Tuesday, May 13, 2008

Chiang Mai - Day 2 Part 1


Chiang Mai hari Ke-2. Hari ni hari yang padat, letih dan kematu. Aktiviti bermula jam 8 pagi hingga ke 12 tengah malam. Jalan tak henggat doniya mana tak kematu. Hari ini destinasi utama kami ialah ke Chiang Rai dan seterusnya ke sempadan Golden Triangle yang terletak di Sungai Mae Kong (atau dlm buku geografi tulis 'Mekong'). Chiang Mai ke Chiang Rai memakan masa 4 jam pergi dan 4 jam balik. 8 jam berada di dalam bas. Arakian 8 jam itu tidak dirasai kematunya kerana panorama di kiri dan kanan begitu indah dan permai sekali. Hutan belantara nya seperti melambai-lambai meraikan kedatangan kami. Oh nyamannya ku rasa (Tapi pada hakekatnya memang kematu) Tapi bila tang malam macam cuak sket rasanya sebab tak de lampu jalan. Kiri kanan golap gulita. Buat nya tetiba kan ada komunis ke, perampok ke tahan bas kitorang tengah jalan yang gelap itu ke kan. Haaa...seterusnya lu pikir la sendiri ahaks

Secara ringkas nya Chiang Mai dan Chiang Rai seperti adek bradek. 'Chiang' bermaksud bandar. 'Mai' = lama, 'Rai' = baru. Bandar baru dan bandar lama la kekdahnya. Kalu tak silap seperti yang di eksplen oleh Shirly. Oh ya masa we all ronda-ronda semalam di pekan Chiang Mai, Shirly tunjuk kat kami kampung Thaksin. Ooo orang Chiang Mai ropanya Thaksin Shinawatra itu.

Dalam pada 4 jam nak sampai ke Chiang Rai tu kan ada lah kami stop-stop di beberapa tempat persinggahan seperti di Hot Spa, White Temple, Long Neck Karen Village dan makan tengahari sebelum ke Golden Triangle.

Adakah Chiang Rai itu benar tempat kelahiran Aiswarya Rai? Ya betol la tu saya tipu hehehe. Sesuka hati je kan. Mentang-mentang sebutan Chiang Rai dan Aiswarya Rai senada dan seirama.


Hotel penginapan kami. C H Hotel. Chinta Hati Hotel


Entrance hotel



Entrance dari sisi yang lain


Ruang lobi. Nampak tak segiempat kat celah patung tu. Tu la dia kipas angin ye. Lobi hotel ni tak de penghawa dingin. Jimat kos kot. Kat front desk kipas terletak di bawah kaki.


View dari bilik. Hotel warna kuning itu ialah Le Meriden Hotel. Sini banyak hotel. Yang bajet dan yang mewah.


View dari bilik satu lagi. Yang banyak payung-payung tu depa nak start pasar malam. Jalan kaki saja untuk ke pasar malam. Lepas penat berjalan di pasar malam, boleh foot masat yang banyak kedapatan di situ. Foot masat 1 jam RM14 sajor.


Tempat henti pertama di Hot Spa. Di sini anda bole merendamkan kaki anda seketika untuk menghilang kan bau kaki dan membunuh bakteria-bakteria yang kedapatan di celah kuku kaki. Kalu nak lebih berkesan bawak sabun detol sekali. Bas kaler pink kat blakang tu bas kami.


Ni dia punca air panas nya. Nampak tak wap itu.


Apakah yang sedang dilakukan oleh brader ini agaknya? Dia tengah cek telur rebus dia dah masak ke blom haha. Nampak tak penyepit kat atas tu? Kat belah kiri pula makcik pakai topi sedang menjual telur rebus. Telur puyuh pon ada.


Next stop di White Temple. Binaan nya memegunkan saya sebab berwarna putih bersih.



Kita close up sket. Dia cat putih peh tu dia tampal cermin kecik-kecik tu. Memang ensem buatannya.



Gold temple kat sebelah sedang dalam pembinaan.


Ni temple ke rumah tak sure sebab tak pi dekat.


Gambar ni disnap sebab cantik dan bersih. Berdekatan dengan White Temple itu.


Seterusnya kita menuju ke perkampungan asli leher panjang.


Nak masuk sini kena bayar 500 Bhat aka RM50 sebagai sumbangan kat depa


Bersimpuh ayu sambil menanti kehadiran pelancong


Hasil pendapatan dari pembuatan selendang sendiri


Ni ialah sekolah mereka ye. Kesian kan. Walaupun duduk di hutan mereka mahu juga belajar. Moral of the gambar, kepada adik-adik yang bersekolah di sekolah yang cukup serba serbi jangan la malas pi sekolah. Tengok sekolah mereka sangat doif berbanding sekolah kamu.



Ahkak ni sedang sibuk menjahit kain.


Kiri ialah tandas, kanan pandangan belakang rumah mereka.



Mereka-mereka ini merupakan pelarian dari Burma. Kerajaan Thai gelar diorang ni sebagai 'alien'. Tapi kitorang tak nampak pihak lelaki nya. Mungkin diorang pergi memburu kot mencari sesuap nasik. Al-kisah nya depa ni pakai rantai panjang kat leher sebab mahu melindungi leher dari diterkam binatang buas. Katanya lah dan mungkin ada kepercayaan diorang tersendiri. Rantai besi itu dibuka bila dalam pantang pas beranak. Bukak kejap je pas tu pakai balik. Lagi satu kalau depa nak bunuh diri diorang bukak rantai besi tu lama sket. Bila leher jinjang itu tidak dapat menanggung beban berat kepala lantas kiok dan mati la mereka.

Sekarang ini terdapat beberapa pihak yang prihatin nak educate kan mereka ini supaya tidak disisihkan oleh masyarakat. Nak beri mereka pendedahan dan sedikit ilmu. Menurut cite Shirly, dulu orang awam tidak bole langsung melawat mereka sebab mereka ingat kita datang nak amek anak dia dan porak peranda kan tempat tinggal mereka.

Ok kita berehat seketika. Pas ni kita sambung ke Golden Triangle.

No comments: