Showing posts with label drama korea 2013. Show all posts
Showing posts with label drama korea 2013. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Empress Ki - Episode 1 & 2


Kalau kawin pakai crown gini pon cantik. Mekap simple gini pon dah nampak naik seri pengantin. 


Ternampak chenta hati lama di hari perkahwinan


Sabar lah ahjussi. Bunga bukan sekuntum


Asalnya seorang yang lasak. Terer menunggang kuda dan memanah. Identiti sebagai lelaki untuk mencari pembunuh omma nya.

Macam mana boleh jadi Empress Ki? 

Ni yang tengah nak tengok ni
Raja yang adil lagi hengsem, raja disembah. Kekeke

 Nota rakyat jelata : 

Tuko selera kejap dari citer moden hero pakai kot tangan masuk kocek ke citer chonaaa

Wednesday, November 20, 2013

KDrama : Two Weeks (2013)




Tamat sudah menonton drama lakonan pojaan hati ini.

Antara drama Lee Junki yang saya pantas-ke-hadapan tengok sebab penat dan terus tengok ke episod akhir untuk ketahui kesudahannya hihi

Penat sebab Junki banyak lari. Lari sini masuk hutan, lari sana masuk rumah orang, lari sinun duduk bawah jembatan untuk menyelamatkan diri dari ditangkap polisi. 

Mianhe Junki sshi. 

Dalam 2 Minggu tu dia kena melarikan diri dan bersembunyi di mana-mana sebab hari ke 14 dia harus  menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum untuk di derma kepada anak dia.

Drama ni ada 16 episod.

Episod 1 & 2 menceritakan intro drama ini. Ribiu intro di SINI .

Selebih 14 episod aka 14 hari bersamaan 2 minggu, hero lari dan bersembunyi dan cuba untuk mencari bukti-bukti untuk membersihkan nama baik beliau dari tuduhan membunuh.

Antara drama yang kita menghitung hari bersama hero.

Selamatkah dia?

Berjayakah dia?

Harini (episod ni) dia nak lari ke mana pulak?

Makan minum dia macam mana?

Dah la hidup sebatang kara.
Ibu dan ayah tiada.
Kasihan dia.

Hehehe

Satu yang tension tengok citer yang melibatkan polis ni, untuk tangkap sorang penjenayah menderu desah semua polis pegi serbu berjemaah. Lepas tu penjenayah hilang. Lama dah pendam perasaan tension ni bila tengok k-drama yang melibatkan polis ni. K-drama Ghost  antaranya

Patut pecah-pecah la. Polis A jaga laluan A, polis B jaga laluan B dan seterusnya.

Dalam kes citer ni, penjahat seorang yang tua boleh berjaya meloloskan diri dari dalam hospital sebab polis dan pendakwaraya semua buat serbuan bersama di satu bilik. Macam orang tu ada senjata merbahaya ramai-ramai nak di tangkap dia sorang. Stress tengok hahahaha


Lukisan menghitung 14 hari dilukis oleh anak Jang Tae San.  

Hari ke 14 adakah bapa nya berjaya?



Mesti la berjaya. Hero katakan...hehehe 

 "Ye lah, shantek hidung awak..."

Akak ni merupakan seorang prosecutor. Bapa beliau telah dibunuh masa beliau kecik dan beliau nampak adegan bapanya kena tikam tapi tangisan beliau tidak diendahkan oleh mahkamah sebab dia keturunan mentimun. Yang pembunuh itu pula keturunan durian. Durian ketis sikit mentimun saja mentimun boleh luka. Disebabkan keturunan itu maka dia belajo pandai-pandai sampai jadi prosecutor sebab nak tangkap pembunuh ayahnya. Pembunuh ayah dia ada kaitan pula dengan Jang Tae San.  Maka dalam citer ni dia teramat nak tangkap Jang Tae San dan akhirnya mereka berkawan baik.

Seronok tengok abang ni berlakon lasak dalam citer ni sebagai polis. Selalu tengok dia berlakon pake kot tangan sebelah masuk kocek jew



 Soo Jin yang comey. Lepas drama ni beliau telah menerima banyak tawaran berlakon

Kasih seorang ayah yang sudah 8 tahun tidak bertemu ayahnya.

"I love you daddy.."

Jumpa lagi yek di drama yang lain.

Friday, November 08, 2013

The Heirs - Episod 1 & 2

Belom sempat tengok dramanya yang sebelum ni Faith, Lee Minho telah muncul dengan drama baru The Heirs. 

Sampai pengarah Faith mati bunuh dirik. Hilang lagi sorang pengarah berkaliber di Korea. Antara drama beliau yang ohsem ialah The Legend lakonan Bae Yong Jun. 

Perasaan selepas menonton episod pertama dan kedua ialah macam tak berapa nak masuk je ni. Citer hero anak orang kaya, heroin anak orang meskin. Gelpren / tunang hero juga anak orang kaya yang juga kekwat. Hubungan kekeluargaan juga hambar. 

Macam tak menyeru nak menonton episod seterusnya. 

Dan pelakon-pelakon pembantu kebanyakan dari drama To The Beautiful kecuali abang Kim Tan. Boleh tahan. Jalan tangan masuk kocek....kekeke


Episod pertama dimulakan dengan aksi hero bermain err...apa benda nama sukan ni ek. Lupa. Beliau menetap di Carlifornia US. Lagak nya seperti pro sahaja


Yang ni hero kedua. Masa tengok To The Beautiful macam cas negatif bertemu cas negatif hehehe. Muka ketat semacam. Tegang sangat. Terlebih botox agaknya. 


Heroin yang mantap. Anak orang meskin yang bekerja di sebuah cafe

Adek manes CN Blue ni juga ada dalam drama ini. Kali kedua bergandingan dengan heroin selepas drama You've Fallen for Me , yang hero dia penyanyi CN Blue. 



Suasana tegang dua beranak. Kakak beliau kini menetap di US (kononnya belajar), kemdian mintak duit dengan mak dia di Korea dengan alasan nak kawin. Mak suruh bank in duit, yang adik bangkang. Bior dia pergi US hantar duit dan sekaligus hadiri majlis perkahwinan kakak dia. Takkan hari kawin takde ahli keluarga yang hadir. Adik pon nak merasa jugak pergi US.


Sampai di US cari punya cari jumpa lah dengan kakaknya  yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe. 

*Samada abang Abu izin atau tidak saya nak kerja jugak...jadi pelayan*

Kafe ni tempat lepak hero yang bernama Kim Tan. Nama Melayu dia Atan.


Perjumpaan empat mata kakak dan adik. Disaksikan oleh 2 lagi mata. Mata air.

"Oh ini rupanya kolej engkau ye unnie? Baju kolej kau pun cantik"

"Kau ni bengap ke hapa? Does this look like a college to you?"

"Kau menipu mak selama ini. Tergamak kau ya."

"Mana duit? Ada bawak tak?"

"Kau tak tanya pon kabar aku terus mintak duit? Kakak jenis apa kau ni?"

"Shadap you"

Kakak terus selongkar beg merah adik dan melarikan duit berserta diri nya. 
  
Adik terus kehilangan kakaknya selepas itu.


 
Datang la Atan menenangkan keadaan. Atan ajak heroin bermalam di rumahnya sebab rumah kakaknya tiada orang. 

"Terima kasih Atan kerana sudi menumpangkan aku di  rumah kau. Sesungguhnya kau tak Arrogant. I like..."
 

"Atan, mana ahli keluarga kau yang lain? Kau tinggal seorang di rumah sebesar ini? Kau tak takut ke kena kacau dengan ju-on?"

"Kau diam boleh  tak. Bilik kau kat sana. Dah pergi membuta sana"



Yang ni mak tiri Atan. Yang baju biru mak kandung Atan. Mereka berebut suami.

"Kau jangan nak berangan jadi isteri kepada suami aku. Selagi aku berhidup jangan harap ya. Kalau bran pergi la menikah kat Siam "
 

Tunang Atan juga datang ke US. Atan ni macam tak suka akan tunang dia. Mungkin sebab tunang paksa.

Lari punya lari, (mereka melarikan diri dari penjahat) mereka masuk ke dalam panggung wayang dan dipendekkan citer Atan mengeluarkan dialog berbunyi,

"Kuch kuch hota hei kah aku...???? "

Monday, September 23, 2013

Two Weeks - Episode 1 & 2


Drama ini berkisar mengenai seorang ayah yang menjalani kehidupan yang bebas dan rambang serta tiada arah tujuan sebab dia ingat dia tiada keluarga, juga merupakan gengster juga gigolo kadang-kadang. Selalu masuk keluar penjara menjadi kambing hitam menggantikan penjenayah yang berprofil tinggi.

"Jang Tae San, ko tolong cover masuk jel untuk aku. Nanti aku kasik la ko sikit habuan. Ko bukan ada orang nak meratapi ko kalau ko masuk jel pon. You are my pren" kata orang itu

Sebelum dia tahu yang dia telah berpangkat ayah / appa.

Kemudian satu hari ayah itu di datangi oleh seorang perempuan yang pernah menjadi gelprennya 8 tahun yang lalu. Perempuan itu bukan mahu merujuk kembali kepada nya tetapi mempunyai satu permintaan supaya dia menjalani ujian darah sebab anak dia mengidap penyakit lukiemia dan memerlukan pemindahan tulang belakang ke hapa oleh penderma yang sama darah. Dah banyak kali dia berusaha namun kesemuanya gagal.


Sesi melayan peminat ahjumma yang ke-hausan


Sembang pon tanak pandang muka. Betapa menyampahnya dia pada bekas kekasihnya, Jang Tae San. 

"Aku boleh lakukan ujian darah itu, tapi aku moskel, adakah semua orang yang ko jumpa ko akan suruh dia buat ujian  darah"? tanya Jang Tae San kepada wanita itu

" Aku terpaksa jugak jumpa kau sebab aku tiada pilihan. Aku ada anak dan anak aku mengidap lukiemia dan anak aku itu berusia 8 tahun" balas wanita itu

"Apaaaaaa lapan tahun????"

Jeng jeng jeng ...

Jang Tae San mula imbas kembali kejadian lapan tahun yang lalu. 

Diselangi muzik latar ... lapan ribu lapan ribu hanya untuk mu hei hei

Ok potong stim ... kekekeke

"Kau simpan bayi itu?? Kan aku suruh gugurkan kandungan itu. Kenapa kau simpan jugak ... wae wae" buat muka tokojut seperti di atas

"Selama ini dia ingat ayah dia sudah mati. Kau jangan nak macam-macam lepas ni. Jangan ada hati nak mengaku kau ayah nya. Buat saja ujian darah. Nak ke tanak ni?"

"Ok ok. Esok aku datang spital"

Maka bermula lah fasa baru dalam kehidupan Jang Tae San dengan berita yang baru dia terima yak itu dia ada anak perempuan berusia 8 tahun yang mengidap lukiemia

Lepas buat ujian darah Jang Tae San  naik melawat wad kanak-kanak. Mahu juga dia tengok anaknya itu. Berdebo pon ada, nerves pon ada. Seorang kanak-kanak menegur dia dengan panggilan "Appa"

"Yah budak kecik. Kenapa kau panggil aku appa? Aku bukan appa kau" Tae San berkata sambil kaver nerves dia. 

Aik dia tahu nama kita.

Jang Tae San beranggapan budak itu panggil setiap lelaki appa sebab dia tak de appa kot.

Padahal ada sesuatu rahsia yang omma, appa dan boipren omma dia tak tahu.  Dia ada simpan gambo mak dan ayah dia yang telah koyak oleh omma dia. Melalui gambo itu dia tahu bagaimana rupa appa dia yang dilaporkan mati oleh emak dia


Ujian darah positif dan Jang Tae San tidak sabar untuk menderma organ kepada anak nya sendiri. Pembedahan akan dijalan lagi 2 minggu. Dalam 2 minggu dia tidak boleh cedera dan sebagainya. 

Ya 2 minggu. Sebagaimana judul drama ini. 

Malang tidak berbau, Jang Tae San di landa musibah lagi. Kali ini di tuduh membunuh perempuan bernama Oh Mi Sook itu. Merupakan perempuan simpanan tokei kelab malam dan Jang Tae San kenal akan tokei ini bernama Presiden Moon.

Jang Tae San membisu seribu bahasa apabila di tanya oleh polis. Awalnya dia mengamuk dan menjerit bahawa bukan dia yang bunuh.  Tapi jeritan dia itu hanya sia-sia. Dia dah dapat gambaran siapa yang punya angkara berdasarkan bukti-bukti yang polis kemukakan. 

Adakah dia menjadi mangsa kambing hitam Presiden Moon lagi?

Apa kaitan Presiden Moon dan Oh Mi Sook?

Dipendekkan citer, kes bunuh Jang Tae San akan dibawa kepada pihak Prosecutor. Dalam perjalanan nak ke sana kereta polis mengalami kecelakaan. Kereka polis kena hentam dengan trailer. *pom pom pom keceper*

 2 watak utama yang jahat dalam drama ini. Seorang ahlil politik dan seorang lagi tokei kelab malam Presiden Moon. 

Kali terakhir tengok Presiden Moon ni berlakon dalam East of Eden tahun 2008. Jahat kemain dia dalam citer tu. Tup tup jumpa dia dalam drama ini semula. Jahat jugak. Sabo je la. Aigoo.

Ahkak ni seorang Prosecutor. Dia sedih banget ni sebab dapat tahu informer dah mati. Oh Mi Sook tu informer dia. Sedih-sedih bawak kereta hingga menyebabkan kemalangan Jang Tae San. Nak pegi ke mana tak tahu lagi. Kena tengok episod 3.


Jang Tae San bagaimapun terselamat di dalam kemalangan jalan raya itu. Tae San mengambil keputusan melarikan diri dengan motosikal dengan tangan bergari. Tengok tu dua-dua tangan pegang satu handle motor. Tae San membawa motor sambil berdoa, 

"Oh Tahun untuk pertama kalinya, tolong la aku. Aku mahu berhidup sebagai seorang manusia buat pertama kalinya. Chaebal...chaebal.."

Tae San juga sudah berkira-kira mahu menulis lirik lagu mengenai diriknya dari seorang gangster menjadi manusia sejati demi anaknya,

 Aku yang sekarang bukan nya yang dahulu..
Dulu aku gangster, sekarang aku dah jadi bapa oi..

Adakah dalam masa 2 minggu Tae San berjaya meloloskan diri untuk menjalani pembedahan anaknya?

Tak saba nak tengok drama ni seterusnya.

Tuesday, June 18, 2013

Incarnation of Money - Episod 1


Antara drama yang dinanti-nantikan kemunculan nya dengan hati berbunga-bunga. Lakonan hero pojaan hati huhuhu


Citer dimulakan di tempat korek mengorek tanah ini. Korek punya korek, lapan lagi, sekali terkorek duit yang banyak yang telah ditanam di dalam tanah di situ. Peh. Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, apalagi pekerja yang sedang bekerja di situ berdesup desup bergegas mengutip duit-duit yang berterbangan umpama rezeki jatuh dari langit dan rezeki yang datang bergolek. 

Harta karun sapa punya tah. Di anggarkan jumlah duit semua bernilai USD10 juta. Wow!!

*Donia, donia meniaga manusia lagi untung dari meniaga unta. Wow*

Berita pun tersebar luas lah ke pelusuk negera. Maka datang la seorang Prosecutor kacak bergaya bernama Lee Cha Don untuk menyiasat. 


Masuk ke dalam khemah Prosecutor tu pun berbicara dengan orang sebelahnya, 

"Makanya duit-duit ini semua kepunyaan seorang lelaki bernama Lee Kang Seok lah? Hensem tak dia"

"Ya, jika dia masih berhidup"

"Adakah dia telah mati?"

"Dia telah hilang selama 15 tahun"

"Keluarga dia pula macam mana?"

"Dia ada mak, tapi mak dia pun telah menghilangkan dirik"


"Aik anak dan mak hilang dan meninggalkan  duit yang sebanyak ini? Aku dapat merasakan ada seswatuh yang tak kena ni. Baler ni baler"

Kemudian dia menerima panggilan telefon. 

"Yoboseyo. Sapa sana cakap?"

"Seseorang yang amat mengenali mu"

"Kau kenal aku? Kau jangan nak main-main. Kau tahu aku sapa? Keja aku tangkap orang-orang seperti kau. "


"Tuan Prosecutor Lee Cha Don, kau tak payah lah nak eksyen dengan aku sikit-sikit nak tangkap orang. Aku tipon ni nak kabor ke kau. Kau nak tahu  tak nama sebenar kau apa? Bukan nama pelesu yang kau guna sekarang. Nama yang mak bapak kau bagi. Nama sebenar kau dalam mykid."

"Kau kenal aku kah? Kau sapa ni? Kenapa aku ada banyak nama? Cakap cepat. Kalau tak aku tangkap kau sekarang. "

"Kalau kau nak tahu jumpa aku malam ini di Hotel Han Gang, bilik 1205"


Beliau pun mengerutkan dahi sebab moskel. 

"Betulkah aku ada nama lain?  Ottokke?"


Cerita pon kembali ke zaman silam. 

Budak lelaki ini bernama Lee Kang Seok. 

Seorang anak hartawan yang makan di pinggan, minum di cawan. Harta bapaknya ada berkoyan-koyan. Kapal di laut, gedung di darat.

Kalau ikut pada skrip atas, duit itu adalah kepunyaan dia.


Keluarga Lee Kang Seok sedang dilanda musibah. Bapak nya yang kaya raya itu ada mempunyai perempuan simpanan, manakala emaknya pula memendam perasaan  dari kejauhan terhadap perangai suaminya hingga mendapat sakit. Biasalah kalau bersuami kan suami kaya. Mesti makan hati berulam jantung punya. Walaupun sang suami tu langsung tak hengsem tapi ada je pompuan gedik nak mengepit. Yang sang suami tak sedo dirik set-set rumah kata pergi kubur kata marey pula ingat pompuan itu betul chenta sama dia. Padahal chenta duit nya saje.

Dari jauh Lee Kang Seuk merenung maknya yang sedang berduka dengan peel bapaknya. Dia dapat merasai kedukaan itu barangkali. 

"Nanti kau pompuan, aku akan balas dendam bagi pihak mak aku. Jaga jaga ada mata yang memerhati"


Seperti yang dijangka, bapaknya dibelot dan ditipu dengan kekasih gelapnya. Dia sendiri yang nampak mereka togede-togede di dalam bath tub. Di hari ulangtahun perkahwinannya bapak itu memanggil mereka yang membelot untuk ditembaknya. Malangnya lain yang berlaku. Bapak itu diserang sakit jantung dan masukkan ke spital. 

Yang belot keluarga Lee Kang Seok ialah orang kanan bapaknya sendiri yang mahu membalas dendam terhadap kematian bapak nya. Bapaknya mati disebabkan oleh bapak Lee Kang Seok. 

Gitu lah intro drama ni. Motip balas dendam. 

Misteri Lee Kang Seok menjadi Lee Cha Don  kena lah tengok sampai abis. Buat masa ni ambe KIV dulu drama ni sebab nampak macam berat jalan citer dia. Jumlah episod pon 24. Sabar je Ahjussi. Genre macam ni kena lapangkan minda dulu baru syiok layan.

Sementara tu ambe nak ikut Toma Ikutan ke Shimanto  dulu hehehe

Berikut saya jumpa sarikata yang dia tulish Arab.


Ajashi! Ajashi!


Dalam kes ni Wau kena tendang Alif. Baru jadik Ahjussi daa.