kan sambungan nya

Eh rajin pulak ribiu citer ni. Sementara rajin maseh menguasai dirik ku...hehe

*Credit WITHS2 , MBC

No comments: