Lepas baca buku ni akak
rasa macam nak bagi setiap rumah satu buku ni dan baca. Lepas baca amalkan dan sebarkan
intipatinya dan kemudian baru lah perok kan dia di dalam rak buku kita. Tak
susah. Dapat pahala lagi.
Apa yang penulis ni tulis lebih kurang sama dengan apa yang akak
rasa dan nak jeritkan. Tapi apa kan daya. Daku hanya orang kebanyakan dan bapa
ku orang biasa sahaja huhu. Penulis ni dah tulis jadi akak tolong sebarkan.
Kalau akak jugak nak jadi penulis, sapa pulak yang nak beli dan baca buku. Ye
tak?
Buku ini mengupas
isu-isu dalam rumah kita dan juga isu-isu lain yang kita lalui setiap hari. Penulis
ni sudah menetap di luar negara sebuah negara maju dalam jangka masa panjang
dan beliau kongsikan sikap dan akhlak omputeh yang baik yang mana kita boleh
ikut. Yang baik kita ambil, yang buruk kita tengokkan je lah.
Akak pilih secara rawak
je lah ya.
1. Buang sampah /
putung rokok melalui tingkap kereta.
Kenapa u oll? Kenapa mesti mengotorkan
bumi? Apa salah bumi pada korang? Kalau bumi
boleh berkata-kata mesti dia sedih. Sampai hati korang buat aku macam
ni. Padahal bumi banyak berjasa pada korang. Memang ada tukang sapu tolong
bersihkan. Kalau berterusan mentaliti begini, sampai bila nak latih diri untuk
tidak mengotorkan bumi? Ingat lah setiap kebaikan kita sebesar zarah akan dicatit
dan dibalas, begitu juga kejahatan kita sebesar zarah itu. Bumi ini dicipta
bukan untuk dikotori.
Kita tak mahu ke kerana
kebaikan kita sebesar zarah itu, Allah beri kita musibah kita yang bertepatan
pada masa nya. Sebab musibah tak boleh lari dalam hidup kita. Berpunca dari
sikap kita juga. Contoh. Kereta rosak berdekatan dengan bengkel. Kereta rosak
pada hari dapat bonus. Kita perasan tak semua perkara ini? Kalau tak perasan,
mulai harini cuba buat dan perasankan.
Simpan sampah dalam
kereta. Sampai rumah buang kat rumah. Putung rokok? Korang cuba lah telan. Baru
lah tak membazir.
Akak teringat bawak
pelancong dari Korea satu ketika dulu. Dia pulak yang tolong kutip putung
rokok. Alamak eiii, malu rasanya. Kemudian nak merokok dia cari tong sampah,
merokok tepi tong sampah. Aigooo. Aigoo. Ber-aigoo je lah akak dalam hati
sambil tersenyum malu.
2. Signal kereta,
mencilok, pandu perlahan di lorong kanan, memotong barisan.
Dah umpama menjadi
budaya mementingkan diri sendiri. Dia nampak kita bagi signal, lagi dia tekan
minyak melaju. Baca buku ni untuk
membaca dan mengambil pedoman bagaimana orang di negara luar memandu.
3. Berwuduk
Akak suka bab ni. Kalau
berwuduk korang bukak air paip sehabis maksimum sampai merecik sana sini sinun atau
bukak air perlahan seadanya takat boleh berwuduk?
Penulis bercerita
bagaimana bonda beliau mula-mula datang Jerman mengambil wuduk seperti di
Malaysia. Apabila diberitahu sekian-sekian di Jerman orang sana buka paip
perlahan-lahan supaya tandas tak basah sangat, bondanya pon turut mengambil
wuduk perlahan-lahan dan tidak melencunkan tandas.
Kita boleh buat
sebenarnya. Tapi bagaimana nak ubah mentaliti sebegini? Bila pergi ke tempat orang kita boleh. Baru lah kena
tagline ‘Malaysia Boleh’. Kenapa uoll, kenapaaa?
4. Ikea.
Di Ikea Jerman
ada kaunter bayar sendiri. Kita sendiri imbas barang dan kita sendiri swipe
kad. Tiada cctv. Tiada pak gad. Kata kunci nya ialah Jujur.
“Jujur lah sayang… aku
tak mengapaaaa..”
Bab mengemas meja
selepas makan di Ikea dan juga di lain-lain kedai makanan segera. Sebab pahala ni bersifat tak nampak. Kalau
setiap kali kemas meja lepas makan dapat duit, mesti berlumba-lumba umat buat.
Betul lah kata seorang Perdana Menteri bahawa ‘Cash is King’. Pahala? Nanti lah. Dah
tua nanti taubat lah. Kalau sempat tua. Walaupun ada pekerja Ikea dibayar gaji
untuk mengemas meja, tapi menolong dan memudahkan kerja orang dapat pahala.
Kita tak nak ke kerja kita dipermudahkan Tuhan?
5. Senang cakap orang
Jerman ni ikut buku. Kalau buku kata ‘yes’, maka ‘yes’ lah. Kalau buku kata
‘no’, maka ‘no’ lah. (Muka surat 160)
Reaksi akak. Sedangkan
AL-Quran pon orang tak ikut , ini kan pula buku.
Harap kita semua sentap
dan berubah lah. Tunjukkan contoh tauladan yang baik kat anak-anak. Jangan dok asik
salahkan peminpin. Pemimpin agung yang sebenarnya ialah mak ayah kita.
No comments:
Post a Comment