Wednesday, November 12, 2008

East of Eden - Episode 11 & 12


Kembali bersambungan. Bila menonton drama banyak episode ni kita harus menyiapkan diri bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi tahap kelembapan dan pengulangan yang very derr supaya kita tidak mudah berputus asa, mengalami stress lantas givap menonton nya sekerat jalan.

Oleh itu, aja aja fighting!! Buat diri sendiri. Hahaha

Kat mana aritu? Ok sini. Oh ya citer ni berlatar belakangkan tahun 1981. So tiada internet dan henfon pada masa ni. Semua maklumat dan berita diketahui melalui surat khabar dan tv. Yang canggih sket mungkin berita kat Korea dapat liputan akhbar di Macau pada masa ni. Mungkin wartawan pos laju berita ke sana. Ekekeke.

Ahjusshi tu kan lepas melakukan sistem barter untuk mendapatkan paspot dengan bapa Yong Ran (Grace-se), Ahjussi telah dimarahi oleh aweks itu. Yong Ran sungguh kuciwa dengan sikap Ahjussi itu sebab Ahjussi itu bakal menjadi anjing tambatan yang akan menuruti arahan tuannya yak itu bapa Yong Ran. Bukan apa Yong Ran kuciwa kerna separuh hatinya telah dicuri oleh si pencuri hati itu dan pencuri hati itu buat dek saja. Maka member pun hangin. Dan hangin ini berlarutan sampai ke satu masa yang akan diberitahu kelak.


Babak ni pulak. Aweks itu tidak ngam dengan ibunya sebab ibu itu bukanlah ibu kandungnya. Tetapi disebabkan ibu nya ada kuasa untuk membebaskan tahanan, maka dia terpaksa bersemuka dengan ibunya meminta ibunya membebaskan Dong Wook.


Yang ni pulak. Ji Hyun telah diperkosa oleh lelaki itu. Kemudian Ji Hyun mengambil keputusan mahu menamatkan riwayat kesan degil eh riwayat hidupnya. "Ji Hyun naaa...Ji Hyun naaa"


Ni pulak. Lelaki yang kanan ugut lelaki kiri mahu mengapa-apakan ibu nya jika dia masih berdegil juga


Taraaa...Hyung sudah tiba di Korea. Pakcik tu cakap lain kali tak payah la dok asing. Dok sekali first class, aku yang bayar tambang kan, kata pakcik janggut tu (aka bapa Yong Ran)

*Jangan begitu. First class baik, seken class baik. Saya penat kayuh. Lain kali taruk tilam wak saya bayar seposen*P


Sampai dirumah, minah ni masih meneruskan ketidakpuasan hati nya sebab tidak dipedulikan. Dia akan pastikan Dong Chul dipecat



Sebelum tu tergelak tengok fon dia banyak sangat. Mengalahkan Ismet Ulam Raja hehehe. Dong Chul meminta pertolongan bapa Yong Ran untuk membebaskan adik nya, Dong Wook di penjara.


Ji Hyun koma sebab kehilangan banyak darah


Ni pula atok Ji Hyun


Myung Hun memohon kemaafan atok dan berjanji akan bertanggungjawab di atas perbuatan nya yang tidak bermoral itu


Pertemuan kali pertama dan mereka merempit berdua. Dong Chul dan Hye Rin

Episode 12. Episode paling lama. Durasi 1 jam 21 min. Episode yang penuh emosi, syahdu dan kesedihan. Pastikan tisu disediakan secukup nya. Kalau tak sempat capai tisu, lengan t-shirt pon boleh guna. Kalau pakai baju takde lengan (almaklum kat rumah) bior saja la ayor mata tu meleleh kekdahnya hehehe


Pertemuan jejak kasih 2 bradek penuh syahdu. Dengan bantuan bapa Yong Ran, Dong Wook telah dibebaskan


Kemudian Dong Wook pulang ke rumah. Di rumah pada masa tu ada kenduri ke hapa. Suasana hingar bingar dengan kekecohan orang kampung. Dan tiba-tiba orang kampung berteriak "Ahjumma Dong Wook is back. Dong Wook sudah pulang. Dong Wook sudah pulang"


Emak Dong Wook bercampur perasaan di kala itu. Hiba campur gembira pabila melihat Dong Wook pulang. Selepas berdakapan melepaskan rindu pada emaknya Dong Wook beritahu, bukan anak bongsu mak saja dah pulang, anak sulung mak juga sudah pulang "Omuni, hyung is back"

Hyung bermaksud abang. Panggilan adek lelaki kepada abang. Panggilan adek pompuan kepada abang ialah 'oppa'. Bagi yang tak follow citer Korea tapi baca blog waiem barangkali.


Ketepi, ketepi, wira kampung sudah kembali. Orang kampung get redi beratur amek tempat masing² bagi laluan pada Dong Chul untuk berjumpa emak nya. Dan di kala ini kedengaran lagu Confession nyanyian Kim Jin Ho (SGWannabe) yang kena sekali liriknya dengan adegan ini.



"Dong Chul anak ku? Benar kah apa ku lihat ini? Aigoo anak ku kelihatan macho sekali"


Dan bermula la episode jejak kasih ke-2.


Sob sob sob


Tamat babak sedih. Kita ke babak meroyan plak. Emak Dong Chul meroyan setelah mendapat tahu kerjaya Dong Chul, macam mana dia boleh lari ke Macau dan etc etc. Saya tak paham emak dia ni. Orang dah balik jauh² penat² susah payah lagian mahu dimarahin. Kok tanyain la dulu macam mana hidup kat sana, makan apa, dok mana, dok ngn sapa, macam mana survive etc etc Tau-tau nak mengarok aje *ros ros singkat betol fikiran mu*


Dia sangat tidak cuba untuk memahami anak nya. Ingat anak tu lari suka-suka kah mak


Cian Abang Long itew


Malam tu jugak mak dapat tahu rahsia kenapa dia lari ke luar negara selama ni. Sapa yang bagi tau kena tengok sendiri lah ye. Lepas dapat tahu rahsia, emosi mak berubah dari gembira dan terharu kepada amaroh dan benci tanpa dengar penjelasan si anak


"Mak punya sad saja nak kira. Habis saya punya sad nak taruk mana mak? Taruk pajak gantung kah?" penonton tak puas hati tanya bagi pihak Dong Chul. Hiks


Bertekak lagi.

"Omuni, tahu tak apa itu undang-undang? Undang-undang adalah duit. Duit dan kekuasaan. Sapa yang bebaskan Dong Chul jika bukan wang"

Omuni = mak


Akhirnya mak cakap

"Dah aku tanak tengok muka kau lagi. Jangan ko hampiri adik mu itu. Aku tidak sukak. Kau akan menjadi batu ronsen menghalang pada kerjaya adik mu kelak. Kau nampak itu pintu besar sana? O-U-T outtttt"

Mak dia tersangat sayang akan Dong Wook sebab Dong Wook adalah anak harapan bangsa dia. Sapa yang agak-agak mak boleh mengganggu hidup Dong Wook, mak kan halang. Sama berlaku pada Ji Hyun.

Bayangkan kalo mak kita cakap cenggini ngn kita kan. Dah la kekurangan kasih sayang masa dok kat tampat orang. Balik-balik kena marah dengan mak. Aigooo. Sedih u ols. Bacin-bacin pon anak mak jugak mak


Minah ini sudah berbadan dua


Myung Hun melutut memohon kemaafan dendam yang terindah dari Ji Hyun


"Maaf kan aku Ji Hyun naa, maafkan aku" Lawak pulak tengok muka dia nih nanges hehe


Again mak dia nih


Tak sabar mau tengok bila omuni dapat tahu Dong Wook bukan anak dia. Kwang kwang

Pendek kata, episode ni meriah dengan air mata daa

*Credit soft subs WITHS2

No comments: