Showing posts with label filem korea. Show all posts
Showing posts with label filem korea. Show all posts

Tuesday, October 24, 2017

Midnight Runners (2017)


Sebuah filem wajib tonton tahun ini. Selepas menonton Park Seo Jun ni dalam Fight My Way, akak teruja nak tengok projek dia seterusnya. Dan kebetulan pulak filem baru bergandingan dengan Kang Haneul ni. Kesian tengok dia dalam Scarlet Heart Moon Lovers kena overshadow dengan Lee Junki kan. Dalam filem ni dia kelakor. 

Kisah 2 pemuda (hestek Bromance) yang berjaya masuk ke Universiti Polis. Sorang nak masuk sebab yuran percuma. Sorang nak masuk sebab apa tah. Lupa. Tapi kedua nya bukan sebab nak jadi polis matlamatnya.

Bermula sesi memotong rambut. Dia tak bagi gunting rambut dia pendek sangat sebab sideburn dia jenis makan tahun nak panjang. Kekeke

Yang ni pulak seorang yang pembersih. Siap tanya "Did you sterrilize that hair clipper?" 

Lepas tu sambung  "Without sterilization, it can cause bacterial skin infection."


Dia juga seorang yang tidak makan makanan segera seperti sosej sebab di atas. Hehehe


Di dalam bilik kuliah


Segala nya bermula bila mereka terlihat sendiri seorang budak perempuan diculik. Tetapi beg plastik hitam kepunyaan perempuan itu tidak diculik sama. (Anak panah merah tu). Dalam plastik itu mengandungi taeo-bokki. Sejenis makanan yang diperbuat dari tepung beras dan makan dengan sos.

Bermula siasatan mereka untuk mendapatkan maklumat siapa sebenarnya perempuan yang kena culik itu. Pertama sekali depa gi tanya di gerai-gerai tepi jalan yang jual taeo-bokki itu. Bila dah jumpa gerai tersebut, dapatlah mereka info serba sedikit mengenai pembeli  taeo-bokki itu.    


Seterusnya mereka ke balai polis berhampiran dengan harapan pihak polis dapat membantu mereka mencari penjahat itu jam juga. Sekurang-kurang nya bantu lah trace plet kereta penculik itu melalui cctv ke. Ini tidak. Jawapan yang diterima dari pegawai polis itu sungguh menghampakan. Mungkin sebab mereka hanya seorang pelajar saja.


Mereka pon mula lah menyiasat sendiri menggunakan apa yang mereka belajar di Universiti. 

"Should we use 3 sources of investigation? Examine victim, evidence and crime scene."

Mereka mulakan dengan crime scene. Dah berjumpa semuanya, namun penjahat, penculik itu berjaya meloloskan diri. Mereka lantas hubungi pensyarah mereka di Universiti iaitu Professor Yang, lakonan ahjussi femes tu.


Dalam kereta Prof Yang pon bukak cerita mengenai satu sindikit menjual telur sperma manusia. 

"In 2007, I caught a egg broker and saw that ovulation drug for the first time. A healthy woman normally produces one egg per month. With this drug she can produce up to 20 eggs. Egg brokers connect infertile couples and egg donors for a fee."

Aigoo aigoo apa ke benda nye ni. Ini machiem pon ada ka. 


Untuk menumpaskan sindiket ini ianya mengambil masa 2 minggu untuk internal investigation. Bla bla bla makan masa dalam sebulan kata Prof Yang.

Ini tak boleh jadik men. Penjenayah mesti mau kena bedal men. Dan mereka berdua mengambil keputusan untuk menumpaskan sindiket telur itu sendiri secara rahasia.


Pasangan yang mahu membuat IVF akan ditunjukkan kad student oleh dokter. Doktor cakap student tu mahu mencari duit lebih untuk menampung perbelanjaan kolej dengan menjual telur. Padahal budak tu dah lunyai kena culik dan disuntik dengan dadah.


Penjenayah berjaya ditumpas. Dan mereka berdua kemudian dihadapkan ke Lembaga Disiplin Polis. Samada dibuang Universiti atau dimaafkan.


Ada satu scene di dalam kelab malam, seorang minah ni pengunjung kelab atau pekerja kelab telah bisik kepada Park Seojun, 

"Kenapa kau memilih untuk jadi polis? Kau akan miskin seumur hidup."

Sentap juga dia dengan kata-kata itu. Tapi selepas telah berjaya menumpaskan sindikit itu, beliau dengan rasa yakin dan bangga menjawab nak jadi polis. Sebab sebelum ini dia tak de cita-cita nak jadi polis pon. Masuk Universiti Polis sebab mak yang suruh masuk.

Sebab tu bila akak nampak abam abam polis ni bertugas di jalan, kawal lalu lintas, saman orang tepi jalan, akak akan titipkan doa buat mereka. Moga rezeki mereka diberkati, dipermudahkan urusan buat kerja dan jangan lah amik RASUAH. Kesannya kat diri sendiri, keluarga, anak bini.

Jangan lupa ye doa abam abam penguatkuasa kita. Mungkin dari doa kita menjadi asbab depa tak jadi nak ambik rasuah.

Friday, December 06, 2013

The Grand Heist (2012)


Duk-Moo (Cha Tae-Hyun) is the son of a nobleman, but he is also the son of a concubine. Due to the laws and customs of the Joseon Period, Duk-Moo is unable to to get a government position due to his mother's background. Because of this, Duk-Moo is a book seller in a traditional market. At this time, ice is a high priced commodity and controlled by the royal family. The most powerful nobleman of the era, Jo Myung-Soo (Nam Kyeong-Eup), wants to have exclusive rights to all of the ice. To accomplish his goal, Jo Myung-Soo needs to get rid of Duk-Moo's father, who is his rival, and Dong-Soo (Oh Ji-Ho), a public officer in charge of the "Seobinggo" (ice warehouse). 

With his plan in place, Duk-Moo's father and Dong-Soo are exiled. Duk-Moo now hatches his own plan to get rid of Jo Myung-Soo. Duk-Moo comes up with the idea to steal all the ice stored in the Seobinggo. In order to accomplish this brazen heist, Duk-Moo recruits the top experts in specific fields needed to steal the ice. With his team now set together, they set out to to make the heist of their lives. 

Sila baca sinopsis atas ni dulu yach.

Baca sinopis atas tu dah boleh tahu keseluruhan jalan citer. 

Ribiu selanjutnya. 

Agak unik jalan citer dia yak itu berkenaan dengan ais. Skandal ais, kepentingan ais di zaman itu, monopoli harga ais oleh menteri yang jahat, menteri yang jujur dan amanah di singkirkan dan seterusnya.


Di sebuah kampung pada zaman ini, ais memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian penduduk kampung terutama dalam hal-hal kesihatan di mana ais dapat menyembuhkan demam. 

Wanita yang miskin ni pergi meminta sedikit ais dengan penjaga gudang ais yang macho ini bernama Dong Soo.

"Anak ini demam dan memerlukan ais. Tolong laaa"

*Tuhan tolong lembutkan hati diaaaa...* sambil nyanyi di dalam hati

"Maaf aku tidak boleh bagi ais sewenangnya sebab ini peraturan."

Berlalu la wanita itu dengan hampa.


Permintaan wanita itu telah dicuri dengar oleh lelaki ini. 

"Ayuhlah pak, beri la dia sedikit ais" kata beliau dari jauh

Mintak cara baik tak bagi, selepas itu beliau tolong curikan sedikit ais untuk diberikan kepada wanita itu. Wanita itu adalah pojaan hatinya di dalam diam.

Lelaki ini bernama Duk Moo dan pekerjaan beliau sebagai tukang jual buku di kedai buku miliknya.


Tempat di mana ais diproses


Selepas bapa Duk Moo disingkirkan oleh menteri yang jahat yang mahukan hak ekslusif penjualan ais, Duk Moo telah men-rencana satu plan mahu menyingkirkan menteri yang jahat itu pula. Dia mahu bekerjasama dengan Dong Soo (bekas penjaga gudang ais Diraja), yang sedang jogging ditepi pantai itu.

Tapi Dong Soo bilang dia mahu bunuh siapa yang telah menganiyakan beliau sehingga beliau dipecat dari jawatan penjaga gudang ais. 

Duk Moo bilang pertumpahan darah tidak bisa menyelesaikan permasalahan ini. Masalah ini harus di tewaskan dari akar umbinya. 

Plan itu ialah mencuri ais sewaktu hari ulangtahun Raja dan memerangkap menteri yang jahat itu di atas kesalahan menyalahgunakan ais seperti meletakan harga yang tinggi dan sebagainya. Sebab dia dah dapat hak ekslusif jadi harga ais ikut suka dia nak letak berapa.


Begini la scenarionya. Hanya orang ada-ada yang dapat melihat ais sekaligus dapat makan ais kacang.

Macam nak baling ais ketul kat ahjussi yang belah kiri tu.


Untuk menjayakan rencana itu Duk Moo harus bekerjasama dengan beberapa pakar seperti pakar bahan peledak (bom). Beliau merupakan pakar meletopkan bom negara. Tapi telah dipecat sebab masalah pendengaran. Lain orang cakap lain yang dia buat. 

Ala-ala macam adegan ni

"Siti dah tinggalkan kami dua beranak"

"Abu, Abu bilanya Siti bunting? Tau tau dah beranak"

Satu terowong bawah tanah akan digali menuju ke bilik yang menempatkan ais.


Sorang lagi pakar iaitu perompak makam. Dia ni pakar gali kubur Maharaja China dari bawah tanah untuk mencuri emas yang ditanam bersama mayat. Dan sekarang dia diburu oleh Kerajaan China kerana maling.

Bermula la kerja-kerja menyekop tanah. 
 
Diskas punya diskas Duk Moo dapat perkhabaran bahawa ada emas yang hilang di zaman Raja dulu disembunyikan di dalam istana. Dan Duk Moo mahu mereka mencuri emas itu sekali bersama-sama ais.


Brader ni marah sebab mereka dah berjanji tidak akan menyentuh harta-harta Ismet Ulam Raja..eh harta-harta kepunyaan Raja / harta negara tapi Duk Moo tetap mahu meneruskan rencana nya.

Jujur betul dia ni. 

Dah la jujur, hengsem pulak.

*Jujur la sayang, aku tak mengapa...*


Seterusnya mereka berjaya mencuri blur print istana untuk mengetahui di mana bilik ais yang sebenar. Tetapi di dalam pelan lakaran tiada menunjukkan sebarang petunjuk. 

Lalu marahlah perompak makam itu. 

Bagaimanakah mereka nak tahu lokasi bilik ais itu? Menggunakan firasat perompak makam itu sebab dia pro bab-bab ni.


 Cha Tae Hyun dan komedi tidak dapat dipisahkan

Akhir sekali semuanya ok. Kalau anda tengok citer ni mesti akan ingat sign "ok" yang dibelajar dari luar negara iaitu Belanda. Hehehe

Saya dapat info mengenai citer ini melalui penulis buku femes ini  Dingin (Encik Bahruddin Bekri) di fesbuk beliau. Beliau telah menonton citer ni dan ulas sikit di fesbuk nya dan saya pon gigih mencari di torrent sebab hero dia Cha Tae Hyun hehehe

Thursday, September 05, 2013

Miracle in Cell No.7 (2013)


Ternampak promo iklan citer ni di TV, di Astro Best. Terdengar ada suara budak kecik berlakon.  Lantas gogel info mengenai filem ini dan lepas gogel terus gelabah nak nengok citer ni. Disebabkan minyak dah naik 20 sen jadi nya…tak jadi nak langgan Astro Best. Cari jalan alternative…macam biasa huhu

Diri ni kalau ada kanak-kanak berlakon dalam citer Korea memang la eksited nak nengok. Pelakon kanak-kanak Korea kan sangat terer berlakon. Kan Hwang Kidong Kan…

Apa kabor lah Kidong sekarang. Dah tumbuh misai ke belom?

Durasi filem 2 jam 7 minit. Alamak panjangnya. Apalah agaknya kisahnya.

Ribiu pendek.

Kisah seorang bapa OKU yang dijatuhi hukum gantung sampai mati sebab dituduh membunuh seorang kanak-kanak yang kebetolan anak Ketua Polis dan bapa itu telah dipaksa mengaku bersalah oleh Ketua Polis yang tidak redha dengan kematian anaknya. Ketua Polis mengugut jika tidak anak dia akan dibunuh juga.

Pendek kata watak jahat dalam citer ini ialah Ketua Polis. Padahal anak dia mati akibat eksiden, bukan dibunuh.

Aigoo. Polis oh polis.                                                                                                                  

Ribiu panjang.

Mengisahkan seorang appa yang OKU, cacat di bahagian mental (mentally handicapped). Mungkin masa kecik kena demam panas dan lambat di rawat hingga menjejaskan bahagian otak beliau. Agaknya lah. Percakapan dia pon tak berapa normal.

Beliau seorang appa tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 6 tahun bernama Yesung. Pekerjaan nya sebagai atenden parking di sebuah shopping mart.

Azam beliau ialah untuk membelikan anak nya sebuah beg sekolah berjenama Sailor Moon idaman anaknya. Hari-hari dok usha beg tu dari luar cermin kedai bersama anak nya. Siap nyanyi lagu Sailor Moon. Tapi duit belom cukup lagi untuk membeli beg itu.

Satu hari beg Sailor Moon pojaan mereka telah di sambar orang. Si appa lantas meluru ke arah kanak-kanak yang baru dibelikan beg Sailor Moon itu di dalam kedai sambil berkata kuat,

"Eh beg tu kami punya lah. Kami dah lama cop" sambil menarik beg itu

"Apaa... kau punya kew??? Meh sini.."

PANGGGG.

Satu tamparan lelaki mengenai pipi appa Yesung. Bapak ganas sungguh bapa yang sorang lagi itu.

Rupanya dia adalah sorang Ketua Polis (KP)  di daerah itu. Ceh suka-suka hati lempang orang.

Maka pulang la Yesung dan appa nya ke rumah dengan perasaan sedih.

Appa Yesung memujuk Yesung bahawa dia akan cari beg yang sama di kedai lain pula.

Keesokkannya harinya anak KP yang sebaya dengan Yesung pergi jumpa appa Yesung. Anak KP itu cakap dekat appa Yesung bahawa dia tahu ada kedai lain yang jual beg Sailor Moon yang serupa dan suruh appa Yesung follow dia.

Adegan habis di situ.

Adegan seterusnya, seorang mokcik ternampak appa Yesung tengah comolot sorang kanak-kanak perempuan yang terbaring di atas jalan raya. Kepala budak itu berdarah dan seluar nya sedikit terbuka.

Pandangan pertama tanpa usul periksa ianya kelihatan seperti kanak-kanak perempuan itu sedang dicabul oleh appa Yesung.

Mokcik itu menjerit sekuat hati dan polis pon datang.

Polis yang berat sebelah (mungkin sebab appa Yesung OKU dan miskin) telah memaksa appa Yesung untuk tandatangan repot polis yang mengatakan bahawa dia telah membunuh dan mencabul kanak-kanak prempuan anak KPN itu.

Appa Yesung telah dimasukkan ke dalam penjara.

Bila sampai dipenjara, sebelum masuk ke dalam cell kena belasah dengan Ketua Warden sebab kesalahan cabul kanak-kanak.

Bila masuk dalam cell, perkenalkan diri, banduan-banduan yang berada di dalam cell sambung belasah appa Yesung selepas dapat tahu jenayah appa Yesung.

Makna nya kesalahan cabul / rogol kanak-kanak ni memang berat dan serius. Bila dengo je rasa macam nak belasah pesalah itu kan.

Di dalam cell itu terdapat 5 banduan dengan kesalahan jenayah yang pelbagai.

Ketua nya ialah seorang bekas gangster. Tak tahu la gangster kampong mana.

Di pendekkan citer, daripada orang asing, banduan-banduan itu menjadi akrab disebabkan Yesung.

Yesung berjaya diseludup masuk ke dalam penjara sebab appa dia nak sangat jumpa Yesung dan impian dia itu direalisasikan oleh cinggu-cinggu banduan dia.

Nak bawak masuk Yesung ke dalam cell satu hal, nak bawak keluar pulak lagi satu masalah.

Di sini lah kedapatan unsur-unsur komedi yang nyata.

Setelah lama menetap di dalam penjara, rakan-rakan banduan appa Yesung ada sedikit moskel dengan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh appa Yesung. Tingkah laku dan peel appa Yesung tidak selari langsung dengan jenayah yang dia telah lakukan. Merogol dan membunuh kanak-kanak??? 

Hmmm. Sempat lagi mereka berfikir bagi pihak appa Yesung.

Dipendekkan citer pada hari nak dekat perbicaraan akhir appa Yesung di mahkamah, rakan-rakan banduan appa Yesung berjaya merungkaikan kemoskelan mereka. Mereka berpendapat bahawa budak perempuan itu mati bukan sebab dibunuh tapi tergelincir dan seketul batu bata telah jatuh dan terkena kepala beliau yang menyebabkan kematian. Lantas mereka membantu appa Yesung bercakap kebenaran di dalam mahkamah. Siap tuliskan skrip bagai untuk bagi appa Yesung hafal semua jalan cerita satu per satu.  Waima Ketua Warden penjara juga menolong benarkan Yesung duduk di dalam cell bersama appa nya.

Dipendekkan citer lagi, citer ni memang tacing dekat nak habis. Sediakan tisu atau tuala muka di tepi. Kompom tangkap leleh huhuhu

Ribiu bergambar.


Adek manes ni Yesung bila dah beso. Watak tak berapa banyak. 
Bila dah beso jadi peguam dan rekues untuk bukak balik kes appa nya untuk buktikan appa nya tidak bersalah. Semoga rohnya appa dapat rehat dengan aman


Hari-hari dua beranak ni lepak depan kedai untuk tengok beg Sailor Moon yang kuning tu


Mokcik tu ber-omo-omo bila nampak adegan ini dan terus menjerit panggil polis


Sidang perbicaraan di dalam cell. Yang baju lain dari yang lain tu ialah cip dia. Ketua gengster muka ganas tapi tak reti baca. Nanti Yesung yang ajar baca dan tulis. Kekeke
 

 Yesung yang tengah tunggu appa dia. Tunggu tunggu tok kelik


Cell sikit punya cantik. Yang belah belakang tu bilik air 


Yesung di seludup masuk dalam cell 


 Rakan-rakan banduan melakonkan semula adegan itu untuk merungkaikan kemoskelan


Masa ni masing-masing telah kembali ke pangkal jalan dan jadi saksi. Peguamcara cakap kata-kata mereka bekas banduan tidak boleh dipercayai. Terus ahjussi ni melenting...hehehe lawak jugak part ni


Siap sedia dengan tisu atau apa-apa kain pengesat. Hari terakhir Yesung jumpa appa dia di dalam cell. 


Kemudian appa Yesung dibawa pergi ke sebuah bilik. Tidak sanggup berpisah dengan Yesung, appa Yesung sekali lagi merayu dan melutut. 

"Saya salah...saya salah. Maafkan saya. Huwaaaaaaaaaa" appa Yesung meraung

 *Jangan pisahkan aku dan dia. Tuhan tolonglah ku cinta diaaaaa *  

...lagu tema berkumandang



"Appaaaaaaaaaaaaa..."

Sekian. Sob Sob.