Tuesday, January 13, 2009

East of Eden - Episode 25 & 26


Kembali bersambung...


Atuk Myung Hun dikejarkan ke spital kerana serangan jantung selepas mendengar pengakuan Dong Wook bahawa menantu hantu nya telah membunuh bapak Dong Wook di dalam lombong arang batu dulu. Tapi keluarga Shin ingat Dong Wook telah mencederakan atuk itu

Ji Hyun berkata "Saya tak percaya Dong Wook tergamak buat begitu. Saya tak percaya, saya tak percaya. (Naa anmitho)"

Suami dia jawab dengan wajah yang bengis "Heii yang ko nak membeking Dong Wook kenapa? Atuk dah masuk spital tu kau masih tak pecaya?"

*bek ground muzik Percayalah Siti Nurhaliza* (takde kaitan kekeke)


Dong Chul pulak hura hara bila mendapat tahu Shin Tae Hwan telah menyumbatkan Dong Wook ke dalam penjara atas tuduhan mencederakan bapa mentua nya. Dong Chul terpaksa merayu supaya adik nya Dong Wook tidak diapa-apakan tatapi tidak berhasil Shin Tae Hwan memang dendam sama family Lee.


No jalan and no road Dong Chul terpaksa meminta bantuan dari orang atasan untuk membebaskan Dong Wook. Tatapi bantuan ada syarat. Dong Chul harus kembali ke alam kasino dan menguruskan perniagaan itu. Nak tanak Dong Chul terpaksa bersetuju dengan syarat itu demi kerana adik nya itu. Kerana adiknya dia sanggup buat apa saja waima nyawa sekali pon dia sanggup gadaikan asalkan perjalanan adik nya menjadi loyer tidak terganggu.

Tapi Dong Wong tidak sedap hati selepas keluar penjara. Dia tahu abangnya telah membuat sesuatu. Dia bertanya pada abangnya sewaktu mereka nak tido,

"Hyungg, apa yang telah kau gadaikan kali ni?? Kau ingat aku boleh tenang ke hyunggg?"

"Kau tanya soalan apa ni? Susah aku nak jawab. Dah la, tido, tido. Besok nak keje"

Dong Chul purak-purak buat tak tahu


Keesokan harinya Dong Chul ke Hongkong atas urusan casino. Ada appointment dengan Rebecca selaku Fund Manager di sebuah bank di Hongkong. Tapi sebelum tu Janice-se, telah membawa Dong Chul melawat seseorang iaitu Yong Ran yang sedang koma. Apa lagi member pon sangat sedih melihat kekasih tak jadi nya sakit


Kisah keluarga Shin pulak. Atuk Myung Hun suda ok tapi tidak boleh bercakap banyak tapi Shin Tae Hwan pressure bapak mentua nya dengan pelbagai soalan

"Ayahanda, sekarang sudah tiba masa semua harta-harta ayahanda diserahkan pada saya. Harta-harta ayahanda di dalam dan di luar negeri. Ayahanda pon nampak nya tak lama lagi dah tuuu"

"Kanda kau ni kenapa? Kan ayahanda tengah sakit tu. Kok ye pon nak harta sabar la dulu. Saya pon ada share jugak" marah isteri nya itu


Di scene yang lain, Myung Hun tetap tidak puas hati dengan Dong Wook dan amaroh nya meluap-luap. Kemudian Ji Hyun masih juga membela bekas kekasihnya itu

"Hati kau belah sapa sebenarnya ni? Kau tak nampak apa yang Dong Wook telah lakukan pada haraboji?" marah Myung pada isterinya


Kemudian atuk cakap kat Ji Hyun dia nak jumpa Dong Wook. Dia mahu tahu kebenaran. Dan atuk arahkan Ji Hyun pergi jumpa Dong Wook. Atuk cakap ngn Ji Hyun saja. Ngan orang lain dia tak percaya lagi terutama menantu hantu nya itu


Ji Hyun pon pergi la ke rumah Dong Wook bersama Tae Ho. Macam biasa dia di-sound oleh mak Dong Wook. Tapi disebabkan Tae Ho ada bersama maka mak Dong Wook sound sikit-sikit je. Budaya dorang tak boleh cakap bahasa kasar atau cakap tak senonoh depan budak-budak. Kalau nak carut pon kena pospon. Tunggu tak de budak boleh carut. Sebab akan bagi contoh tak elok pada budak-budak.

Sekali Tae Ho yang comey tu cakap "Ahnyong haseyo halmoni"

Dan halmoni (nenek) pon terkejut di panggil 'halmoni"


Dong Wook bertanya "Sapa yang arahkan kau kemari? Shin Tae Hwan? Shin Myung Hun?"

"President Oh yang suruh aku jumpa kau. Dia nak tahu kisah yang sebenar"


Kemudian Dong Wook hantar Ji Hyun ke kereta. Dan dari jauh Myung Hun memerhati gerak geri gasing. Eh gerak geri mereka bertiga dengan sedikit cemburu


Di rumah keluarga Min pula. Dong Wook ditegah oleh bapak Hye Rin supaya tidak lagi berjumpa dengan Hye Rin. Sebab nya apa ek? Aiseh lupa


Dan Dong Wook perlahan-lahan menjauhkan diri nya drpd Hye Rin


Dong Chul melawat Yong Ran lagi dan terus tersedih tidak terhingga


Mike menjaga tunangnya Yong Ran yang sakit akibat stress terlampau


Tae Ho appa, selepas menyaksikan Dong Wong dan Ji Hyun togede-gede, beliau lantas stress dan berfikir bukan-bukan. Dia sangat takut jika Ji Hyun lari bawak Tae Ho sekali meninggalkan dia dan hidup bersama Dong Wook


"Hidup bersama aku penat ek? Mesti dalam hati kau tak suka hidup bersama aku tapi terpaksa"


Dong Wook pon beri cadangan supaya mereka putuskan hubungan


Yang 2 orang ni meneruskan pertelagahan mereka. Gitu je la depa 2 ni. Letih woi letih. Aigoo. Cepat la rahsia terbongkarrrr...hehe

*credit WITHS2*

No comments: