Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Expo Doraemon


Sedang berlangsung sekarang di Viva Shopping Komplek Cheras

Bayaran masuk dewasa : RM25

Bayaran masuk kanak-kanak atas 3 tahun : RM15

Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma. 



Kalau ikut tahun Maryam dah 3 tahun (lahir 2011). Tapi kalau ikut bulan belum sampai lagi. Sebelum masuk mintak mykid Maryam. Nasib baik tak banyak songeh tentang umur Maryam.

Saja la nak bawak Maryam tengok katun sementara umur tak payah kena bayo tiket. Adiknya Yusuf tak bawak sebab kurang sihat.


Jangankan budak, mak budak pon eksited tengok Doremon berderet-deret ni deknon.


Berposing la dengan Doremon sampai pengsan. Ada 100 Doremon dan watak-watak yang lain


Setan pon ada paspot daa


Nobita sedang pujuk Doremon yang kesedihan


Dalam banyak-banyak suvenir ini je yang beli..hehehe

Kalau nak pergi, pergi pagi-pagi orang tak ramai best nak gambo. Pukul 10 dah bukak. 

Info lanjut : 

http://www.100doraemon.com/ 

Monday, November 18, 2013

Taman Burung Kuala Lumpur

Selepas membaca  blog Dr. Halina yang telah pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur bersama keluarganya, saya juga teruja untuk ke sana untuk membawa anak-anak.

Tempat nya berdekatan so teringin la pergi. Sebenarnya banyak tempat riadah dan taman tema yang nak pergi bawa anak-anak, tapi ku tahan jebatttt. Tunggu mereka beso sikit. Sebab kalau bawak masa kecik mereka tak tau apa-apa. Nanti dah beso mesti depa mintak pegi sini lah, sana lah. Penat mak. Penat fizikal dan poket hehehe 

So buat masa ni kita pegi yang dekat-dekat je la dahulu haaa.

Bayaran masuk sini untuk dewasa RM25, kena tunjuk Mykad samada asli atau pun palsu. Kalau tertinggal Mykad, boleh la jadi warga asing kejap dan bayo RM45. Untuk 2 kanak-kanak bawah ni masuk free buat masa ni.


Sebelum masuk posing dulu. Mohon bawak stroller kalau ada kanak-kanak beso nih. Sebab boleh tahan lelah jalan kat dalam nanti. Naik turun bukit. Nasib baik Maryam tak mintak dukung.


Pemandangan shantik. Ada air terjun untuk burung-burung melepak


 Air terjun lagi


Tengok apa tu


Burung merak sedang berdua-duaan di atas pokok


Dia tengok burung, burung pon nak tengok geng dia kat baju tiset tuu


Berehat sebentar makan eskrim


Burung hantu yang kena kerja overtaim. Sedih je air muka dia kan...hehehe


Yusuf dan aksi-aksi nya


Walaubagaimana pun burung yang pakai tarbus tiada kedapatan di sini yach...:P