Ini novel ketiga penulis.
Sebab akak dah baca kedua novel dia sebelum ini, maka teruja nak baca novel
beliau seterusnya. Bukan sebab tajuk novel ‘Suamiku….. Ini lah pertama kali
akak baca novel judul suami-suami ni. Tak sangka beliau juga buat novel judul
Suamiku…huhu
Novel pertama The
Wedding Breaker. Best sangat masa baca. Suka suka. Bila diadaptasi ke drama
lagi suka. Suka dan suka. Lapan lagi. Sekali Doktor Harlina Siraj tegur pasal adegan
rogol. Terus akak pon terkedu dan berfikir dua kali. Ye tak ye jugak. Biasalah
lalang. Kejap hanyut di alam fantasi. Bila ada pakar tegur, baru celik mata
huhu. Ya adegan rogol tidak boleh dibuat main-main. Macam tak de apa-apa yang
berlaku. Bila kena rogol kesan terhadap emosi sangat dahsyat. Walaupun perogol
tu hensem dan kaya.
Novel kedua 13 Jam
(A380). Novel kedua akak tak syiok langsung baca. Apesal tah. Tak boleh nak
masuk.
Novel ketiga Suamiku si
mata biru. Ok yang ni akak paling suka. Lokasi dalam novel beliau banyak di
London sebab beliau sedang membuat PhD di sana. Novel ini terhasil selepas 4
tahun berehat. Akak rasa citer dalam novel ni macam kisah benar beliau je.
Melalui novel ini jugak
akak tergogel tempat bernama Mykonos, Greece. Indah sungguh panorama. Boleh la
ber-Rarecation ke Greece lepas ni. Hehe
Kisah mengenai Irina yang
dah masuk usia 30an masih bujang dan sedang membuat PhD di sebuah university di
Newcastle. Selain selalu berdoa dapat menghabiskan PhD beliau, Irina juga
sentiasa berdoa agar di kurniakan seorang suami yang baik. Tak kira apa bangsa.
Sekali dia dapat suami mat salih daa. Dah banyak kali cinta terkandas di tengah
jalan membuatkan Irina dah malas nak amik port pasal percintaan dan mahu beri tumpuan
sepenuhnya di dalam pelajaran. Tambahan dia melihat ibu nya yang bukan pilihan
keluarga diberi layanan yang buruk oleh ahli keluarga ayahnya membuatkan dia
geram dan sedih.
Banyak perkara positif
dapat dikutip dalam novel ni.
1. Belajar
bersungguh-sungguh untuk diri sendiri.
(Dia persiapkan diri
sendiri supaya dia tidak perlu menyandarkan rezekinya pada seorang lelaki
bernama suami kerana manusia datang dan pergi tetapi yang sentiasa tinggal
adalah diri sendiri.)
2. Batasan pergaulan
sewaktu bercinta. Walaupun bercinta dengan mat salih, aurat dan pergaulan
dijaga. Mat salih tu geram jugak sebenarnya tapi ditahan sebab melihat akan
kepercayaan dan peribadi Irina yang baik dan sopan. Jagalah maruh dan nama baik
ibubapa walau di mana kita berada.
3. Nak kawin dapatkan
restu bapa paling utama sebab bapa wali. Mereka kawin senyap-senyap disebabkan
faktor agama, kos dan Irina masih belajar di sana. Buat yang wajib-wajib je.
Part yang tak best
baca, bila cerita penempatan di mana ramai orang Islam tinggal di London, pasti
ada terselit perkataan kotor dan tidak bersih. Aigoo.
Ok akak rekemen novel
ini di baca oleh mereka yang berumur 30an dan masih bujang. Kot kot lepas baca
korang dapat jodoh dengan omputeh si mata biru huhu. Jangan lupa jemput tau.
Kepada anak-anak gadis
juga disarankan baca novel ni. Kalau nak bercinta jaga batasan dan aurat. Kalau Allah didahulukan, ibubapa diutamankan,
Insya Allah akan diberi jodoh yang baik-baik.
Jangan sebelum kawin kau dah
jemput dulu syaitonnirajim di dalam perhubungan kau. Dalam ramai-ramai jemputan
kau jemput dia dulu. Memang dia akan kacau bilaukan hidup kau lah.
Paham ke
idok ni?
No comments:
Post a Comment