Bulan Mei ini genap lah 13 tahun
bekerja di kompeni ini.
Belek-belek fail peribadi.
6hb Mei 1999 pegi interbiu
dan isi borang application.
12hb Mei 1999 dipanggil
keje dengan gaji permulaan RM900.00. (Walau ada diploma tapi mintak keje guna
Espiem sajor sebab tiada pengalaman keje katanya. Ambe pasrah saje janji dapat
keje dan boleh bayau yuran pengajian)
Ini tempat keberapa tah
pegi interbiu. Asal interbiu tanya pengalaman keje, asal temuramah je tanya ada
eksperien keje tak. Sampai aku jadik fedap la citah. Apa ingat kita ni
lahir-lahir terus ada pengalaman keje ke. Hampes.
12hb Ogos 1999 pula dapat
surat konfemesyen dengan kenaikan gaji RM300. Alhamdulillah.
Kini tanggal 12hb Mei
2012, pejam celik pejam celik genaplah 13 tahun berkhidmat di syarikat ini yang
menjadik rumah kedua saya selepas rumah sendiri. Banyak dokumen-dokumen penting
numpang simpan kat dalam save box kat opis ni. Terutama dokumen hutang piutang.
Kekeke.
Merasalah dapat bonus 10 bulan. Tahun bila tak ingat.
Oleh yang demikian, sempena ulangtahun ke-13
ini, satu saja harapan dan doa saya semoga ulangtahun ke-14 di sini tidak
kesampaian.
Semoga hasrat dan impian
untuk menjadik surirumah sepenuh masa akan dimakbulkan.
Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan
dengan lancar.
Perkenankan la Ya Allah.
Amin Ya Robbal Alamin.
Sangat sangat sangat
mengharap dan berharap.
No comments:
Post a Comment