Sedap baca buku ni.
Sangat elok dibaca oleh suami yang ingin
poligami, wanita yang bercinta dengan suami orang, isteri yang leka tak
jaga makan minum suami dan bakal pak mertua yang bakal terima menantu
suami orang.
Cinta agung mereka diselamatkan oleh bakal pak
mertua yang tidak mata duitan walau pun bakal menantu suami orang itu
berkereta mercedis dan CEO syarikat.
Yang cinta tak agung tu kantoi bila bakal pak mertua tanya suami orang itu
"Kamu solat? Kamu membaca Al Quran?"
Kadang solat kadang tidak.
"Selama 9 tahun berkahwin kamu tak pernah solat berjemaah dengan anak
dan isteri kamu? Kamu sepatutnya membimbing isteri kamu. Isteri kamu
jadi kayak gitu kerana siapa? "
Kemudian bapak itu tanya anak dia pulak.
"Kamu yakin mahu kawin sama dia? Kamu dengar sebelah pihak saja. Betul
kah isterinya mahu bercerai? Bercerai sebab kamu? Apa kamu nak jawab di
padang masyar nanti kamu meruntuhkan masjid?"
Gitu lah. Semakin
kita jauh dengan Allah, tak tenang jiwa dan porak peranda rumahtangga.
Dia salahkan dia, dia salahkan dia balik. Lapan lagi. Untuk muhasabah diri jauh
sekali. Apatah lagi muhasarawak.
Gurau.
Mujur ada bapak itu mengingatkan semua.
Masa beli buku
ni online kat bookcafe main klik klik je sebab ada diskaun dan nak baca
naskah penulis ni seterusnya selepas Dia Isteri Luar Biasa. Bila dapat
buku baru perasan tajuk macam familiar.
Telah ditelefilemkan
novel ni. Lakonan Aaron Ajis, Siti Saleha dan seorang heroin Indonesia.
Cinta agung tak menjadi ni melibatkan 2 negara. Baca buku lagi syiok
rasanya.
No comments:
Post a Comment