Friday, July 30, 2010

Berwuduk dan sideburn wanita


Pagi tadi sewaktu tengah pra-bekpes (bekpes kecil-kecilan minum air dgn makan buah je) dengan hasben jam 6.30 pagi, tiba-tiba asben berkata,

"Cuba nak tengok sideburn"

Si bini pon tercengang "Heh...wae (kenapa)..?"

"Kalau amek wuduk sideburn basuh skali tak? Atau selit tepi telinga.."

Si bini pon memikir sebentar dalam 2-3 saat mengimbas semula saat-saat mengambil wuduk selama ini

"Rasa macam tak tapi kena air rasanya"

"Len kali bila basuh muka masa berwuduk tarik keluar sikit sideburn basuh sekali sebab sideburn termasuk dalam kawasan muka. Tak tahu tak pe. Abang cuma powed kan info yang ustaz cakap.."

"Ooo...tengkiu abang atas info itu.."

Begitu la serba sedikit sesi dialog ambe bersama suami pada pagi Jumaat yang mulia ini


Gambar hiasan sideburns wanita

Ya adek kakok ahjumma sekalian, keluarkan lah sedikit sideburns anda bila berwuduk bagi yang kadang-kadang menyelitkan sideburn kat tepi telinga tu nak-nak bagi yang berambut panjang. Biasa kita ikat rambut sekali dengan sideburn kan?

Semoga wuduk dan solat kita selama ini diterima oleh Allah s.w.t hendaknya. Amin

Barangsiapa yang ada info lain yang berkaitan bole la dikongsikan bersama

No comments: