Kita sambung kembali amezing res Chiang Mai kita. Kat mana aritu? Ok selepas melawat perkampungan leher panjang, kami berhenti untuk makan tengahri. Bagi yang Muslim di bawa ke gerai makan Muslim, bagi yang non-Muslim di bawa ke gerai makan mereka. Menurut Shirly gerai makan Muslim ini dibuka oleh orang Cina Yunan Muslim. Ada 2-3 kedai Muslim di deretan tempat makan kami ini.
Masa sampai depan kedai makan seme ter-paused 10 saat. Apakah itu yang bergantungan? Biar betol si Shirly nih stop-kan kita makan kat sini. Wat saspen jerr mcm Kak Mah
Sebelum dan selepas. Daging bukan sebarang daging. Daging lembu ropanya. Daging itu digoreng kunyit saja dan rasanya terlebih masin. Ada ke patot dia masak tu untuk 8 orang makan.
Bersebelahan dengan kedai makan ada masjid. Ada tanda 'ha lam alif lam' kedai Muslim la tu. Dan nama masjid itu ialah Masjid An-Nur.
Perjalanan diteruskan dan di kiri kanan kami adalah tumbuh-tumbuhan hijau yang baik untuk deria lihat.
Dicelah-celah tumbuhan hijau itu kedapatan sebuah rumah tersergam indah. Dari jauh nampak macam ensem je umah nih. Boring-boring bole mancing kat sungai blakang umah
Lokasi di hadapan kedai makan tadi. Lepas selesai makan dan solat kami menunggu bas datang. Semasa menunggu bas kami ternampak la kenderaan ini
Kalau rumah depa boleh angkat, mesti tiap bulan mereka pindah randah. Agak-agak dok sini tak best depa pindah dok sana. Dok sana pon tak best, depa pindah dok sinun...kan
Ini imigresen sempadan Burma. Kami tak masuk sini. Ambek bau saja pas tu bas buat u-turn untuk ke Sungai Mekong.
Golden Triangle. Apa korok no papan tanda nya? Sebenarnya ini bukan papan tanda rasmi. Pintu gerbang Golden Triangle kat tempat lain cuma beberapa meter saja dari sini tatapi kami tidak dibawa turun singgah amek gambo. Ini yang paling meralatkan kami sebab tak dapat posing kat pintu gerbang Golden Triangle. Uwaaa. Kalau u all pi sini, make sure suh guide singgah sat kat pintu gerbang utk posing semenit dua.
Perjalanan menaiki bot pula. Ini la dia Sungai Mekong yang menemukan 4 negara Thailand, Burma, Laos dan China. Tapi yang Golden Triangle nya 3 negara iaitu Thailand, Burma & Laos. Al-kisah GT mendapat nama kerana masa dahulu kala mereka di 3 negara itew mengamalkan sistem barter menukar opium (candu) dengan emas kerana di Sungai Mekong ini kedapatan emas juga ya. Kalau pi 10 tahun dulu akan nampak ladang opium yang luas terbentang masa ondaway nak ke sini tapi sekarang dah tak de. Diganti dengan pokok kayu jati.
Perjalanan diteruskan. Kalu straight bole pi China. Kalau nak jimat kos transport bole la bereneng renang pi China. Berapa hari sampai tu tatau la. Belah kiri Burma. Belah kanan Laos.
Bangunan itu ialah casino yang terletak di Burma. Casino ditepi sungai. Lepas kalah judi boleh la terjun bunuh diri ke dalam sungai. Dah bunuh diri tapi ajal belom sampai boleh la buat-buat hilang ingatan sebab terjatuh ke dalam sungai seperti dalam drama. Kalu hero lemas tak mati mesti lepas tu watak dia hilang ingatan hehe. Atau opsyen lain bolehlah berenang larikan diri ke China atau Laos atau Siam.
Sudah sampai di bumi Laos. Oh ya kita tak pi sempadan Burma sebab nak jejak sempadan saja juga perlukan visa menurut kata Shirly
Gerai menjual cenderahati. Tak padan dengan gerai, harga tak boleh kurang
Yang wiski ular itu dijual di sini juga
Papan tanda untuk posing lagi. Jadi nya korang jangan la dok gelakkan Bangla, Indon, Nepal, Pakistan yang dok posing tangkap gambo kat signbod kat negara kita.
Ni cop paspot masa kat Laos. Nak cop bole, tanak cop pon boleh.
Disebabkan cop dia gambo gajah, maka aktiviti keesokkan harinya kita ke kem gajah. Nantikan kisahnya selepas ini.
No comments:
Post a Comment