Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Eagle Ranch Resort Port Dickson


Salam sejahtera. 

Kejadian ditempat ini berlaku pada Syawal  yang lepas. 

Rancangan nya lepas pulang berhariraya di Johor Bahru cakap kat cik asben kita singgah PD la kejap. Nak bawak anak-anak pergi ladang burung unta.



 

Selepas mendapat persetujuan saya pon gigih mencari hotel-hotel mampu bermalam di sekitar PD menggunakan Agoda.com. 

3 hari 3 siang waktu bekerja mencari tempat bermalam yang sesuai dengan poket, baru lah berjumpa dengan resort ini. Pesal tah dia tak rekomen awal-awal. Barangkali jauh dari tempat ladang burung unta tersebut mungkin.

Tapi PD pusing-pusing kot tu jugak la kan. Takde la jauh mana. 

Konsep penginapan kali ini ialah : 

1) Bilik tak besar sangat dan tak kecik sangat. Cukup muat untuk kami tido empat beranak

2) Harga bilik bukan lah 3-4 bintang sangat sebab cuma nak tido saja lepeh tu nak berangkat ke ladang *mari lah kita ke ladang hoiiiiiiii..*

3) Harga bilik mesti termasuk sarapan pagi sekali. Penting ni sebab saya mesti makan sarapan dan sarapan saya mestilah seperti raja. Bukan anak raja tau. Bapak raja. Hahaha. Breakfast like a king omputeh kata.



Dah akhirnya jumpa lah dengan si Teppe ni. Konsep bilik yang unik sekali. Ala rumah red indian gitew. Dan harga nye termasuk cukai dan termasuk sarapan pagi ialah RM145. *murah cukup murah..*


Kalau anda gogel website dia, akan ternampak perkataan "en-suite bathroom". Jenuh la tanya orang pebenda la en-suite bathroom ni. Takkan lah bilik air kongsi ramai-ramai kat luar? Macam mana nak basuh berak kalau budak-budak berak tengah malam kan dan nak berwuduk segal. 

Al-kisahnya bilik air kita dengan bilik air orang sebelah bersambung seperti gambar di atas. Nampak tak tu?
 

Ni rupa bilik air dia. Ada ruang kosong sikit dekat atap dia tu. Jadi kalau buang air besar tu kontrol-kontrol la bunyi dia supaya orang bilik sebelah tak dengar hehehe

 

Ni rupa paras dalam bilik. 


Lepas sarapan boleh jalan-jalan  kat sini sambil menikmati keindahan kawasan resort


Besau giler kawasan dia. Dan banyak aktiviti boleh buat kat sini. Untuk aktiviti sila tanya prof serba tahu, prof gogel. 

Sangat luas. Sapa la empunya resort ni agaknya. 


Ni pulak bilik penginapan bernama Bandwagon. Atas harga lain, bawah harga lain. Next time we oll ingat nak stay kat sini pulak.


Menarik bukan?


 Sesi berposing


Yang ni pulak dipanggil Kampung House. Sapa datang satu kampung boleh dok sini


Rumah kampung 


Ini nama dia Long House. Yang tukang jaga sini nama dia Abang Long kawasan.

Ada pelbagai jenis konsep bilik dengan harga tersendiri. 

Cukup berpuas hati. Malah lebih dari itu.
 
Jika anda mahukan kelainan suasana dan tempat tinggal, datang la sini.

Next cen kita citer pergi ladang ostrich pulak. 

Kbai. 

Friday, January 24, 2014

Quayside Hotel Melaka


Baru-baru ni berkunjung ke Melaka. 

Gogel punya gogel nak cari hotel yang dekat dengan river cruise (yang jalan kaki je kalau boleh dari hotel ke kaunter tiket), berjumpa dengan hotel ni dengan bantuan Agoda.com.

Booking juga dibuat melalui Agoda.com. 

Was-was jugak pada mulanya. Boleh percaya ke si Agoda.com ni?

Booking je dulu sebab dia kata bayar lagi 5 hari dari tarikh nak cek-in. Kalau tak jadik boleh cancel.

Untuk kepastian telefon ke hotel sendiri. 

"Cik boleh ke kalau saya nak booking hotel melalui Agoda.com ni?"

"Ya. Boleh" kata saudari yang angkat telefon tu. 

"Ok terima kasih"


Sebuah hotel baru. Bulan Jun 2013 baru rasmi. Terletak di Jalan Merdeka.
Dahulunya sebuah gudang kastam. Lokasi amat menarik di tengah bandar.
Sayang kalau dibuat gudang. Ah gudang buat ler kat tempat lain.


Pemandangan kalau ambil bilik yang 'river view'. Rege mahal sikit dari 'city view'. City view mengadap balai polis je pon u oll. Baik amek yang river view. Beza dalam 50 hengget kot


Pemandangan belah kanan. Ada beranda untuk lepak sambil menghidup udara segar dari Sungai Melaka. Segar la sangattt huhu


Berdepan dengan hotel 5 bintang Casa del Rio. Mula-mula gogel dapat hotel ni. Tapi disebabkan harga bilik tak mesra poket, kita cari hotel lain. Motif utama datang sini sebab nak naik bot tu haa. Atok nak belanja cucu-cucu naik bot


Hotel kami dari atas bot

Pilih nak Azura ke Mawar. Hehehe


Rupa paras belah dalam hotel. Gudang yang telah diubai suai.


Main bailon di beranda

*si dolmat ni main bailon*


Sarapan di cafe Halia. 


Bilik.


Pertama kali dalam sejarah hidup jumpa hotel yang ada sediakan paip wuduk. 
Tengok berapa banyak paip ada kat situ daa

Mari lah kita melawat Melaka. 
Harap 'Sultan Melaka' sihat hendaknya.