Tuesday, November 02, 2010

Merejam




Di kala ini saya sedang membaca sebuah buku. Kemudian berjumpa dengan sebuah hadis yang berbunyik begini. Saya salin balik untuk dikongsi bersama juga panduan buat diri saya sendiri. Harap-harap bukan hadis palsu

Artinya :

"Dari Abi Nujaid, iaitu ‘Imran bin Hushain Al-Khuza’i, ujarnya :

"Seorang perempuan dari suku Juhainah datang kepada Rasulullah SAW dalam keadaan hamil kerana zina. "

Ujarnya :

"Ya Rasulullah, saya telah melanggar hukum Allah, kenakanlah kepada diriku hukuman."

Lalu Nabi Allah memanggil walinya, kemudian berkata,

"Layanlah wanita ini dengan baik. Jika kelak telah melahirkan, bawalah kepadaku!"

Lalu walinya melaksanakannya.

Lalu Nabi SAW menyuruh wanita itu (untuk menjalani hukuman), lalu kainnya diikat pada dirinya, kemudian direjam sampai mati. Kemudian Nabi menyembahyangkan jenazahnya.

Lalu Umar berkata, "Wahai Rasulullah, apakah tuan solatkan jenazahnya, padahal dia berzina?"

Sabdanya : "Ia telah bertaubat dengan taubat yang jujur, yang kalau dibahagikan kepada 70 orang penduduk Madinah, tentu akan mencukupi mereka dengan baik. Apakah ada orang yang lebih baik daripada seorang yang menyerahkan dirinya pada hukum Allah?"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perhatikanlah perlakuan Rasulullah SAW kepada wanita yang hamil kerana zina. Dia seharusnya direjam iaitu badannya ditanam sampai dada lalu kepalanya dilempari batu sampai mati, namun hukuman tersebut Rasulullah tunda sampai bayinya lahir.

Mengapa Rasulullah SAW bertindak demikian?

Jawabnya ialah untuk menghormati hak hidup bayi yang dalam kandungan wanita tersebut. Yang berbuat dosa adalah ibunya dan lelaki yang menzinanya, sedangkan bayi yang ada dalam kandungannya adalah seorang hamba Allah yang bersih tiada dosa sedikit pon.

Oleh itu, hukuman yang harus diterima oleh ibunya tidak boleh menyebabkan bayi dalam kandungannya turut memikulnya.

Sekian tamat salinan dari buku

******************************************************

Komen saya :

1. Sudah terang lagi bersport lite, BERZINA hukumnya tiada maaf bagi mu, harus direjam sehingga mati.

2. Makanya saya tidak nampak isu buang bayi zina akan berakhir malah akan bertambah lagi ada jika hukuman tidak dijalankan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Manusia pula sudah semakin tidak takut dengan Allah. Udah ler berzina kemudian tidak pula mahu mengaku berbuat dosa dan volunteer menerima hukuman Allah.

3. Buatlah pelbagai kempen mak nenek anti buang bayi lah, anti kehamilan sebelum berkahwin (kenapa tanak sebut "zina"), ajak artis menyanyi bagai buat lagu tema, hanya membazir saja wang dan masa saja. Membazir itu kan amalan syaiton yang direjam.

4. Sekolah hamil mungkin boleh diterima sebab jika mengikut hadis Nabi di atas, perempuan zina yang hamil harus di layan dengan baik. Selepas bersalin harus direjam sehengga mati.

5. Satu je yang saya nampak diseberang sana jika kita tidak mengikut hukuman Al-Quran dan As-Sunnah , syaiton berkehkehkeh ketawa besar sesama mereka seraya berkata,

"Kita memperolehi kemenangan lagi Baginda Masai. Kih kih kih"

Akhir kata, buat para remaja dan adik-adik manes ku yang sedang membaca ini, jaga lah diri dan perhubungan cinta anda agar tidak dibolosi oleh syaitan sebelum berkahwin. Berpegang tangan antara bukan muhrim adalah HARAM dan boleh terlajak ke zina. Bila haram, kita buat, syaitan suka. So kita jangan buat apa yang syaitan suka. Kita jangan bagi Allah dan Nabi sedih melihat kita nanti sebab kita tanak dengar cakap mereka. Begitu juga dengan ibu bapa kita. Jangan buat perkara yang memalukan mereka. Please, please, please...

Waulahualam.

Jaga diri, hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia.

Tata.

No comments: