Monday, May 12, 2008

Chiang Mai - Day 1


Chiang Mai terletak di utara Thailand


Sawadee ka

Loi kratong pornping mae kong thai masat tomyam kung (cakap siam)

Maksud dia kita ke ribiu destinasi seterusnya hehehe

Chiang Mai - Saya tidak penah berfikir nak pi sini sebab dalam fikiran ini apa yang ada kat Chiang Mai selain gajah lah ek. Tu je la yang tahu. Apa yang best kat Chiang Mai pon tatau. Daripada Chiang Mai baik pi Bangkok. Kemudian ada lah member ajak. Dia kata short lagi sorang peserta. Ahli jemaah asal last minit tarik diri. Makanya saya ni ala-ala peserta reserve di bangku simpanan kekdahnya. Kata persetujuan diberi sebab dah lama tak naik kapal tebang haha. So total peserta Chiang Mai kali ini ialah seramai 4 orang yang kesemuanya perempuan.

Trip kali ini kita menggunakan khidmat tourist guide. Booking dibuat melalui TH Travel & Services Sdn Bhd. TH ialah Tabung Haji. Tabung Haji katanya. Tag line dia apa tau "Perkhidmatan Terbaik Sedunia". Jangan marah u terbaik bukan di Malaysia saja tapi sedunia. Wow.

Dan dengan ini saya ingin mengesahkan bahawa saya berpuas hati dengan "Perkhidmatan Terbaik Sedunia" ini. Malah amat terkejut dengan kos yang dibayar untuk menginapan selama 4 hari 3 malam siap makan (bfast, lunche & dinner) berserta pemandu pelancong dan driver bas iaitu berjumlah RM360 sahaja. Pakej ini dapat sempena Matta Fair kata kawan saya. Kalau bukan masa Matta Fair tidak ketahuan ongkos nya. U all bole la tanya travel agency itu ye.

Penerbangan mengambil masa 3 jam. Tapi flight we all sampai awal 20 minit pergi dan balik. We all speku pilot dia merempit kot sbb tu sampai awal 20 min hehe


Tiba di Chiang Mai International Airport jam 12 tgahri kami disambut oleh pemandu pelancong kami bernama Shirley yang baik hati ini. Tiba kat epot baru kitorang tahu yang bukan kami berempat saja ada tapi ada beberapa kumpulan lain dari Malaysia yang menggunakan khidmat Shirley ni. They all guna travel agency lain tapi sampai di Chiang Mai kita bergabung togede gede sebab aturcara dan aktiviti kita sama. Ramai ropanya orang Mesia datang shopping sini.


Lepas tu kita pi makan di restoren Cina Muslim yang bernama Al-Farooq. Makan simple saja sebab utk lunche ni lom termasuk dalam pakej. Oder mee goreng dan nasik goreng saje.


Lepas lunch kita dibawa ke tempat membuat barang-barang dari kulit binatang asli seperti kulit gajah, kulit biawak, kulit ular, kulit buaya, kambing, lembu, sting ray. Tanya orang kedai tu kulit harimau tak de ke sbb tingat Hong Gil Dong hahaha. Dia kata tak de.


Kulit khinzir jua tiada sebab tak nampak display kat dinding. Macam tak caya je tak de



Kiri henbeg dari kulit gajah. Kanan purse dari kulit ikan pari. Harga dia amat mahal. Tapi sapa yang suka barang-barang kulit ori yang mahal bole la beli.


Seterusnya kita ke tempat batu-batu jewelery. Aigoo kat sini best. Waduh macam tak cukup bawak duit rasanya haha Alkisahnya Chiang Mai ini terkenal dengan batu-batu intan berlian. Ruby, rubiah, saphire, pearl dan yang sewaktu dengan nya. Nak yang mahal ada, nak yang murah berpatutan juga ada. Di sepanjang jalan saya nampak ada beberapa lagi tempat gem & jewelry ni. Yang we all pi ni nama dia IFC (International Fine Creation) 'The First Jewelry in Chiang Mai achieved ISO 9001 : 2000' (seperti tertera di envelope)


Birth stone bulan Jun ialah Pearl. Bulan Jun akan datang. Jangan lupa ye pos laju pearl kat saya ye huhu



Produk bukan sebarang produk. Ada ISO 9001 lagik. Berkualiti, standard dan dipercayai turun temurun.



Ni tukang buat nya yang tersenyum girang melihat pelancong datang


Ni tengah buat gelang kot


Rambang mata...


Rambang lagik...



Eh gambar abang Rambo ni lagi. Antara celebreti yang penah dtg IFC. Suka betol dia pi siam ek..



Seterusnya kita ke tempat buat payung. Hand made.


Selain melukis di payung mereka juga kreatif melukis di mana saja yang bole dilukis. Kos melukis RM5 saja. Macam-macam cara bole buat duit jika kreatif dan rajin. Cantik bukan? Seumpama rama-ramaaa terbang bebas di udara tanpa ada halangan...



Seterusnya kita ke tempat penjualan madu asli. Tempat ni dekat-dekat je. Madu di sini dihasilkan di Golden Triangle. Madu dari bunga popi katanya. Cik kak tu tengah eksplen asal usul madu ni sambil we all dihidangkan air madu yang sedap. Welcoming drinks. Siap tapau beli air madu 3 botol RM5 saja. Madu dalam botol tak beli. Tak kosser la nak beratkan beg. Macam kat KL tak de jual madu kan. Lain la kalu khasiat dia kata bole turun berat badan mendadak. Harus borong beli madu kat sini hehe.

Info lanjut bole masuk website Thepprasit Honey Madu dia ekslusif tak jual di pasaran terbuka. Kalu nak beli telefon dan oder saja.

Kita diajar tips mengenal madu baik yg berkualiti. So u all jangan tertipu ye sewaktu membeli madu walaupun penjual tu kata madu dia bagus diimport dari oversi padahal cuma campuran air gula merah sajork.

1) Ceduk madu yang berada di dalam bekas itu menggunakan sudu besar atau kalau dalam botol tuang madu itu pada sudu besar dan kemudian angkat tinggi sudu dan terbalikkan sudu berisi madu itu di pinggan. Tengok madu tu putus-putus ke tak. Madu yang baik dia tak terputus di tengah jalan.

2) Ceduk madu atau tuang madu (bergantung pada bekas madu itu disimpan) dan bubuh dalam pinggan. Ratakan sket madu tu. Kemudian tuang air kosong dan goyang-goyangkan pinggan itu. Tengok rupa madu itu ada tak berubah macam rupa sarang lebah. Jika ada perubahan, ya itu la madu baik yang kita cari selama ini tuan direktor.
Tak sempat nak amek gambo. U all imajin sendiri la ye. So sebelum beli madu try test dulu.

Kalau nak tips bermadu plak bole la tanya errr...Rina (bukan nama sebenar) atau Kak Ani (nama samaran) :P


Seterusnya kami di bawa melawat temple yang tertua dan masyur di Chiang Mai. Guide tu kata kalu pi Chiang Mai tak pi sini bererti anda tidak ke Chiang Mai. Redah je la labu.


Kuil ini terletak di tempat tinggi ye. Jalan nak dia naik ala-ala macam nak pi Genting. Kemudian kena mendaki plak tuk sampai ke puncak kuil. Macam kat Batu Caves la. Total tangga dia ada 306. Tapi ada 2 options. Naik guna tangga atau naik guna cable car. Signbod tulis 'automatic cable car' so we all imajin macam la sky way. Best nyee nak naik cable car. Ropanya hanya lif elektric sajor. Seme tipah tertipu.



Apa kenama tah kuil ni. Later cek


Kita tak masuk dalam. Posing-posing kat luar saje. Posing tepi naga hehe


Lepas melawat kuil kita check in hotel. Kemudian dinner di sini di Kantoke Palace. Setiap pelancong akan dibawa makan di sini. Makan ala-ala raja siam kot. Kena dok bersila makan.



Lauk pauk vege ada 6 jenis. Setiap lauk akan di-refill bila abis. Bole makan sampai pengsan. Tapi lauk siam nak refill apa la sangat. Aroma dia je dah kembang tekak. Lain la kalu ada rendang ayam ke, sambal tumis ikan bilis ke, daging kurma ke kan hehe


Sesi makan kemudian dihiburkan dengan persembahan kebudayaan seperti tarian lilin, tarian payung, tarian orang leher panjang, tarian naga dan ada 2-3 tarian.

Lepas dinner kita pulang ke hotel dan aktiviti bebas. Belakang hotel we all ada night market dan ada thai massage cheap-cheap.

Balik tido sebab esok nak kena bangun pagi untuk berangkat ke Chiang Rai. Chiang Mai ke Chiang Rai mengambil masa 4 jam perjalanan menggunakan bas dan melalui jalan bukan hiway. Ala JB ke KL. Naik kematu punggung dibuatnya. 'Lain kali taruk tilam wak saya bayar seposen'

No comments: