Tuesday, November 25, 2008

East of Eden - Episode 19 & 20



Sambung bab terserempak kat spital

Dong Wook plak cakap "Ada hati nak Kasim Selamatkan aku. Tunggu aku jadi loyer aku akan musnah hidup kau"

"Oh kalau gitu anak aku juga ada sebab untuk hidup lama"



Turn atuk Myung plak bebel. Dia kata biarkan Myung Hun urus syarikat ikut ilmu yang dia telah belajar di US.


Atuk tak mau Myung Hun ikut jejak langkah bapak dia tiada etika di dalam bisnes


Makcik ni cuba untuk memujuk Dong Chul supaya tidak meminggirkan Yong Ran


Myung Hun mengeluh sebab bapak dia sudah kotorkan tangan dia. Tapi Ji Hyun plak beking bapak mertua dia.

"Oh kau pun dah jadi macam bapak ya??" kata Myung Hun terkejut dengan kata-kata Ji Hyun.


Hye Rin melawat Dong Wook di rumah. Dong Wook ketika itu sedang bersantai di hadapan rumah


Hye Rin mula mahu bercerita pada Dong Wook mengenai kisah keluarga nya


Yang ni. Dong Chul ditugaskan untuk ke Pusan untuk bertemu dengan ketua mafia sana. Ni la pasal slot mesin. I osl pon konpius slot melot mesin ni. Dorang nak bukak casino kat Pusan. So kena jumpa dengan ketua mafia untuk bekerjasama. Sebelum dapat jumpa ketua mafia tu Dong Chul teruk kena belasah. Kena belasah lagi. Aritu kena belasah dengan Fauzi. Dong Chul buat tawar menawar kepada ketua mafia itu


Urusan selesai. Dong Chul pulang ke rumah dan Presidnet Guk terkejut gitu Dong Chul berjaya bereskan kerja dia dalam satu malam

Episode 20


Selepas selesai kerja Dong Chul curi-curi balik ke rumah dan kehadiran nya telah disedari oleh Dong Wook

"Hyung kau buat apa malam-malam ni tak tido lagi?"

"Aku nak tido dengan kau Wook, boleh tak?"


Dan tido la mereka 2 beradik bersama sambil bercerita mengenai kisah gembira dorang sewaktu kecik. Sangat sweet


Bangun pagi Dong Chul dapati kasut dia telah beralih posisi. Dan tahula dia mak dia tahu yang dia datang. Mak dia kasik can Dong Chul bersama Dong Wook. *sudin mak kasik can tauu*


Di rumah Shin. Shin Tae Hwan kemarahan bila dapat tahu Dong Chul telah sukses mendapatkan sign mengenai slot mesin di Pusan


Hangin la satu badan member ni. Marah dan marah lagik lapan lagik, terkeluar lah confession yang dia bagi arahan untuk bakar bapa Dong Chul. Dan semua orang terkejut berok mendengar pengakuan itu. Jeng jeng...


Slot mesin tu ada kaitan dengan pembangunan casino. Tu yang dia hangin sangat tu. Samada dia atau Dong Chul yang akan mati. Sama-sama kita nantikan



Ji Hyun amat sedih mendengar pengakaun bapa mentua nya. Kalau dia jadi Dong Chul oppa dia juga akan dendam dan lakukan benda yang sama


Tapi Ji Hyun lagi kijam. Mahu bunuh dengan anak-anak nya sekali. Dan Ji Hyun mengungkit kisah lama kepada suami nya





Makanan orang miskin. Aigoo...boleh kenyang ke tu. Alat-alat ikan bilis, ikan goreng ngn kimci.





Yong Ran akan bertunang dengan Mike dan bapa Yong Ran suruh Dong Chul pergi jauh2


Ji Hyun mengadu nasib pada anak nya Tae Ho


Di scene yang lain Hye Rin mengajak Dong Wook bertemu keluarga dia. Sebenarnya Hye Rin mahu melarikan diri dari Mr. Baek tu dan perkenalkan Dong Wook pada semua orang


Dan terbongkar la rahsia Hye Rin ini anak orang ada-ada



Dan Dong Wook rasa tertipu. Tipah tertipu


Dan Yong Ran pon bertunang


Dan dalam masa yang sama Dong Chul kena bedal lagi. Shin Tae Hwan lagi punya angkara. Dia ni asek kena bedal je dalam citer ni. Dong Chul masa ni pergi ke kampung lama dia sebab dia nak bangunkan kampung dia. Dan berkumandang la lagu Crazy Woman dari Seeya ni

Dan bersambung la kita. Selesai 2/5 episode

*Credit soft subs WITHS2, MBC

No comments: