Thursday, June 05, 2008

Chiang Mai - Day 3 Part 1


Ok kita sambung lagi perjalanan Chiang Mai kita. Sebelum tu gelak sat haha sbb Mayfirst taja finalis AF6 bercuti di Chiang Mai. Mentang-mentang aku pi Chiang Mai ko pon sponsor budak AF6 ke Chiang Mai yek (stetmen takde kena mengena) hehe

Hari ke 3 adalah melakukan aktiviti menggelapkan kulit di bawah sinaran matahari panas terik. Aktiviti ini hanya di lakukan oleh 4 orang peserta lasak yang gemarkan aktiviti sebegini sebab salah satu misi ke Chiang Mai adalah untuk aktiviti ini dan kita akan pastikan misi kita tercapai. Peserta yang lain mahu shopping-shopping di tempat lain yang berhawa dingin. Makanya guide kami kali ni adalah orang lain sebab Shirly pergi bawak group satu lagi.

Destinasi seterusnya ialah ke kem gajah. Perjalanan dari hotel ke kem gajah mengambil masa 1 jam kurang lebih.

Salah satu benda yg menarik kat sini ialah ni ha. Cute je kan pos pak polisi dia. Dua-dua ada bumbung.


Ondaway nak ke kem gajah guide bawak kami singgah ke taman bunga oked dan rama-rama yg tiada dalam itinerary tp sebab dah sejalan dia kata singgah saje la. Tiada bayaran dikenakan. Di sini kami cuci mata dan snap gamba saja. Mau beli brooch oked itu sangat tidak mampu. Brooch itu diperbuat dr bunga oked asli dan disaluti sedikit emas. *Oh mas ya? Ya masss* Sebab itu harga nya bole tahan mahal.


Bunga...oked la. Taman rama-rama kat sebelah. Lebih kurang mcm kat Melaka. Tapi tidak sama dari segi penjagaan dan rupa parasnya. Malas la nak cakap.


Kat sini banyak 'Chiang' selain Chiang Mai dan Chiang Rai. 'Chiang' ni maksud bandar kalu tak silap


Ok sudah sampai. Yay.

Kelihatan gajah-gajah seperti malu-malu saja bila pelancong mahu bergambar dengan mereka. Kami pon mengambil tempat duduk ala astaka sebab mau tengok elephant show. Elephant show ada setiap hari jam 10 pagi. Kalau tiba lepas 10 pagi gajah tak de show sebab gajah pi lunche.


Tiba-tiba sewaktu kami sedang duduk-duduk relek sambil menghidu aroma busuk taik gajah kerana menanti persembahan gajah, tiba-tiba kawan saya menjerit sebab cik gajah ini telah cuit-cuit dia dari belakang hahaha. Jeritan dia kemudian disahut oleh kami lagi 3 orang. Biasa la orang pompuan kalu terperanjat mesti menjerit dengan harapan ada lah jejaka kendo ala hero Shutter datang menyelamatkan kami. Malangnya tiada. Hehehe. Gelabah seme orang. Padahal gajah ni bukan nak buat apa pon. Dia nak mintak makanan. Masa sampai kat sini, kena beli pisang atau tebu berharga RM2 untuk suap kat gajah. Tanak beli pon tak pe. Tiada paksaan.


Mau tak gelabah dia sua-sua belalai cam tu hahaha *tingat plak teka teki gajah dan kain pelekat cap gajah* Ahakss


Tak puas hati dengan makanan yang diberikan dari belakang, cik gajah ni datang ke depan plak haha. Sekali cute plak anak gajah ni.


Persembahan pertama dimulakan dengan persembahan gajah mandi. Mandi la gajah-gajah itu di air sungai yang seperti teh tarik itu.


Mengalukan kedatangan tetamu. Tempat gajah ini bernama "Maeping Elephant Village" di mana lokasi Rambo 4 dilakukan di sini juga


Gajah ini mempamerkan bakat melukis dengan dibantu oleh pekerja sini


Lukisan sudah siap. Gambar yang serupa dengan semalam punya gambar. Ini je kot yg gajah tu tau lukis


Seterusnya gajah bersukan dan bermain alat muzik. Sebelum nya gajah-gajah ini menari. Sebelum nya plak ada elephant massage. Mereka panggil tourist sapa yang nak rasa kena masaj dengan gajah. Nan ado. Seme orang penakot kena pijak ngn gajah. Ekceli saya nak pegi tapi bila pikir takde bawak baju spare maka mek kengsel la. Bila lagi mau rasa kena pijak ngn gajah kan hehehe


Seterusnya baca doa naik kenderaan. Gajah ride ini memakan masa 1 jam. Dia bawak la pusing-pusing hutan dan sungai.


Jeng jeng jeng...jalan-jalan bersama gajah merentas sungai


Merentas hutan. Perasaannya pula ya. Seram takut takut berani. Kapasiti gajah ini boleh membawa 2 orang sekali jalan. Kami 4 orang. 2 orang yg kat depan ni naik 2 orang. Sorang kawan sebab berat dia 120kg (yg gajah depan sekali) maka dia kena naik sorang dan saya pon kena naik sorang diri juga. Bila dok sorang macam-macam la imajin benda negatip. Buatnya tiba-tiba gajah ni datang sawan mengamuk tak tentu pasal kat dlm hutan kannn. Mau terpelanting jauh ni huhu. Dah la sowang sowang. Masa merentas sungai tadi, berdoa dengan harapan gajah tak tumbang dlm sungai. Kang basah kemra kang. U all gak tak dapat tengok gambo. Hehe.


Ni part sedih dan kesian sket. Ditangan setiap pekerja akan pegang objek tajam ini untuk mengawal gajah. Kalau gajah tak dengar kata, gajah itu akan dicucuk dan ditarik dengan objek tajam itu. Kasihan gajah u all. Yg kat ujung tu mcm paku. Gajah yg saya naik ni kulit telinga dia tebal lagi kebal kot. Yang kawan saya punya gajah, telinga gajah dia berdarah. Uwaaaaa. Kesian. Pekerja yg handle elephant show tadi, kat tangan depa semua ada paku kecik. Sambil tarik telinga gajah, sambil cucuk paku kat gajah. Kesian anak gajah comey itu.


Berehat sebentar menikmati kit kat. Gajah ini bergerak dengan amat perlahan ya. Mungkin dia penat ke hapa tatau atau memang gajah jalan pelahan camtu. Half way tu saya rasa nak turun jalan kaki saja. Jalan kaki lagi laju daa.


Tandas awam kem gajah yg percuma


Aktiviti seterusnya selepas gajah


Gigih sungguh mereka ini untuk mencari pendapatan. Dalam sungai pon bole bisnes jika mau. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan * jalan sudah ada...jalan pahang, jalan johor, jalan melaka...bukan jalan itu daa*


Seterusnya hahaha. Ox ride. Seme nya mau ride. Kalu ada 10 aktiviti bole buat kat sini, seme mau try. Nasib baik cuma ada 3 aktiviti saja.


Kereta yang sangat jimat minyak. Bole sajes gomen buat kereta ni.


Lepas tu lunche di area situ juga. Sini popular dengan nenas dan nenas dia sangat manis. Tapi saya saspek dia rendam dengan air gula dulu kot sebab rasa dia sangat sedap. Tapi paling tak larat orang kita ni, bas berhenti kejap tepi jalan sebab ada orang nak pi toilet dan ditepi jalan itu ada gerai jual nenas, pon ada orang beli nenas. Nenas yang belom potong lagi ye. Satu hal plak kan nak pi pinjam pisau pas tu. Takkan bawak balik mesia kot.


Lunche ditepi kolam renang. Lepas lunche kita ke thai masat bersebelahan hotel. Lepas masat pi dinner. Dinner kali ni best giler. Lepas dinner yng best giler kita singgah di pasar malam yang best giler jugak. Alhamdulillah seme orang tak jadi giler atau hilang ingatan melihat dan membeli barang-barang yang bole bikin kita papa kedana. Moral of the stori, bila anda pi bazar malam Chiang Mai pastikan kesihatan poket anda berada di dalam kondisi terkawal. Jika tidak lepak di bilik saja sambil menonton drama Siam. Hik hik.

Bersambung lagi lah ye...

No comments: