Showing posts with label ribiu buku. Show all posts
Showing posts with label ribiu buku. Show all posts

Tuesday, January 23, 2018

Aku _________, Maka Aku Ada




Pagi ini selepas sarapan saya terus selongkar kotak buku untuk mencari sebuah buku yang telah diharamkan baru ni. Tujuannya adalah untuk tak nak bagi mengantuk lepas makan. Mungkin kalau baca buku kontroversi mata akan segar bugar. Sekadar bermungkin.
Ada 22 topik kesemuanya. 

Topik pertama. MH370, Maira Mengajar Kami. Seorang anak yang berusia 17 tahun redo dan pasrah di atas kehilangan ayahnya (Airmata menitis pulak sewaktu menulis perenggan ini).

Topik kedua. Isa, Seorang Ateis. Ada seorang pemuda ateis menghubungi penulis nak ajak sembang. Pemuda itu tidak percaya pada Tuhan dan benci pada agama. Antara soalannya, mengapakah Tuhan yang telah berjanji untuk memberi rezeki kepada semua makhluk masih membiar sebahagian umat manusia tersiksa menderita kebuluran? Pemuda tersebut sedang struggle untuk mencari sesuap nasi. 

Penulis memberitahu pemuda ateis itu ayat 6 surah Al Hud. Akan tetapi jaminan rezeki bukan lah bermaksud ia akan dihantar di hadapan muka pintu atau disuap ke dalam mulut manusia berakal dan diberi kecerdasan. Yang dimaksudkan dengan rezeki ialah ia wujud setimpal dengan usaha supaya rezeki itu terbuka mencurah ke pangkuan. 

Panjang lagi penjelasan. Baca lah buku ini. Haha

Topik ketiga. Seorang Muslim dan Seorang Lutheran. Penulis mempunyai sahabat orang Denmark. Dan bersembang lah mengenai insiden gila kartun Nabi Muhammad SAW pada tahun 2005. Berpunca dari sikap orang Islam sendiri yang berhijrah ke Denmark dan tak reti nak bergaul dengan orang tempatan. 

Topik keempat. Beriman Dari Bertanya. Membuka minda betul topik ni. Mengenai sistem persekolahan anak2 kita. Anak-anak usia 4, 5, 6 tahun suka bertanya. Bila masuk ke dalam sistem sekolah skill bertanya mereka terbantut. 

"Alam persekolahan anak, sistem pendidikan bukan eksperimen politikus. Anak-anak diperkotak katik oleh politikus. Anak-anak ini setelah diperkotak katik akan menjadi kumpulan generasi yang kekal serta tetap mempertahankan kekuasaan politikus.
Ini kerana di sekolah anak-anak ini tidak lagi bertanya. Mereka tersogok, tersuap dan terjolok. Mereka menelan dan menerima itu adalah kebenaran. Suis akal mereka senyap-senyap dimatikan. Kita sebagai ibubapa pasrah saja bahawa kecurigaan dan kemusykilan anak-anak telah lumpuh."

Lepas topik tu akak pon terlelap. Ciss. Terlelap jugak. Kena buat cermin mata jugak agaknya. Font kecik. Nanti kita sambung lagi.




Jumpa penulis di PBAKL 2015 di MAEPS yang kontroversi. 
Lokasi MAEPS yang kontroversi.

Jaulah Mencari Ibrah





Best betul buku ni. Kembara solo seorang remaja ke Turki. Seorang pelajar perubatan di Russia dan gigih menabung untuk ke Turki waktu cuti semester.

"Hasrat ke Turki saya jadikan priority utama kerana tergoda dengan ceramah mengenai Sultan Muhammad Al Fatih pada tahun 2012. Sahabat saya pernah berpesan, kalau nak travel pergi lah ke negara yang pernah membina tamadun. Salah satu yang saya nampak ialah Turki. Apatah lagi seorang sahabat saya yang saya kagumi juga sedang menuntut di sana." 

Kawan dia Almarhum Ahmad Ammar. Sama sama belajar di RMC. 

"Remaja yang mempunyai pengalaman mengembara secara solo lebih mudah mendapat pekerjaan. Ini merupakan nilai tambah yang dicari oleh majikan majikan di Jepun, China dan Korea."

Jaulah bermaksud kembara.
Ibrah bermaksud pengajaran.

Kembara mencari pengajaran.

Patut lah gigih akak nak pergi jualan gudang karangkraf pepagi haritu. Nak berjumpa dengan buku ni rupanya. Terharunya di atas perancangaNya.

Sempat baca buku ni sebelum ke Turki bersama Rarecation.

Friday, November 03, 2017

Secangkir Teh Pengubat Letih




Syukur dipertemukan dengan buku ni. Buku diterbit pada tahun 2010. 

Kembara Ustaz Hasrizal ke Turki pada tahun 1995 dan seterusnya. Dekat 20 kali beliau dah pergi ke Turki. Bermakna dari tahun 1995 hingga 2010 buku ni terbit. Tahun 1998 orang Turki pon kecoh mengenai Anwar Ibrahim dan bertanya akan hal tersebut kepada Ustaz. 

Beliau belajar di Jordan waktu itu. Bila cuti semester beliau travel ke Turki. Semacam ada chemistry yang kuat dengan Turki, bila jiwa kacau tak tenang di Jordan, beliau akan membawa diri ke Turki. Orang Arab Jordan disekelilingnya gemar bertekak katanya. Bila berada di bumi khalifah Turki semacam tenang aman damai kehidupan rasanya. 

Di Turki beliau berkenalan dengan beberapa orang tempatan Turki sehingga menjadi akrab. Dari situ beliau dapat mengenal Turki dengan lebih mendalam lagi. Sejarah Turki, perangai orang Turki, tahap keislaman orang di Turki, budaya orang Turki yang menitik beratkan hal-hal kecil, zaman inflasi Turki, mata wang Lira menjunam, gempa bumi di Turki pada tahun 1999 dan sebagainya. 

Yang menarik dibaca tentu lah mengenai sejarah Islam Turki dan pengajarannya.

Pendek kata sangat direkomen baca buku ini. Terutama yang minat sejarah. Tak menguap baca sebab dia ala novel gitu. Banyak dialog dialog. Boleh beli online di website Galeri Ilmu. 

Antara petikan dari buku.

Bab 17 – Masin Mulut Emak. Mengubahsuai larangan Emak.

“Kamu tak payahlah pergi ke Turki lagi. Emak tengok telebisyen tu tak habis-habis peperangan di sana sini.”

Emak menyuarakan kebimbangan hatinya melalui perbualan telefon kami pada suatu petang.

“Perang tu sebenarnya di sebelah timur, Mak. Kalau nak diukur, mungkin jarak tempat perang itu dengan Jordan lebih dekat, berbanding Istanbul." 

Saya cuba menenangkan hati Emak yang risau di kampong. 

Hati mula menganalisis. Emak bukan tidak benarkan, Cuma dia tidak galakkan. Wah! Saya cuba menggunakan kaedah Usul Fiqh untuk menganalisis larangan Emak. 

[Dipendek kan cerita perjalanan Ustaz ke Turki pada kali ini tidak lancar. Sewaktu di Istanbul dompetnya telah dicuri. Dalam dompet tu ada macam-macam dokumen. Lemah seluruh badan. Lemah bukan sebab kehilangan duit dan dokumen. Tapi sebab masin mulut Emak. Dan Ustaz mengetahui itu semua balasan Ustaz melawan cakap Emaknya. 

Bagaimanapun pencuri itu telah letakkan dompet di dalam masjid. Mereka cuma ambil duit saja. Letak dompet dalam masjid sebab dalam dompet Ustaz ada stiker lencana satu pertubuhan. Tengok pada lencana itu, pencuri tu tahu ahli nya mesti solat. Sebab tu dia tinggalkan dompet di dalam masjid. Pencuri baik hati.]

Selepas kejadian itu saya telefon Emak dan ceritakan apa yang berlaku. Saya meminta maaf kerana telah mengubah suai larangan Emak dengan bijak pandai ilmu yang saya belajar. 

Oleh itu sahabat sekalian, dengan ibu bapa jangan semberono menunjuk pandai. 

Sebijak mana sekali pon kita, jangan lah sesekali kita lupa taat dan berbakti kepada ibu dan bapa. 

Sesungguhnya saya bersyukur kerana Allah sentiasa memberikan balasan dunia agar saya cepat sedar. 

Malah saya nasihatkan kepada diri saya dan anda semua dengan satu perkara. Seandainya selepas semua perkara berjalan lancar, perniagaan baik, keluarga sihat, tetapi hati masih gelisah, jangan lah pergi jauh mencari punca. Mungkin ada dosa dan salah kita terhadap ibu bapa di kampong. 

Majoriti kes saya temui sewaktu bekerja di sebuah firma dulu, kebuntuannya terkunci pada soal hubungan dengan ibu bapa. 

Sahabat sekalian, terima lah pesanan saya. Telefonlah, SMSlah, pulanglah, jangan biarkan ibu sunyi di kampong. Tiada keberkatan hidup pada menyakiti ibu bapa. 

[Pesanan diterima Ustaz dengan rendah hati]

Saya terkesan dengan bab ini. Biasa dengar lawan cakap. Tapi kali ni bukan lawan, tapi mengubah suai larangan. Bab renovate larangan ni memang kerja kita. Kita tahu benda tu salah dan berdosa. Tapi sebab nak sedapkan hati, kita mencari hujah-hujah yang tak kuat untuk membenarkan perbuatan salah kita. Tak kira samada larangan Emak atau larangan Allah. 

Contoh, menutup aurat dengan sempurna itu wajib. 

Tapi kita ubahsuai, alah buat apa pakai tudung kalau hati jahat. Dan sebagainya.

Kannn??

Bersambong... kalau rajin

Monday, July 24, 2017

Aku Bukan Ustak Yutiub





Satu lagi buku yang sangat besttttt untuk dibaca. Terutama oleh pelajar pelajar sekolah. Banyak tips bagaimana nak buat lepas SPM. Ramai anak anak yang masih tak tahu apa hala tuju mereka selepas SPM. Kalau keputusan tak berapa bagus kat mana boleh hantar borang untuk sambung belajar dan sebagainya. Teruskan belajar dan belajar. Jangan tinggal buku. Baca dan terus baca. 


Kalau dah dapat masuk U pulak, aktifkan diri dengan berpersatuan. Buat kerja part time, jadik dalam resume tu ada jugak tertulis pengalaman kerja. Semua dikongsi dalam buku ni.


Penulis ni seorang penceramah motivasi di sekolah sekolah dan pelajar jurusan undang undang di UIA. Boleh follow beliau di fesbuk Mufarwa Farid. 


Antara topik yang banyak disentuh ialah bab buli. Buli bukan hanya sentuhan fizikal. Mengejek ejek kawan juga salah satu buli. Ada anak seawal 12 tahun dah ejek nama kawan dengan panggilan dadah. Sebab bapak dia penagih dadah. Contoh Zura Dadah. Dari mana mereka belajar menggelar-gelar ni? Mesti dari orang tua mereka kan. Selain mengejek ejek nama bapak dan rupa paras kawan.


Kat sini akak skrin shot satu topik buli yang menarik. Kenapa kena guna kekerasan yakni hukuman fizikal untuk tarbiyah dan menjadikan insan itu "orang"? Kenapa mesti diteruskan tradisi jahat ini di sekolah atau di mana saja yang ada senior junior? Kesan dia bukan small matter bang.


Kalau semua senior macam abang ni, alangkah seronoknya. Ketahui lah segalanya bermula dari rumah sebenarnya. Cer tengok ada tak kita membuli adik beradik kita? Ada tak kita buli mak bapak kita? Suruh mak masak macam-macam tapi kau haram tak tolong. Asek dengan enpon.


Perpustakaan sekolah wajib ada buku ni.


Hentikan budaya buli walau dimana jua anda berada (ibu jari gerak kanan ke kiri)









Best kan? 

Jangan membuli jika anda tidak mahu dibuli balik. Kalau anda yang membuli, kemungkinan anda tidak dapat balasan kena buli balik. Anak cucu nanti akan dapat balasan. 

Ingatlah, perbuatan jahat kita walau sebesar zarah akan dibalas. Begitu juga perbuatan baik. Maka sebab itu, banyakkan lah berbuat baik sesama makhluk.

Tuesday, May 16, 2017

Rock Kapak Not Dead



Buku seterusnya. Layan rock kapak jugak akak ni. Boleh la sekali sekala. Selongkar gobok ada pulak jumpa kaset ni. Hehe

Tertarik sungguh dengan kulit buku ni. 

Buku ni bercerita tentang Lukman yang lepas kena rijek dengan awek masa Tingkatan Dua melayan muzik rock bagi merawat hatinya yang sedih. Lepas tu dia terus layan dan minat giler dekat rock kapak sehingga menubuhkan band. Kemudian dia mendapat jolokan nama Man Bising.

Ikuti seterusnya kisah suka duka Man Bising mempertahankan rock kapak. Bapak dia bising kat dia sebab berhenti sekolah mahu menjadi mat rock, makwe dia pon bising dekat dia sebab rockers takde masa depan katanya dan sebagainya. Tapi bukan sebab tu dia dapat nama Man Bising. Ada sebab lain. 

Terimbau kembali zaman Tok Mat potong rambut panjang rockers dalam tv. Golongan yang takut dengan rambut, kata Man Bising. Hehe

Buku beli kat PBAKL2017. Terbitan Thukul Bersekutu (Guerilla)


 Dalam buku ni akak belajar benda baru. Cara nak guna QR Code.


Scene ni kelakor. Lagu Perjanjian Syaitan dari SYJ buat persembahan depan cikgu. Kikiki