Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, October 21, 2016

Kerepek keledek ungu

Salam sehati sejiwa.

Akak gogel resepi orang buat kerepek ungu pasha ni, tapi macam tak de keluar resepi ni. Kalau apam, kuih lapis, kek, pau ros, ada jumpa resepi. Banyak orang jual sahaja kerepek ni. Tak ramai orang berminat buat kerepek ni ek.

Yang sebenarnya tersalah beli keledek. Nak beli keledek oren. Nampak dia tulis situ sweet potato terus la rembat. Sekali balik rumah keledek ungu daa. 

Terus la kedengaran musik latar

"Andai ku tahu kapan bila ajalkan ku. Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umur ku."

Kikiki

Ada jumpa orang buat kerepek keledek oren. So akak tiru lah cara-cara buat dia.
 

Kalau ada food processor senang sikit kerja men-slice. 
Kalau tak de food processor, sagat lah guna sagat manual. Tak pon hiris nipis.
Sementara menyagat, panaskan minyak dan bubuh garam 1 sudu kecil.



 Minyak mesti panas betul dan goreng menggunakan api kecik. Agak-agak lah cik kak oii.


Siap goreng, sejukkan kerepek lepas tu masukkan dalam bekas kedap kaler ungu ni. Baru la matching. Kalau nak matching dan touching, masa goreng  tu pasang lah lagu Andai Ku Tahu tu. Hihihi.

Selamat mencuba!

Wednesday, October 05, 2016

Jeruk Kunyit


Entah tetiba nak makan jeruk kunyit. Penah makan sekali mak sedara buat dulu. 

Gogel resepi tak jumpa yang versi orang kita buat. Ramai orang luar negara yang buat dan makan terutama kaum India. 

Khasiat kunyit kome gogel la cari. Ciptaan Allah pasti banyak khasiat.

Senang je kome buat bendalah ni. 

Bahan-bahan :

Kunyit (dalam 3 ketul hiris nipis)
Limau nipis (4 bijik saya guna. Terpulang janji boleh tenggelamkan kunyit dalam botol)
Garam secukupnya

1. Satukan mereka di dalam bekas plastik.

2. Kemudian simpan dalam botol kaca.

3. Simpan dalam peti es. Boleh la tahan dalam 10 hari kot. Mengikut kata tukang buat asal. 

 Tujuan buat jeruk ni untuk hilangkan rasa kelat kunyit tu kalau makan mentah. Kalau kome boleh kunyah mentah-mentah lagi molek. Berseri-seri gigi nanti gold plated. Kekeke

Wednesday, August 24, 2016

Omelet nestum



Haritu tertengok rancangan Strawberry Karipap di Estero Ceria. Rancangan ditaja oleh nestum. Dalam salah satu adegan ada tersebut la omelet nestum. 

Akak pon gigih la nak buat untuk anak-anak. 

Bahan-bahan dan sukatan hentam sendiri saja. Gogel macam tak jumpa seperti yang akak nak. 

Bahan-bahan : 
Nestum
Telur
Susu segar 
Gula sikit 
Tepung sikit. Tepung ni tak letak pon tak pe. 

Satu kan bahan-bahan lepas tu masak di dalam kuali bulat kecik kalau ada. Buh butter sikit.

Senang mudah dah berkhasiat :)
 

Friday, August 05, 2016

Sambal kentang tempe featuring petai kebun


Secara jujur ini lah pertama kali akak melihat pokok petai. Veri de kelabu asap tak pernah tengok pokok petai secara live. Mujur kawin dengan orang yang ada kebuh petai. Petai ditanam oleh mak mertua.



 Gini lah ropanya terjuntai petai nya cenggitu



Sebenonya muda lagi petainya. Tapi suruh jugak asben amik mana yang montel-montel


Dapat lah sikit. Kalau kat pasar tani mau 5 hengget jugak ni

Bahan-bahan dan cara membuat :

1. Kentang, tempe digoreng

2. Tumis cili kisar (blend sekali lada kering rebus dengan bawang merah putih). Kalau dah siap stok cili kisar, bawang hiris-hiris je. Tak payah blend, jimat masa, tenaga dan air nak basuh blender huhu

3. Sambal dan pecah minyak masukkan sedikit ikan bilis

4. Pastu masukkan petai

5. Kacau-kacau pastu masukkan tempe dan kentang goreng tadi

6. Tarukan garam dan gula secukup rasa

7. Siap untuk dihidang


Monday, June 27, 2016

Agar agar milo chia seed


Semalam berkesempatan buat agar-agar ni 

Resepi asal dari SINI 

Disebabkan akak tak cukup bahan (ingatkan semua ada), maka akak pon mentransformasikan agar-agar ni mengikut bahan yang ada kat rumah. Yang takde ialah susu segar. Tak cukup mili liter.

Bahan-bahan diperlukan :

Sepeket agar-agar tali
Air 4 cawan (1000ml)
Susu kotak 200ml. Kotak biasa tu 
Milo dalam 3 sudu besar 
Gula 4 sudu besar (Ikut lah nak manis mana)
Esen vanila 1 susu kecil
Chia seed 2 sudu kecil (Nak taruk banyak pon boleh. Tapi akak taruk sikit dulu takut chia seed ni kang memonopoli rupa agar-agar. Geram je aku tengok berbijik-bijik tu)



 Cara buat :

1. Rendam sekejap agar-agar tali dalam air 1000ml

2. Lepas tu taruk atas api sedang

3. Kalau  agar-agar dah larut, buh gula

4. Pastu susu segar dan milo. Kacau hingga larutan sebati.

5. Taruk esen vanila. Nak bagi wangi. Kalau takde takpe.

6. Last taruk chia seed. Kacau-kacau sikit lepas tu tutup api. Alihkan periuk ke sebelah. 

7. Tunggu suam lepas tu masukkan ke dalam acuan pilihan dan masuk esbok. 

Anak-anak pon suka. Sekarang ni nak kena masak resepi guna bahan-bahan bernutrisi dan kena rajin masak sendiri. Sebab 'Herd Immunity' semakin lemah. Hmm
 

Friday, June 17, 2016

Terung goreng kicap bawang goreng


Resepi yang teramat mudah. Bulan puasa ni kita masak yang mudah-mudah aja. Semudah mudah dot com. Hehe

Bahan-bahan dan cara masak :

1) Terung panjang dalam 3-4 betul. Potong lah ikut suka. Goreng lite-lite. 

2) Lepas siap goreng, renjis renjis dipilis kicap. Ikut lah nak banyak. Ikut lah nak kicap manis ke masin

3) Dekat nak makan tabur bawang goreng. Kalau bawang goreng buat sendiri lagi marbelessss. 

Sekian.

Mudahkan? 

Viral kan.

Hahaha

Thursday, February 11, 2016

Sambal sotong bunga kantan


Lain yang nak masak lain yang jadi. Asalnya nak masak sambal bunga kantan yang letak ikan bilis tu. Sebab gogel resepi kebanyakkan buat sambal bunga kantan macam tu. Skali lain sambal pulak jadi daaa. Hehe

Boleh tahan sedap jugak sambal ni. Sapa suka bunga kantan pasti suka sambal sotong bunga kantan ni. Ahkak memang cukup suka bunga kantan ni. Kalau nak beli rice-to-wednesday intai sayur ulam hiris dia tu dulu ada tak bunga kantan. Kalau takde macam rasa tak best bila nak makan rice-to-wednesday ni. Rasa sesuatu yang kureng gitew. 

Resepi dia cukup senang. 

1) Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia sikit. Pastu tumis. 

2) Agak-agak dah garing masukkan bunga kantan yang di hiris halus dan mulus. Kacau-kacau

3) Pastu campak kan encik sotong 

4) Perisakan dengan garam dan gula sikit 

5) Oh ya encik sotong tu toskan atau letak atas tisu dapur agar nanti tak berair sangat sambal kita tu. Sapa yang suka sambal berkuah ok lah. I ols suka sambal kering sikit.

6) Sotongkan akan mengeluarkan air bila masak. 

7) Pastu masukkan sedikit air asam jawa. Jangan banyak sangat. Atau nak masukkan asam keping pon boleh.

8) Siap untuk dihidang dan ditangkap gambo untuk masuk fesbuk. Kekeke

Selamat mencoba!
 

Friday, May 29, 2015

Sup halba daun kunyit



Satu lagi resepi yang mudah untuk dimasak dan sedap dimakan.

Sesuai juga dibuat lauk berpantang bagi ibu yang bersalin normal atau c-zer sebab ada halba. Halba berfungsi untuk membanyakkan susu badan. 

Tapi saya tak penah lagi jumpa menu ni masuk dalam kategori lauk berpantang. 

Ikan boleh guna ikan selar kecik, ikan bawal putih atau ikan siakap. 3 jenis ikan ni saja yang saya penah masak. 

Bahan-bahan :

Ikan (ikut suka dari 3 jenis ikan di atas)
2-3 bawang merah dihiris
2 bawang putih dihiris
Halia sikit dihiris
Halba dalam satu susu kecik
1 daun kunyit dihiris tebal atau nipis, ikut suka
Minyak sikit

Cara masak :

1) Panaskan minyak
2) Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan halba
3) Agak dah naik bau, masukkan air
4) Campakkan daun kunyit
5) Mendidih air masukkan ikan
6) Masukkan garam sikit
7) Agak-agak rasa dah sedap, tutup api
8) Mudah bukan?!!!

Selamat mencuba :)

Untuk khasiat halba yang lain, sila lah tanya pokcik gogel

Kbai

Wednesday, May 27, 2015

Terung masak gulai kapal



Resepi turun temurun dari mak sedara.

Kat kawasan saya, kami panggil gulai. Kalau tengok resepi dia macam asam pedas / asam rebus jer. 

Dah lama nak cari resepi terung yang simple dan tak perlu goreng. 

Gulai kapal diberi nama sebab terung dipotong serong berbentuk kapal katanya.

Bahan-bahan : 

3-2 biji terung
Ikan bilis
Lada merah 2 batang (ikut banyak mana nak masak dan nak pedas)
3 bawang merah
2 bawang putih 
Air asam
Minyak 
Garam

Cara masak :
1) Lada merah, bawang merah dan bawang putih di tumbuk
2) Lepas tu tumiskan menggunakan sedikit minyak 
3) Dah naik bau, masukkan air asam. Ikut la nak kuah banyak mana
4) Lepas tu campakkan ikan bilis
5) Bila mendidih masukkan terung dan garam 
6) Kalau rasa dah ok, boleh tutup api
7) Mudah bukan?!!

Selamat mencuba :)

Monday, July 07, 2014

Risoles, bergedel salmon dan roti jala


Hujung minggu dapat la masak sikit juadah untuk buka puasa untuk membalas mangkuk tingkat jiran-jiran

  

 Hari Ahad buat risoles. Baca resepi kat internet macam sonang yo nak buek. Ternyata senang. 

Inti dia buat la inti karipap ikut suka. Saya buat ni inti kentang dan daging beger. 

Kulit dia tu kulit lempeng / kuih ketayap

Gulung kan dia macam gulung popia lepas tu salut dengan telur dan breadcrumb dan goreng

 

Hari Sabtu buat roti jala untuk orang puasa, bergedel salmon untuk orang tak puasa.

Ibu-ibu kalau ikan salmon tu tak de idea nak buat apa, buat ler begedel salmon untuk anak-anak. Sedap jugak. 

Rebus kentang bagi empuk. Toskan lepas tu lenyek kan dia

Salmon potong kecik-kecik dan goreng bersama bawang merah, bawang putih dan sikit halia. Halia hiris nipis-nipis. Jangan banyak sangat. Nanti rasa dia konker semua begedel pulak. 

Campurkan salmon pada kentang lenyek tadi dan kemdian taruk daun bawang daun sup sikit.  Lepas tu bentukkan leper-leper macam tu. Celup telur dan goreng. Jadi lah begedel salmon. 

Selamat berpuasa!

Thursday, June 19, 2014

Demo masakan Cinta Ketuhar


Seminggu dua ni gigih attend kelas masak. Sebab apa? Sebab PERCUMA. Dalam kehidupan sekarang susah nak dapat benda percuma, maka bila ada tu jangan ler lepaskan. Huhu

Minggu lepas kelas nasi Arab, minggu ni kelas masak tajaan Buttercup. 

Dikendalikan oleh Ida Bakery yang terletak sama lorong dengan rumah saya. Jadi jalan kaki sajor. Kalau tak join macam rugi pulak. 


3 menu di-demokan. 


Pertama, puding pelangi 3 warna. Nak buat banyak warna pon boleh. 
Sebelum ni macam teragak-agak nak buat puding ni  sebab terfikir nak layerkan dia macam mana. Bila me-layer yang satu warna tu, satu lagi warna nak kena kacau kat atas dapur sebab kalau tak kacau dia akan mengeras atau macam mana. Ni baru 3 warna. Kalau 7 warna asli pelangi macam mana? Mau terkial-kial nih. Akhirnya terjawab sudah


Resepi kedua, apam begawan solo. Apam ni inti kelapa kat dalam. Macam sedap jer. Inti kelapa buat banyak-banyak lepas tu boleh frozenkan. Boleh diguna pakai untuk kuih lain yang menggunakan inti seperti itu seperti kuih ketayap dan kuih koci.


Apam 2 warna. Nak buat banyak warna pon boleh. Ikutlah kebolehan mewarna anda. Ianya dimasak menggunakan kukus letrik. Senang bebeno cik senah oii


Rupa paras bila keluar acuan. Inti tu jangan ler lokek sangat nak letak. Bior le puas orang makan. Apam ni pon boleh difrozenkan. Bila teragak nak makan, panaskan sahaja.


Resepi ketiga, kebab crabstik. 


Menggunakan roti pita wholemeal cap mission. Kalau tak de cap mission, cap impossible pon boleh


Cenderahati untuk dibawa pulang. Seketul Buttercup dan buku resepi


Balik rumah budak ni pulun ratah Buttercup. Sabo je lah.

Sehingga bertemu di kelas masak yang lain.

Wednesday, June 18, 2014

Kelas masakan Arab


Cekgu masak Puan Tara Ahmed, berasal dari Lebenon, sudah menetap di Malaysia 25 tahun dan fasih bercakap Melayu


Bendi masak sup daging tomato. Bendi Arab kontot-kontot uols


Okra bermaksud bendi cakap Arab. Di datangkan khas dari Lebenon

 

Nasi mandy yang senang benau nak buat


Salad fattush namanya


Anak Arab dengan peace stail Arab


Lepas masak menjamu selera


Resepi nasi putih Arab


Asli, mudah dan cepat
Semua resepi ada dalam buku ni. Sila dapatkan dipasaran. 

Buku terbitan Utusan Publishing

Friday, June 13, 2014

Terung grill kicap berbilis


Belek-belek resepi terung kat internet. Jumpa ni yang paling senang nak bikin.

Bahan-bahan :

4-5 terung bulat (hiris nipis tak nipis sangat)
2 biji bawang besar
Ikan bilis
Kicap

Cara buat :

1. Grill / bakar terung atas kuali non-stick. Letak minyak zaitun sikit. Susun atas pinggan. Nak goreng pun boleh tapi macam serap banyak minyak pulak nanti

2. Goreng ikan bilis, toskan dan ketepikan

3. Goreng pula bawang besar (dan cili padi kalau nak pedas). Minyak jangan banyak sangat. Agak-agak dah layu, taruk kicap kacau-kacau sikit dan siram atas terung 

4. Lepas tu tabur ikan bilis goreng. Kalau ada bawang goreng yang homemade boleh letak sekali. Lagi marbeles.

5. Siap untuk di-ngap bersama keluarga tercinta.

Nak bulan puasa ni cari resepi yang ringkas, mudah dan enak di masak saja. 

Tuesday, June 10, 2014

Ubi kayu masak ungkep


Bila tengok orang masak ni teringin nak masak dan rasa. 

Maka beli lah ubi kayu di pasar tani Sabtu lepas.

Selalu ungkep ni masak ayam.

Ubi kayu masa ungkep pon sedap jugak. 

Kalau masakan yang ada taruk rempah jintan ketumbar ni memang ai suka. 

Sedappp!

Thursday, April 24, 2014

Sotong masak bening



Semalam teringat nak masak lauk ni. 

Masak sotong tak guna minyak atau santan.

Kalau tak balik-balik sotong goreng kunyit, sotong masak hitam, sambal tumis sotong. 

Sangat mudah nak masak. Campak-campak saja.

Dan juga berkhasiat. 

Dengan makan masakan ni anda juga seolah-olah minum air serai dan air halia. 3 dalam satu.

Bahan-bahan :

Sotong ikut suka
Halia (potong atau ketuk)
Serai (1 batang ketuk)
Daun kunyit (1 helai siat-siat)
Lada merah (1 biji patah 4)
2-3 bawang putih (hiris)

Cara masak :

1. Letak periuk atas dapur
2. Masukkan sotong, dan kesemua bahan-bahan
3. Masukkan air (ikut suka banyak mana)
4. Hidupkan api
5. Bila dah mendidih, masukkan garam
6. Agak-agak bau dah menggoda, tutup api

Dah siap untuk di-ngap.

Monday, April 14, 2014

Cendawan shitake goreng hentam saja labu


Bila nampak cendawan ni yang versi segar di pasaraya terus beli. Lepas tu terperap di dalam peti es seminggu lebih. Jenuh fikir nak masak apa. Tanya pokcik gogel cendawan ni boleh tahan berapa lama dalam peti es. Tak jumpa info. 

Sabtu lepas kena masak jugak, kalau tak masak ke tong sampah le jawab nya. Gogel cari resepi apa yang mudah nak masak cendawan ni beserta bahan-bahan yang sedia ada dalam peti es. Ok ada jumpa resepi yang mudah dengan bahan yang minimal. 

Dan terhasil la cendawan shitake segar goreng hentam saja la labu. Tapi musti ada udang baru sedap. 

Dah lama tak makan udang atas sebab kesihatan. Kandungan asid urik dalam badan tinggi huhu. Terpaksa lah pospon makan udang untuk beberapa ketika. Kalau tak dulu tiap minggu mesti ada resepi udang dalam menu harian.

Masa pergi pasar tani ternampak la udang putih yang kecik tu. Beli la sikit untuk buat rencah. Kecik-kecik pon sekilo RM16 hengget cik kiah oii. 

Berikut bahan-bahan nya :

# 1 peket cendawan shitake yang segar (Yang tak payah rendam untuk lembutkan dia. Dah memang sedia lembut. Tinggal potong nipis jer atau potong ikut suka)

# Carrot sikit (Ikut suka nak potong macam mana)

# Udang sikit

# Daun bawang sikit

# Sos tiram

# Kicap sikit

# Bawang merah & putih hiris nipis

Cara buat : 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih

2. Masukkan carrot dan kacau 

3. Masukkan cendawan 

4. Masukkan sos tiram, kicap, garam

5. Masukkan udang 

6. Agak-agak udang dah masak, masukkan ler daun bawang

7. Kalau ada belen-belen daun salad, potong-potong daun salad letak kat pinggan sebagai alas dan kemudian ceduk lauk cendawan kat atas nya. Nampak la cun dan menggiurkan sikit. Huhu

Selamat mencuba!

Monday, January 20, 2014

Kerepek ngarku / arrowhead


Dah lama nampak beberapa blog masakan masak bendalah ni. Keinginan nak try pon menjelma.

Nama dia arrowhead atau ngarku / ngaku. Sejenis ubi.

Akan muncul bila nak raya cina katanya. 

Haritu beli  kat Aeon Midveli, 7 ketul dalam seringgit lebih. 

Ok la untuk pertama kali try test. 

Bonda kita ingat nama dia sengkuang cina, tapi rupanya bukan. Mungkin pelandok dua serupa.


Kupas kulitnya dan siap sedia untuk di sagat oleh penyagat sebelah tu. Yang dia punya toncet tu jangan dipotong. Kegunaan dia sebagai pemegang sewaktu menyagat


Goreng dan terus goreng


Ini lah rupa selepas digoreng. Sedap rupanya.


Dapat la satu bekas ni. 

Cara bagaimana nak pilih ngaku yang baik boleh rujuk sini :