Thursday, November 04, 2010

Merejam (Bahagian 2)


Pagi ini dan semalam saya diberi kesempatan untuk menyaksikan 2 rancangan TV yang berkaitan dengan entri ' merejam' saya tempohari. Silih berganti channel topik ni keluar dalam TV.

Apakah ini petanda saya harus menulis lagi entri berkenaan hal ini lagi? Ottoke?

Pertama, malam tadi saya terbukak siaran TV9 "HUJAH" selepas mem besar selesai menonton Rosyam Nor Gelora Dihati Sara di TV2. Terpaksa lah saya menahan diri dan bersabar dari menekan remot ke channel 391. Tewas akhirnya Abang Hujan ditangan Rosyam Nor, hero Malaya itu. Kekeke

Topik HUJAH malam tadi berkenaan 'Sekolah Harapan' aka sekolah untuk remaja hamil luar nikah yang dibina di Melaka.

Kedua, pagi tadi sewaktu bersarapan pagi di Estero Prima ada rancangan Dahsyat 13. Topiknya pula 'Berzina'.

Kedua hos nya Aziz Desa pulak kebetolan nya. Laku sungguh Abang Ajis kita ni yek. Sana sini muka dia.

Cuma saya rasa kurang sesuai dengan tagline Abang Ajis dalam rancangan Dahsyat 13 itu. Tagline beliau,

"Masya Allah. Dahsyat. Sungguh dahsyat"

"Masya Allah" bermaksud "Allah yang mengkehendaki demikian." Diucapkan ketika melihat kebesaran dan keagungan ciptaan Tuhan.

Kebanyakan topik yang dipaparkan di dalam rancangan Dahsyat 13 ialah topik-topik bermasalah, maksiat, keruntuhan akhlak dan moral serta mengengkari suruhan Allah dan bukanlah perkara kebesaran yang patut kita agung-agungkan.

Sepatutnya sebut "Astagfirullahalzim" yang bermaksud "Saya mohon ampun pada Allah swt".

Mungkin boleh tukar tagline ke "Astagfirullahalzim. Apa nak jadik ni? Dahsyat sungguh dahsyat"

Tapi tak pasti lah mungkin betul kalimah penggunaan Masya Allah di situ sebab setiap yang berlaku adalah dengan kehendak dan izinNya.

Sumber : Kalimat Toyyibah

[Yang salah ialah apabila kagum melihat maksiat, perkara buruk dsb lalu berkata Maa-Syaa-a-Allah - "Apa yang Allah kehendaki", seolah2 menyatakan 'apa nak buat, dah takdir buat maksiat/jahat'. Sebaik2nya hendaklah kita berlindung dengan Allah dari kemaksiatan tersebut dan juga beristighfar.]

Sumber : Soal Jawab Doa dan Zikir

Saya akan cuba menulis berkenaan hal ini lagi jika ada kelapangan, tentang masalah hal yang semakin kronik dan meruncing umpama buluh runcing yang menikam kaki Menteri Pasola, di dalam negara kita ini. Kena buat kajian dan bacaan lebih mendalam lagi sebab saya kurang ilmu untuk menulis panjang berkenaan hal ini.

Walaupun saya tak nampak bagaimana masalah remaja berzina ini dapat dikurangkan sebab siang-siang kita telah menolak hukum Allah. Tapi kita cuba la ye. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua yang menolak hukum Allah ini.

Kecik-kecik dah pandai beromen. Apa kess? Ini kes seriyes u oll.

Firman Allah,

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [Al-Baqarah 2:208]

Saya nampak begini la ya sedara sedari.

Setiap hari kita bertarung dengan syaitan sebenarnya. Musuh kita yang terang lagi nyata. Siapakah yang dapat membenteras tipu daya syaitan ini?

Hanya ALLAH SWT. melalui wahyunya di dalam Al-Quran, kerna Allah yang menjadikan syaitan. Tapi kita melaksanakan hukuman maksiat dan langgar perintah Allah ini dengan hukuman ciptaan manusia. Manusia jua dijadikan oleh Allah. Kena kentut je la dengan syaitan hukuman ciptaan manusia ini.

Di zaman Nabi Adam syaitan tidak mahu tunduk kepada manusia yakni Nabi Adam sebab dia kata dia lagi mulia kejadian dari manusia hingga membuat Allah murka dan diusir syaitan dari syurga. Sejak dari itu syaitan berjanji akan menjahanamkan semua keturunan Nabi Adam.

Kalau orang kena sampuk syaitan atau hantu, kita cepat-cepat akan bacakan ayat Quran untuk bagi orang itu sembuh dan halau syaitan. Begitu juga kalau nak masuk rumah baru. Kenapa kita nak baca ayat Quran?

Cuba kita tukar pulak pasangkan lagu-lagu merdu ciptaan manusia terhadap orang yang kena sampuk hantu itu. Pasang lagu rock ke, keroncong ke, Perpisahan dalam Kebahagian ke, atau pun yang tengah hit sekarang lagu Maher Zain. Banyak sebut kalimah Allah lagu Maher Zain. Mana tau syaitan atau hantu boleh nyah dan lari lagi laju menghilangkan diri. Belom terai belom tahu.

Tetapi kita secara automatik dah tahu sebenarnya hanya ayat Quran sahaja la yang bisa menghalau hantu syaitan ini.

Tapi apa pula kaitan dengan gambar konsert Maher Zain di atas??

Konsert tersebut dianjurkan oleh sebuah pusat kebajikan yang memuatkan remaja bermasalah seperti hamil luar nikah dan sebagainya, yang bernama Raudhatus Sakinah untuk mencari dana pusat kebajikan bagi menampung penghuni yang yang kian hari kian ramai. Menurut Aishah (Janji Manismu) yang juga merupakan cekgu kat RS dan artis yang membuat persembahan pada malam itu, setiap hari sebanyak 15 panggilan diterima dari ibubapa yang mempunyai anak remaja bermasalah (majoriti hamil luar nikah) untuk ditempatkan di RS. Untuk menjalani proses penginsafan barangkali.

Bayangkan ya sedara sedari sekalian, satu hari 15 masalah, kalau sebulan berapa? Setahun? Dua tahun? Kempen dah macam-macam buat. Rumah kebajikan untuk proses penginsafan dan belajar agama dah banyak terbina. Hasilnya?

Konsert diberi nama "Save the Soul". Nampak tak ada gambo baby dalam urup O kat situ? Tak pasal-pasal Maher Zain pon terlibat sama. Hehe

Sapa ada nak nasik tambah, silakan ya

No comments: