Thursday, July 29, 2010

Sekinchan ikan bakar, hati jua turut terbakar


Salam sejahtera. Harini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips jika anda ingin makan ikan bakar di suatu restoren ikan bakar yang sedang meningkat naik dewasa ini iaitu Sekinchan Ikan Bakar yang terletak di Taman Setiawangsa Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Giant Setiawangsa. Femes tak femes nye restoren ikan bakar ni, mak saya di JB pon tahu. Dia yang begitau saya nak makan kat Sekinchan Ikan Bakar.

"Heh Sekinchan??? Jauh tu. Mak tau kat mana tempat ni?"

"Ni haaa dalam tibi ada keluar promo"

Jauhnye nak makan ikan bako. Apa kat JB dah kehabisan ikan bako ke?

Ya para hadirin sekalian, restoren ni dah kluar dalam TV, Jalan-jalan Carik Makan juga dah penah tinggalkan jejak kat sini dan hari Jumaat lepas keluar dalam surat kabar Utusan.

Dan harini pula keluar dalam blog waiem. Kekeke

Memang dah glamer sangat dah restoren ikan bakar ni. Dan di kesempatan ini juga saya menyeru supaya anda semua try test makan skali seumur hidup sekurang-kurang sebab tidak dinafikan memang lazat dan sedap sehingga menjilat kulit kerang sebab ada sambal melekat kat kulit kerang tu. Jangan membazir sambal sebab sambal tu best banget.

Tips ini pula bertujuan supaya anda tidak terkena mcam saya dan asben yang buat pertama kalinya mengalami pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan selaku pelanggan ikan bakar yang berhemah sejak sekian lama. Lama dah makan ikan bakar, bukan baru ni je. Emangnya rasain seperti dibakar hidup-hidup seperti ikan bakar di atas kuali selepas membayar bil.

Dah la tunggu berejam, lepas tu salah kira bil pulak. Hati sapa yang tidak terbakar di tengah panas terik mentari sewaktu berjalan ke tempat letak kereta yang tiada berbumbung itu. U stori me.

Saya memang tak berkenan konsep "makan dulu, baru bayar" ini. Sebab jika berlaku hal-hal pencabulan hak asasi kita sebagai pelanggan restoren, kita tidak dapat nak defen diri kita sebab makanan itu dah tiada di depan mata sebab telah selamat berada di dalam perut kita. Kadang-kadang peniaga main pukul rata je semua size ikan sama harga sebab kita dah makan tak leh nak komplen. Ini nggak fair u oll. Nak tunjuk perasaan dan mengamuk pon tiada ber-arti kerna bahan buktinya sudah tiada, lenyap dan senyap ditelan tekak.

Ok sekarang kita ke tips-tips nye pulak. Tips untuk menpertahankan dirik jika hal-hal seumpama ini berlaku pada diri anda di kemudian hari

1. Sampai di restoren anda terus pilih meja dan ingat nombor meja

2. Kemdian pergi ke tempat pilih ikan atau makanan laut mentah yang hendak dilantak. Macam-macam ada. Ikan perlbagai jenis, udang, Paul the sotong, kerang dan kiki lala juga ada

3. Kemdian ikan akan ditimbang dan sorang pekerja akan catit berat timbangan di atas kertas bersama nombor meja. Masa ni anda kena betul-betul pastikan berat ikan yang anda pilih itu berapa gram. Jangan belah dulu. Kalu boleh mintak dia kertas duplicate yang dah catit tu. Sebab nya ialah, orang tersangat ramai dan kesilapan mencatit timbangan boleh berlaku di sini. Nombor meja pon bole tertukar. Memang serabai. Sebab kertas catitan tu lah yang akan di pas kat cashier.

4. Selesai peringkat no.3 itu, sila lah duduk dan oder air pulak.

5. Kemdian tunggu lah sehingga makanan anda sampai. Kalau nasib baik cepat la makanan sampai. Kalau tak, duduk la tercongok kat meja sambil tolih ke meja kiri dan kanan yang penduduknya sedang melantak sambil anda telan air lio.

6. Macam saya dan asben, kami sempat berbincang cara-cara bagaimana nak mempercepatkan sistem ikan bakar ni ke tahap efisen supaya pelanggan tidak lama menunggu, hati pon tak terbakar dan kemudian kami nak sajes kat tokei kedai

7. Cadangan asben saya buat sistem giliran nombor macam kat bank. Ikan sapa dah siap, keluar nombor, pegi la amek ikan masing-masing

8. Cadangan saya pula, buat macam mesin sushi yang gerak-gerak tu. Atas tu dah siap pelbagai ikan dan makanan laut yang dah siap di bakar. Kita datang pilih dan terus amek bawak ke meja masing-masing

9. Kann sempat lagi berpikir taim lapar. Tak kosser.

10. Dah selesai makan, pergi ke kaunter bayaran. Telah selesai bayar, mintak resit dan semak semula. Tally tak dengan apa yang telah kita oder dan makan. Cashier akan ulang apa yang kita oder. Dengan adanya resit kita double cek balik. Ini hak kita untuk semak semula supaya puas hati.

Contoh berlaku nye kesilapan masa timbang.

Lepas dah bayar dan sesak napas sikit dengan jumlah harga makan untuk 2 orang dengan ikan pari yang bersize kecik rasanya yang saya ambik, saya mintak resit dan semak balik sebab tak puas hati. Masa cashier tu ulang balik baca menu yang kita oder, ada tersalah masuk menu lain jugak. Tapi dia dah delete itu jam jugak.

Tengok la sedara sedari, ikan pari bakar orang oder 1 tapi tercatit 2 ikan pari.

Dan macam mana dia kira ikan pari bakar tu pada 2 harga yang berbeza? Berat dan harga adalah sama iaitu RM7/100gram. Tapi satu jumlah harga RM39 dan satu lagi RM10. Ke saya rabun tersalah baca?

Saya pusing balik ke cashier dan cakap ada salah kira ikan pari

Cashier tu tanya, size ikan besar mana?

Saya lupa bawak pembaris ukur size ikan

Dan macam mana saya nak beking diri saya mengatakan ikan pari size sekian, sekian yang telah saya makan sebab bahan bukti telah tiada?

Cashier pulangkan balik RM10

Kenapa tak pulangkan saya RM39 tu??

Macam konpem aku makan ikan pari hok RM39 tu. Mentang-mentang la mahal

Di manakah aku harus mengadu??? Oh Tohan (intonasi ala Mak Neng Yatimah yang tengah sedey)

Di sebabkan orang ramai beratur di kaunter bayaran dan asben pon dah tunggu kat keta, saya lantas berlalu pergi selepas mendapat pulangan RM10. Tak sempat nak bertegang urat dengan lebih lanjut. Tambahan nak kejar waktu Zohor

Tak pe, tak pe. Akan ku apdet kat blog kisah hati terbakar ini.


Ini pon satu hal jugak ni. Saya oder jus Epal Assam Boy (seperti tertera di resit), manakala asben saya oder jus epal yang tiada assam boy.

Dalam menu tertera jus Epal Assam Boy ialah RM4.00, manakala jus Epal saja ialah RM3.50. Tengok kat resit brape harga. Dua-dua RM4.00. Saya ingat akan harga jus-jus ni sebab masa air sampai saya tengok ada sebijik asam boi dalam jus epal saya. Saya cakap kat asben harga sebijik asam boi ni 50 sen. Untung besar la kedai ni, sebijik asam boi rege 50 sen.

Tapi di resit harga sebalik nya. Hati terbakar masuk ke episode 2 dah ni

Peminat ikan bakar sedang menanti dengan penuh kesabaran

Kerang bakar RM12.00

Ikan pari bakar kontrobesi RM39.00

Semoga tips ini dapat membantu anda menikmati ikan bakar di Sekinchan Ikan Bakar dengan hati yang kekenyangan dan gumbira. Tak syiok la kan, makan dah sedap-sedap pastu "pembakaran" masih ada hingga ke rumah.

Selamat makan ikan bakar! Ajak Osman Bakar skali. *I give u 20 dolars and tell me where is Osman Bakar*

P/S : Asalnye nak gih makan dimsam, tapi telah ter-divert ke sini plak. Aigooo

2 comments:

Unknown said...

giler, ikan pari kecik macam tu RM39??? memang aku boikot kedai ni seumur hidup

Anonymous said...

Hahaha.... betul lah memang dah terkena kat batang idung sendiri kes cam ni... confirm the 1st and the last lah makan kat situ...