Sunday, December 21, 2008

East of Eden - Episode 23 & 24


Episode 23



Dimulakan dengan bapak Hye Rin memperkenalkan Hye Rin kepada BOD dan pekerja di Hansae Daily. Bapak Hye Rin sshi sedang sakit dan Hye Rin terpaksa memikul tanggungjawab menggantikan bapa di pejabat. Sebab dah tak de anak lain maka Hye Rin la harapan ibu dan bapa nya untuk meneruskan perniagaan bapa nya itu.



Dong Wook selepas Dong Chul dihalau ibunya, dimarahi ibunya kerna tidak mahu belajar. Exam sudah dekat.



"Exam is around the corner and you just left your books aside and switched off the lights"

"The reason I study is because of Hyung"

"I told you not to call him Hyung anymore"



Dong Chul dan Yong Ran melarikan diri ke sebuah tempat apa tah nama kat tepi pantai yang tersorok dari bapa Yong Ran yang sedang bekeng tu. Presiden Guk amat amarah dengan Yong Ran dan saspek Yong Ran lari bersama Dong Chul. Presiden Guk mengupah gengster terhandal bagi membantu siasatan. Eh bukan siasatan tapi mencari Yong Ran sampai dapat.



Hye Rin ke rumah Dong Wook untuk berkongsi khabar gembira dan Dong Wook terkasima melihat penampilan Hye Rin yang begitu anggun dan vogue sekali



Dong Chul dan Yong Ran diraikan di sebuah kelab ketua mafia yang kat Pusan tu. Scene nyanyi ini benar-benar kejadian bukan miming di mana Song Seong Hun telah menyanyi menggunakan suara sendiri yang dirakam semula. Tuan direktor suruh miming saja tapi dia nak nyanyi sendiri. Orang nyanyi dia pon mau nyanyi. Terimalahhh...



Scene di rumah keluarga Shin. Sewaktu di dapur memasak mak mentua Ji Hyun bertanya kepada nya,

"Ji Hyun naa, ni mak nak tanya. Dah lama dah ko dorang ni kawin. Rasanya dah molek benar kamu tambah anak. Tae Ho pun dah besar. Boring dia sorang2"

"Omunim, saya tidak bercadang nak tambah anak lagi. Tae Ho sorang dah cukup"

"Bak po nyo mu tokse anok lagi Ji Hyun?"


Sebenarnya Ji Hyun tidak mahu lagi anak bersama Shin Myung Hun. Anak yang ada sekarang ni pon bukan anak yang lahir dari rasa chenta nya terhadap suami nya. Ji Hyun tidak rela beranak lagi anak keluarga Shin.






Kemudian mak Myung Hun tanya plak kat Myung Hun.

"Korang tak nak tambah anak lagi ke? Tadi mak dah tanya kat Ji Hyun"

"Kenapa mak menambah luka di hati Ji Hyun? Mak kan tahu macam cara kami berkahwin"

"Aigoo kan dah lama hal tu"


"Kalau mak ditempat Ji Hyun adakah mak akan melupa kan peristiwa tu??? Tidak mak, tidak. Saya tidak sanggup mahu melukakan hati Ji Hyun lagi. Saya pasrah. Sorang anak pon sorang lah. Itu pun dah sukur"




Myung Hun kemudian membawa ubat ke dalam bilik. Ji Hyun demam. Selepas makan ubat Ji Hyun membuat pengakuan kepada suami nya

"Saya ada benda nak cakap. Saya harap awak jangan maafkan saya. Saya telah mengambil ubat tahan hamil selama ini tanpa pengetahuan awak"

"Ara yo. Saya tahu. Saya dah lama tahu"

"Huh apa awak tahu?"




"Tak pe awak buat la apa yang awak suka. Apa yang awak buat ini tiada apa yang harus saya maafkan berbanding dengan apa yang telah saya lakukan terhadap awak dulu. Jika satu hari nanti awak lari bersama Tae Ho, saya pasrah " (pasrah lagik hehe)

Contoh chenta sejati yang bertepuk sebelah tangan. Aigoo. Tae Ho appa, sabar la yek.

Episode 24



Presiden Guk telah berjaya menjejak Dong Chul dan Yong Ran. Sebelum bawak balik Yong Ran, Presiden Guk telah melakukan aksi ala kamikaze sebagai tanda menamatkan hubungan dengan Dong Chul

Dong Chul & Yong Ran Behind The Scene



"Orang kata kau adalah orang kanan aku. Sekarang orang kanan ini akan berhenti setakat ini saja"

Presiden Guk menyuruh ketua samseng menikam tangan kanan nya dengan sebilah pisau. Dan beliau pun berangkat pergi bersama Yong Ran. Dong Chul terkebel-kebel seorang diri di tepi pantai.



"Appa, chal mu thee sooo, chal mu thee soo"
(Appa, saya yang bersalah, saya yang bersalah)

*bek ground muzik Biasan Toki*



Selepas 2 tahun




Dong Chul telah meinggalkan alam kasino dan tidak lagi berkerja dengan Presiden Guk. Dong Chul telah insaf dan menjalani perkerjaan baru iaitu mengendalikan perniagaan kitar semula besi buruk. Dan Dong Chul diterima kembali oleh ibu nya selepas meninggalkan alam kasino dan menjalani kehidupan yang bersih



Amothen, Presiden Guk kembali mencari Dong Chul dan mahu Dong Chul bekerja semula dengan dia sebab tiada orang lain yang setanding Dong Chul yang boleh menjadi orang kanan nya. Tetapi Dong Chul tidak termakan pujukan lagi



Dong Wook berjaya mendapatkan bukti bahawa Shin Tae Hwan yang arahkan bapa Dong Wook dibakar dalam lombong.



Dong Wook kemudian lulus periksa bar. Dan orang pertama yang dia kabarkan berita gembira itu ialah Hyung nya. Akhirnya setelah sekian lama berhempas pulas, Dong Wook lulus peksa dengan cemerlang.



Myung Hun hanya mampu memerhatikan dari belakang sewaktu isteri nya sedang tekun membaca berita mengenai bekas kekasih nya telah lulus peksa

Dong Wook kemudian diinterbiu oleh wartawan mengenai kejayaan nya dan masuk TV. Keluarga Shin turut menonton berita itu dengan perasaan yang meluat. Atuk Myung Hun request mahu berjumpa dengan Dong Wook untuk mengetahui apa benar kah dendam kesumat Dong Wook ada kaitan dengan keluarga nya terutama menantu hantu nya Shin Tae Hwan



Keesokan hari, Dong Wook ke pejabat atuk Myung Hun dan menunjukkan bukti bahawa Shin Tae Hwan yang bunuh bapak dia. Atuk Myung Hun tidak dapat menerima kenyataan itu dan heart attack dan pingsan.

Jeng jeng jeng.

Dong Wook kena tuduh lagi kerna menyebabkan orang tua itu pingsan.

*credit subs WITHS2*

No comments: