Aigoo episode ini. Sapa mau nonton citer ni sediakan tisu secukupnya yach kerna...ya kerna...tengok gambar boleh tahu. Benci tau sedih-sedih ni. Bukan sedih apa, sedih sebab budak-budak ni blakon sedih sangat excellent. Dia sedih, kita pun ikut sedih. Hehe.
Ok sambungan...citer ni saya kena tengok sekarang. Kalau di peram tunggu sampai habis, harus jadik pekasam.
Dalam episode ini omma mereka kena belasah teruk hingga tempang oleh Mr. Shin (pengarah lombong). Selepas dia dah bomkan lombong hingga menyebabkan kematian appa Dong Chul dan Dong Wook, Mr. Shin mahu membunuh omma mereka pula sebab omma itu mahu menuntut bela di atas kematian suami nya itu. Mr. Shin telah menyuruh mereka sekeluarga barambus dari kampung itu dengan memberi wang pampasan. Tatapi mereka tidak mahu pindah. Tatapi akhirnya pindah jua sebab asek kena ugut.
Di suatu malam yang sepi, Dong Chul teringat akan bapa nya yang telah mati sambil mencium baju peninggalan ayahanda itu sambil ditenangkan oleh adik nya Dong Wook
Dong Chul bercerita pada adiknya pengalaman ngeri yang mana telah meragut nyawa bapa mereka. Dong Chul merasa amat menyesal kerna tidak dapat menyelamatkan bapanya *menyesal aku menyesal..*
Kemudian ditengah jalan sewaktu mereka sedang membuat kerja, anak Mr. Shin memberi Dong Wook hadiah hari jadi sebab mereka lahir pada hari dan di spital yang sama. Hadiah tu telah dibuang oleh Dong Wook sebab marah dengan Mr. Shin yang telah membunuh ayahnya. 2 lawan 4 mana aci men.
Disebabkan amaroh Mr. Shin itu menyuruh anak nya memukul Dong Wook. Dasar samseng. Anak nya juga diajar menjadi samseng
Kemudian di rumah Dong Chul kena rotan la sebab bergaduh
Kemudian rumah mereka terbakar. Rumah terbakar panggil bomba. Bomba datang berlumba-lumba. Tapi bomba tak sempat datang rumah sudah hangus. Disebabkan amaroh, Dong Wook telah mencapai tin berisi minyak tanah dan mancis *man ke mat* menuju ke rumah Mr. Shin dan lantas membakar rumah Mr. Shin sebab Mr. Shin telah bakar rumah mereka. Sebagai orang ada-ada Mr. Shin lantas menelefon polis dan polis sedang mancari Dong Chul. Kenapa Dong Chul pula yang di cari walhal yang bakar umah Mr. Shin ialah Dong Wook?
Sebagai abang long, Dong Chul tidak rela adik nya ditangkap polisi. Maka dia pakat dengan adiknya yang dia yang bakar rumah Mr. Shin itew
Dong Chul melarikan diri menaiki keretapi dan pesan kpd adiknya supaya rajin belajar, jaga mak, mak tiri dan adik. Mereka ada mak tiri sebab mak tiri itu aweks bapa nya dan mereka sangat sayang pada mak tiri itu
Dong Wook bersumpah di pusara ayahnya untuk belajar pandai-pandai sampai jadi loyer untuk menegakkan keadilan. Asal nak balas dendam mesti jadi loyer macam citer Mawang lah. Kalau tiada pelajaran dan ilmu tambah lagi miskin senang diperkotak-katikan orang, gituh la moral dia. Kepada adik-adik sekalian, belajar la pandai-pandai ye. Ilmu sangat penting dizaman yang serba mencabar ini
Mr. Shin. Boleh tahan gak Mr. Shin ni kan...ahakss...walaopun samseng. Ada iras Jang Dong Gun versi tua. Mr. Shin aka bapak Iljimae. Yang belakang tu pon ada dalam Iljiame yang jadi hunter tu. Yang pasti budak-budak itu dah besar nanti dia tak tua-tua jugak. Awet muda...muahaha
Dipendekkan citer Dong Chul kena tangkap dan disumbat ke penjara. Kemudian mak dia dapat tahu dia ada situ dan mak dia pon melawat la dia dan Dong Chul berjanji akan jadi orang baru lepas keluar penjara
Saranghaeyo
Dong Chul nampak mak dia macam tak sihat. Dia panggil adik pompuan dia tanya
Dong Chul sedih sebab mak dia sakit dan dia sebagai anak yang tua tidak dapat buat apa-apa untuk menyelamatkan mak dia
Penutup I : Apa kah yang dimakan iteww? Menguis-uis daaa...aigoo
Penutup II : Bila daa mau besar?
Episode 1&2
Credit soft subs : WITHS2
No comments:
Post a Comment