Dari tahun ke
tahun nak tengok citer ni. Masuk tahun 2017 baru berkesempatan tengok. 10 tahun
tu. Filem ni terbit pada tahun 2007. Bertambah teruja nak tengok sebab anak
nombor dua ada simtom-simtom disleksia. Dia tulis abjad A sampai Z, ada
beberapa abjad ditulis secara terbalik. Atau omputeh kata ‘mirror image’. Dari
situ akak dapat kesan dia ada simtom disleksia. Di tambah dengan simtom-simtom
lain seperti clumsy atau cuai. Apa saja dia pegang akan berakhir dengan
terjatuh, terlanggar, tertumpah dan yang sewaktu dengannya. Selalunya lah.
Filem ini mengambil
tema disleksia sebagai jalan ceritanya. Tak sangka jugak Aamir Khan buat citer
cenggini. Filem pertama arahan Aamir Khan. Wow. Citer Hindustan yang lari dari
kebiasaan menyanyi di kawasan gunung ganang, hero heroin bertukar baju sebanyak
10-20 pasang dalam satu lagu. Adegan akele
hum akele tum tum tum tum tumpah se ayer… tiada di dalam filem ini.
Ishaan seorang
pelajar berusia 8 tahun. Selalu gagal di dalam ujian sekolah. Kalau markah
penuh sabjek adalah 25, Ishaan cuma
mampu meraih 3 markah sahaja. Disebabkan selalu gagal di dalam peperiksaan,
Ishaan selalu dimarahi oleh ayahnya. Ayahnya kerap menbandingkan Ishaan dengan
abang Ishaan. Ishaan ada seorang abang. Yohan nama nya. Dah la pandai, abang
Ishaan juga memiliki wajah yang tampan.
Baru sekolah rendah dah tampan. Bayangkan jika dia dah besor nanti. Harusss la
jadi Pilot. #SekadarBerEjazFakhri.
Dalam kelas
Ishaan juga selalu dimarahi cikgu. Bab ni akak rasa cikgu-cikgu juga main
peranan besar mengesan masalah pelajar yang tak boleh tumpu di dalam kelas dan
dan juga yang menulis huruf terbalik ni. Tatapi nehiiii. Cikgu-cikgi kat
sekolah Ishaan ni semuanya garang dan bengis belaka. Mereka hanya mahukan yang
sempurna.
“Saya macam tak
sangka awak ni adik Yohan. Abang awak kemain pandai. Kenapa dengan awak ni?”
cikgu di sekolah Ishaan membebel.
Satu hari
ibubapa Ishaan dipanggil oleh Cikgu Besar. Cikgu Besar suruh bapak Ishaan
hantar Ishaan ke sekolah lain.
Masuk sekolah
baru, yakni sekolah berasrama, Ishaan masih seperti dulu juga. Tak boleh fokus
dan jadi pendiam. Hingga lah suatu hari ada cikgu baru masuk ke sekolah itu.
Hari pertama masuk kelas cikgu baru memulakn kelas dengan bernyanyi. Rupanya
stail mengajor dia camtu sebab dia cikgu seni. Nak tarik perhatian dan minat
pelajar. Cikgu Nikum nama dia. Ejaan Nikumbh.
Hari berikutnya Cikgu
Nikum suruh murid-murid dia melukis. Melukis apa saja ikut imaginasi
masing-masing. Di akhir kelas, kertas lukisan Ishaan kosong.
Kosong, kosong,
kosonggggg.
“Mungkin
imaginasi dia kosong” fikir Cikgu Nikum.
Besoknya Cikgu
Nikum tanya kawan Ishaan.
“Ishaan tu
kenapa? Dia ada masalah ke?” tanya Cikgu Nikum
“Entah lah
cikgu. Dia tu ada masalah kenal huruf dan baca. Walau dia dah cuba banyak kali,
masih juga gagal. Gagal sekali tak bererti gagal selamanya. Kalau gagal berkali
kali makna nya apa cikgu?” Kata kawan Ishaan yang tempang tu.
*#@#@#@# *bunyik
guruh berdentum*
Cikgu Nikum dah
dapat mengagak apa masalah Ishaan. Dia begegas ke bilik guru dan selongkar
buku-buku penulisan Ishaan. Dan dia telah menjumpai jawapannya kenapa Ishaan
begitu.
Bila cikgu suruh baca perenggan, Ishaan tak boleh baca sebab dia nampak huruf menari nari
Muka memberontak bila tahu kena tukar sekolah asrama
Bapak Ishaan yang garang. Macam nak lepuk je
Cikgu Nikum bertanya kepada kawan Ishaan apa masalah Ishaan
Cikgu Nikum semak buku latihan Ishaan
Jeng jeng
*Apa ini gambar orang orang ni? Bukan orang pakcik..mambang*
Mambang mirror image. Huruf terbalik
Nombor juga imej terbalik
Cikgu Nikum mengambil inisiatif pergi ke rumah Ishaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bila masuk ke bilik Ishaan beliau terkejut melihat bilik Ishaan yang dihiasi lukisan yang mengkagumkan. Ishaan ni terer lukis
Cikgu Nikum nak eksplen tapi dicantas oleh bapa Ishaan. Dia tak paham disleksia tu apa.
Cikgu jelaskan setiap anak ada kebolehan dan ada impian tersendiri. Kadang anak tak boleh nak score A semua sabjek tapi ada subjek tersirat yang lain dia sangat A+
Sekolah anjurkan pertandingan melukis untuk menarik kembali minat melukis Ishaan
Lukisan Ishaan ini telah menggondol juara. Mengalahkan lukisan Cikgu Nikum
Lukisan Cikgu Nikum. Beliau juga disleksia masa baya baya Ishaan dulu ropanya.
Poster versi Korea. Hehe. Orang Korea pon tengok filem ni.
Dulu ada satu telefilem yang juga bertemakan disleksia. Bagus sangat cerita nya. Mujur akak dah tengok dulu. Dapat diabadikan di dalam blog.
No comments:
Post a Comment