Monday, September 22, 2008

Hampers


Hamper saya....


Setelah ditimbang, difikir dan dihalusi, saya dan colleague pompuan cina sorang lagi memilih hamper yang ni yang berharga RM300 walaupun tak cantik hahaha. Amek hamper ni kena potong RM50. Tak kisah la. Paling penting isik dia. Hamper mangkok tingkat tu ols tingkat atas kuih ada lah 3 macam + kacang. Tingkat bawah cuma sejadah sajor. Fesyen hamper tahun ni orang bagi sejadah. Yang dalam bakul piknik tu ada sejadah, yang hamper gambo ke tiga tu pon ada sejadah. Sebab sejadah dah banyak kat umah, jadi saya memilih hamper yang salu kedapatan dalam pertandingan boling, karaoke, tele match dan sebagainya hehehe. Sesungguhnya daku tidak memilih luaran yang cantik yang isi nya sedikit huhu. Ferro roche iteww yang buat teruja. Enak dimakan dihari raya hahaha Bawah tu ada wallet Bonia. Bonia warehouse ke hapa tak tahu la

*****************************
Mari kita lihat fesyen hamper 2008. Seperti biasa la setiap tahun opis akan menyumbangkan beberapa puluh bijik hampers kepada ahli mesyuarat tingkapnya hehehe


Tahun ni hamper banyak fesyen cam ni ek...fesyen ternganga


Front angle. Harga RM350


Fesyen nganga lagik. RM400


Fesyen nganga tapi casing lain. RM400 juga




Ini pula fesyen bakul piknik. Harga RM350


Fesyen mangkuk tingkat RM350.


Design ke-2 mangkuk tingkat RM350. Ini untuk staff jugak. Tahun ni lumayan harga hamper untuk staff yang 6 ketul saja. Tahun lepas RM200. Sebenarnya saya prefer kalu di bagi angpow. Tapi tidak dibenarkan sebab bos kata nak bagi penghargaan pada staff. Terharu dan hampa hehe. RM350 dapat baju raya ngn kasut raya yew hehehe. Kuih-kuih ni bukan makan sangat. Pape pong Alhamdulillah


Yang ini pula RM400 sebab 3 tingkat

Majulah hamper sempena hari raya. Semoga perayaan anda akan lebih bermakna..heheh

No comments: