Dah lama ai tak nengok citer antu. Malam minggu lepas
sempat menonton citer ni kat Estero Ria jam 11 malam sampai 1 malam. Perghh taim
ni memang taim antu-antu berkeliaran kan. Kekeke. Kata orang la.
Tekan butang info, eh ada citer antu lepas ni. Mata
pon tak berapa mengantuk dan anak pon dah tido, maka ambe beranikan diri untuk
menonton telemovie ini seorang diri. Orang lain semua dah tido, cik asben pulak
kena pegi opis. Naluri nak sangat tengok, tapi rasa serem nak nengok antu pon
ada. Tapi ku gagahi jua jebat.
Al-kisah rupanya citer ni pasal orang pakai susuk.
Susuk sundel bolong. Ada juga nama susuk sundel bolong ni ek. Nengok nama je
dah serem. Ingatkan sundel bolong ala-ala filem Indon Suzanna dulu.
Kalau pengarah citer ini ada buat kajian mengenai
susuk ni, maka penonton dapat la beberapa info/ilmu mengenai pantang larang
pemakai susuk sundel bolong ini.
Antara pantang larangnya ialah :
1) Tidak boleh mendengar azan dan ayat-ayat suci
Al-Quran
2) Tidak boleh solat, mengaji dan perkara yang sewaktu
dengan nya
3) Tidak boleh lalu bawah ampaian (yang ni memang dah
tahu)
4) Tidak boleh bernikah
5) Tidak boleh makan satay dan pisang berangan
Bila dah langgar pantang dan ingin kembali pulih
seperti sedia kala kena makan janin wanita yang mengandung. Aigooooo. Pendek
kata memang syirik la sapa yang pakai susuk ini.
Tak lawa pon tak pe la. Janji hati tenang dan bahgia
disamping keluarga tersayang dan Allah redho dengan kita. Menyeksakan badan je
pakai susuk-susuk ni.
Nak lawa semulajadi senang je, amek wuduk selalu.
Macam ada sorang retis tu hanya amalkan berwuduk untuk menten kejelitaan setiap
masa. Hiks.
Cik asben pula menyampuk sewaktu nengok ujung-ujung, "Buat apa susah-susah
nak pakai susuk ni semua, pegi je la Korea, buat plastik surgeri". Hehehe
Sekurang-kurangnya buat plastic surgeri masih boleh
menyebut nama Allah dan mendengar Azan, ayat Quran semua dan bertaubat, tapi
jika memakai susuk ini nak sebut nama Allah pon dah tak reti.
Bak kata Didie Alias dalam citer ni selaku watak utama "Kalau aku pelacur aku masih boleh bertaubat tapi sekarang ni nak sebut nama
Tuhan pon aku dah tak reti. Aku tak pedulik aku nak buang jugak susuk ini".
Citer ini mengisah Erni (Didie Alias) seorang pelacur
kertu yang kurang laris di kalangan pelacur-pelacur muda dan vogue yang lain.
Pernah dihina oleh sorang pelacur vogue supaya Erni pegi bedah muka dulu baru
ada jantan akan taste dengan dia.
Satu malam Erni telah disepak terajang oleh seorang
lelaki selepas tamat servisnya sebab Erni mintak duit lebih seperti yang
dijanjikan tapi dia cuma dapat RM5 sajor. Janji nak bagi RM50.
Selang beberapa minit dari insiden itu Erni didatangi
oleh seorang budak perempuan.
"Kakak, kakak nak cantik tak? Mari ikut saya"
Erni pon ikut budak itu sampai ke sebuah rumah yang
dihuni oleh Mak Esah (bukan nama sebenar). Tak dengar sangat apa Mak Esah ni
cakap sebab volume kena slow kan sebab Maryam tido kat sebelah. Dia pantang
dengor bunyi TV bukak especially kalu iklan. Tengah tido tiba-tiba dia boleh
bangun tunjuk TV sambil cakap "kan...kan..." yang bermaksud ikan. Ikan haiwan
pertama yang dia dah kenal dan boleh tunjuk dalam buku kalu orang tanya "mana
ikan?" Iklan feveret dia iklan Seefood tu. Dah la tengok citer serem tiba-tiba
dia bangun mengejut, tokojut la mak. Hehehe
Mak Esah pon menjalankan tugasan beliau mensusuk Erni.
Dia cucuk tang sini, dia cucuk tang sana. Dia cucuk sini sana je ke. Eh tali apa ni.
Erni pon pulang ke rumah. Bangun esok pagi wajah
beliau telah bertransformasi menjadi gebus dan muda, menjadi wajah Yasmin Hani.
Terkasima la semua kawan-kawan Erni yang melihat Erni telah menjadi muda dan
cantik. Dan bertambah laris la Erni jelmaan yang baru.
Di pendekkan citer, Erni jelmaan telah berjaya
menambat hati seorang lelaki yang ikhlas ingin memperisterikan Erni, yak itu lakonan
Zizan Nin. Ye la lawa ko syiok la. Padahal itu hanya jelmaan sundel bolong
semata-mata. Eii serem
Kalau ikutkan pantang sundel bolong, Erni sebenar di
larang menikah seumur hidup tapi memikirkan beliau mahu mengubah kehidupan
beliau dan lari dari sarang pelacuran, maka beliau pon bernikah la juga.
Malam nikah mak Zizan Nin kena bunuh dengan sundel
bolong dengan keadaan sungguh ngeri.
Erni sebenar dihantui rasa bersalah. Ekoran daripada peristiwa
itu beliau berusaha untuk mencari pawang yang boleh membantu beliau membuang
susuk itu. Malangnya pawang itu telah meninggal dunia.
Bagaimanakah nasib Erni sebenar? Nak tahu kesudahan nya?
Ok kesudahannya Erni mati jatuh dari bangunan hospital
sebab sundel bolong itu punya pasal lah. Dan susuk sundel bolong itu tidak
berakhir di situ saja. Dia terus berkeliaran mencari mangsa baru selepas mangsa
lama mati. Mungkin itu la dendam nya maka citer ini dinamakan Dendam Sundel
Bolong. Yang lama mati carik yang baru. Carik yang baru bila yang lama mati.
Tapi jangan takut, sundel bolong ini tak serem uols.
Sundel bolong ini cun melecun persis Yasmin Hani.
Saya sangat suka dengan olahan jalan citer ni. Nampak
kemas dan tersusun. Sinematrografi dia pun cantik terutama masa kat kampong.
Syabas!
No comments:
Post a Comment