Synopsis
Forced out of his research group after conflicts with his colleagues, Ogawa Takanobu takes up an offer to teach at a girls' high school in Nara. When taking roll call on the first day one of his students, Hotta Ito, sneaks into class late, claiming a bogus excuse--that she got a ticket after trying to park her deer in front of the train station. He makes immediate enemies with Hotta when he tells his superiors about her tardiness and attitude. In the following days, he begins to notice something unusual about Hotta, but he can't seem to put his finger on it.
With an odd group of colleagues who live together with him, Ogawa slowly accustoms to life in slow-paced Nara, where there seem to be as many deer as people. Walking through Nara Park one day, he begins to befriend the local deer population, feeding them rice wafers. After being confronted by a talking deer who commandeers him to prevent the destruction of Japan, he fails in his first mission and the talking deer exacts punishment--looking into the mirror the next day, he discovers he has turned into a deer from the shoulders up. Ogawa slowly begins to piece the puzzle together: the talking deer, the mysterious student, and a recent series of earthquakes that could spell doom for Japan...
Cast : Tamaki Hiroshi, Ayase Haruka
Total episode : 10
Credit : http://wiki.d-addicts.com/Shikaotoko_Aoniyoshi , D-Addicts (for subs)

Mukadimah
Ok kita ke drama Jepun seterusnya. Tak lain dan tak bukan. Kasik laluan citer dia dulu ek. Hehehe.
Jika anda meminati Tamaki Hiroshi, tonton la drama ini. Kalau tak minat Tamaki, boleh la menonton heroin nya Ayase Haruka yang cantik manes juga orang nya.
Tapi secara umum nya saya rasa drama ini bole ditonton pada siapa yang minat dengan drama Jepun kerana drama ini mempunyai jalan citer yang agak unik, ada unsur misteri yang membuat kita nak tahu ada jadi seterusnya, siapa dia ni sebenarnya dan apa sebenarnya yang ingin disampaikan melalui citer ni.
Drama ini diadaptasi dari novel. Ada elemen lucu, cute dan ada bahagian tidak masuk akal seperti manusia bercakap dengan rusa, manusia mengikuti suruhan rusa dan rusa itu mampu mengugut manusia supaya mengikut arahan dia. Selain rusa ada 2 lagi haiwan yang boleh berkata-kata dalam drama ini iaitu musang dan tikus. Hahaha. Lawakss. Yang pasti pelakon utama dalam drama ini ialah rusa. Sebab tajuk drama ni pon rusa. 'Shika' (melalui pendengaran saya) bermaksud rusa atau deer. 'Shikaoto Aoniyoshi' bermaksud lelaki rusa yang pelik. Rasanya la. Haha.
Drama ini bergenre fiksyen / rekaan semata-mata.

Nara Park
Simpati dan bengang :P
Bab yang paling simpati sekali bagi saya ialah hero drama ini terpaksa menguruskan dirinya yang telah sedia kurus untuk melakonkan watak ini supaya wajah nya ada iras-iras rusa kot bila kurus, cengkung dan kerempeng haha. Saya turut bersimpati dengan beliau dan iri hati juga. Iri hati kerana beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8 kg dalam masa beberapa bulan sahaja sedangkan saya seperti biasa bila tiba tahun baru akan berazam dan cuba mahu menurunkan berat badan. Tak banyak sikit pun jadi la kan. Jangan kan 1 kg, setengah kilo payah nak turun. Naik lagi ada. Uwaaaa. (macam mana nak turun berat, napsu makan pon tak penah turun-turun heheh)
Quote kata-kata hero nya di dalam sebuah majalah yang diterjemahkan oleh seorang peminat,
In the article he says,
"I started dieting in November in order to act Deer-man and I've dropped 8 kg off my weight. I've been forbidden from eating yakiniku (a kind of grilled meat) my favorite food. So now I'm completely a grass-eating animal."
Credit translations : http://jdorama.com/viewtopic.10106.680.htm
Owh sangat kasihan ye. *kesat ayor mate ngn ujung lengan baju* :P
Owh sangat kasihan ye. *kesat ayor mate ngn ujung lengan baju* :P
sessi terjah sang rusa kepada manusia
Saya amat bengang dengan pengarah drama ini. Apo dah tak cukup kurus lagi kah beliau hingga terpaksa kerempengkan badannya lagi? Dah la kawan tu kurus tak banyak daging, peh tu suruh diet tak bagi makan daging, apo jo yang tinggal kek dalam badan tu haa. Sekali den ketis berterabur tulang rusuk. Ko seksa dia yo hingga hilang ketampanan 'chiaki-senpai' beliau. Ekau memang kijam encik pengarah. Nantikan pembalasan suatu hari nanti. Pembalasan apa tatau hahaha
membeli shikao senbei *
Lokasi
Satu lagi faktor yang menarik mengenai drama ini ialah tempat lokasi nya. Citer ini menjalani penggambaran di sebuah daerah bernama Nara. Nara tak jauh dari Kyoto tapi sangat jauh dari Tokyo. Nara ini rupanya terkenal dengan taman rusa yang dikenali sebagai Nara Park Banyak sungguh rusa di sini. Dan rusa-rusa ini turut berlakon dalam drama ini. Tapi ketua rusa nya ialah rusa buatan manusia. Rusa tipu la itoo. Boleh saksikan di dalam klip BTS di bawah. Satu lagi tarikan saya untuk ke Jepun dan mengunjungi daerah Nara ini hehe. Tengok dalam tv memang menarik, tertarik dan davom. Pembuat drama Jepun dan Korea ini memang pandai kan mempromosi tempat-tempat menarik negara mereka.
Tapi saya tergelak dengar nama pekan 'Nara' sebab ada 3 nama 'Nara' yang terlintas di dalam fikiran. Pertama Jang Nara (heroin Korea), kedua watak Park Shin Yang dalam War of Money iaitu Geum Nara dan sorang lagi member boss saya yang salu datang bertenggek kat opis. Nama dia Capt John Nara. Bos saya penggil dia Nara. Dia ni selalu bikin kepala otak saya serabut kalu datang opis.
Cekgu Ogawa di dalam kelas
Jalan ceritera dan misteri
Berbalik pada citer ini, ianya mengisahkan seorang pemuda lurus bendul yang sering mengalami nasib malang. Orang sekeliling nya menggangap dia mengalami nervous breakdown yang serious. Sejak kecil lagi dia selalu tidak bernasib baik. Ada saja insiden malang berlaku yang menimpa diri dia. Di dalam citer ni episode malang nya bermula apabila dia diminta menamatkan pekerjaannya oleh majikannya dengan sebab dia telah dengan tidak sengaja terhapuskan data makmal tempat dia bekerja disebabkan kecuaiannya di dalam membuat kerja. Yang sebenarnya rakan sekerja nya telah menganiyanya yang mahu dia berambus dari situ. Biasala kan orang lurus bendul ni sering kena buli. Kemudian majikan nya itu menyarankan dia pindah ke Nara untuk menjadi cikgu pengganti memandangkan dia ada kelulusan di dalam bidang pengajaran dan kebetulan sebuah sekolah perempuan di sana memerlukan cikgu ganti sebab cekgu kelas itu cuti bersalin.
Pada awalnya dia enggan untuk berhijrah ke Nara tetapi selepas teman wanita nya minta putus hubungan, lantas dia pon ala-ala sudah frust menonggeng terus bersetuju pindah ke Nara. Maka bertolak la dia ke Nara menaiki keretapi.
Di Nara beliau dikenali sebagai Ogawa-sensei yang bermaksud Cekgu Ogawa dalam bahase melayu nya. Bermula la kehidupan Ogawa-sensei sebagai seorang guru di kelas 1A di sekolah perempuan di sana.
transformasi menjadi adek bradek rusa
Semasa berada di Nara, beliau telah di-skodeng oleh seekor rusa misteri. Rusa ini ikut kemana saja beliau pergi. Part kelakar di mana rusa itu ikut Ogawa-sensei beli seluar dalam di sebuah kedai. Kemudian keesokkan hari nya perihal Ogawa-sensei membeli seluar dalam tersiar di dalam bilik darjah. Hahaha. Siapakah yang menghebahkan nya? Saya bagi sket klue. Rusa itu punya angkara. Bagaimanakah cara rusa itu menghebahkan info harga seluar dalam Ogawa-sensei itu, anda saksikan sendiri. Ogawa-sensei beli seluar dalam berharga 3 untuk 1000 yen. Ala-ala 3 helai soploh hengget la ni. Haha.
Dan ada beberapa lagi peristiwa moskel yang me-misteri-kan Ogawa-sensei. Dia mula moskel di dalam kepala batu nya. Adakah dia mempunyai peminat misteri di Nara yang senantiasa mengekori beliau dan tahu apa saja yang dia buat? Atau adakah dia mempunyai musuh yang cemburu melihat dia menjadi guru di sekolah perempuan itu sehingga segala tindak tanduk dia diekori? Sungguh misteri sekali.
Misteri ini berterusan sehinggalah Ogawa-sensei ditegur oleh rusa itu sewaktu beliau sedang duduk lepak ditepi padang. Ogawa-sensei ingat beliau sedang bermimpi di siang hari. Sebab di dalam dunia ini mana ada rusa boleh bercakap kan. Rupanya betol rusa itu boleh bercakap dengan manusia.
Misteri dan terus misteri. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.
banyak sungguh adegan makan dlm citer ni
Ringkasan cerita
Alkisah di-sameri-kan citer, kisah drama ini begini ya.
Rusa ini kengkononnya merupakan utusan Tuhan dan kehadiran beliau di atas muka bumi ini kerana ada misi penting. Misi penting tersebut ialah menyelamatkan negara Jepun dari ditimpa gempa bumi yang dahsyat sebelum akhir bulan Oktober. Rusa itu telah diberi tugasan untuk mencari / melantik seorang calon sebagai pengantara antara rusa dan manusia yang dapat membantu rusa tersebut menyelamatkan Jepun dari gempa bumi. Dan calon terpilih ialah Ogawa-sensei. Tugas Ogawa-sensei ini pula kena mencari satu 'benda' yang telah hilang untuk dikembalikan kepada rusa itu.

'Benda' itu sekarang berada di tangan manusia yang tidak ketahui sapa. Sebab itu rusa itu perlu orang untuk mendapatkan 'benda' itu. Ye la kan kalu rusa tu sendiri yang pi cari silap-silap dia kena beng beng kemudian dipotong daging nya, kita buat sate. Kalau 'benda' itu tidak dapat dikembalikan dan jatuh ke tangan orang jahat, maka negara Jepun di dalam bahaya. Ogawa-sensei tiada pilihan, nak tak nak dia kena ikut arahan sang rusa itu kerana wajah nya telah berubah menjadi wajah rusa apabila dia melihat cermin dek kerana sumpahan sang rusa itu. Wajah kedingnya itu boleh berubah menjadi asal selepas misi tersebut selesai.
Hahaha best kan jalan citer dia.
Apakah kebendanya kejadahnya "benda" itu? Anda saksikan la drama ini untuk mengetahui jawapan misterinya.
sukan Kendo turut dipaparkan dalam drama ni...Ogawa-sensei jadi coach kendo yang tak berapa nak kendo dlm citer ni...
(tapi saya rasa mcm kelakar dan tak mencabar langsung sukan ni kan..ketuk kepala ketuk badan dah menang kan hehe)
Anugerah
Drama ini telah menggondol drama terbaik, aktor terbaik dan aktres pembantu terbaik di Nikkan Sports Drama Grand Prix yg ke 11 yang baru lepas.
Tang drama terbaik saya tak terkejut sangat mungkin sebab jalan citer dia agak unik sedikit. Tang award Aktor Terbaik tuuu agak mengejutkan saya. Walaupun saya amat bias dengan hero ini, tapi saya rasa lakonan dia tak de la berapa mantop sangat. Kalau ada watak lain yg lagi bagus, pilih la orang lain. Second tought, oh ok la mungkin watak dalam citer ni memerlukan dia begitu. Dan anugerah ni menggunakan undi dari pembaca majalah katanya lah. Dan dengan ini menunjukkan beliau sekarang ini sedang menuju puncak kefofularan di Jepun. Mesti pengundi di kalangan aweks-aweks ni. Dan kalu di Mesia, dia sangat popular di waiem beloksepot ni la. Hehehehe. (Jangan mara aa)
Para pelakon
Tamaki Hiroshi as Ogawa Takanobu
Jika di dalam Nodame Cantabile beliau di potray kan sebagai seorang pelajar tampan dan bijak yang digilai oleh kebanyakan orang di kolej (termasuk penulis), manakala dalam drama ini beliau tidak digilai ramai kerana tidak macho malahan dicop sebagai manusia gila sebab bercakap dan mengikuti suruhan rusa. Ye la kan bila dia beritahu masalah dia, sapa yang akan percaya.
Yang pasti saya syahdu melihat beliau di dalam drama ni. Sedih yew sebab tak cukup daging. Haha. Mungkin lepas ni saya berharap beliau akan dapat watak yang memerlukan beliau gedempol. Mungkin dalam Nodame Cantabile SP beliau dah start diet kot.
Ayase Haruka as Fujiwara Michiko
Salah satu sebab nak lihat dia juga sebab di dalam filem Amemasu no Kawa beliau berwatak bisu menjadi gelpren Tamaki Hiroshi. Di dalam drama ini mereka sekali lagi digandingkan bersama.
Tabe Mikako as Hotta Ito
Sebagai anak murid Ogawa-sensei yang misteri. Comei jugak dia nih yek.
Sasaki Kuranosuke as Fukuhara Shigehisa
Saya kenal dia nih melalui drama Bambino. Dia jadi ketua chef. Dalam drama ini dia jadi cekgu kesenian.
Shibamoto Yuki as Nagaoka Yoshie
Dia ni Guru Besar sekolah. Dia ni misteri jugak. Pelajar dan cekgu kat situ bagi nama glamer dia 'Richard' sebab rambut dia putih ala Richard Gere katanya. Hehe.
Clips
NG
Behind The Scenes 1 , 2 , 3 , 4 , Interview
Nanti u all tengok dalam BTS 3 peminat tergedik terjerit-jerit kat tempat lokasi bila nampak Tamaki. Bukan apa terbayang diri sendiri kalu berada di situ huhu
OST. Semua instrumental songs yg ala-ala patriotic gituh melodi dia
Perbendaharan kata yang mempunyai sebutan yang sama tapi maksud berlainan yang dapat dikutip menerusi drama ini

Sensei = cekgu
Sengseh = kedai obat cina
Ogawa-sensei = Cekgu Ogawa
Ogawa = jenama peralatan untuk kurus
Shika = rusa / deer
*Shika senbei = makanan / biskut rusa (kompom ejaan 'shika')
Mari kita saksikan antara dialog-dialog cik rusa dan abang rusa
ada iras tak? hahaha
kalau tak biol semesti orang ingat sewelkan...siap tunduk hormat kat rusa...
yg pasti rusa dia memang cute siap ngn mimik muka sekali...
macam mana kan rusa nak pi Kyoto? sebab tu dia perlukan pengantara manusia
Akhir kata, terimalah pantun 2 kerat dari cik rusa
Anak rusa nani baru kembang ekor
Apa salah kami, dikaitkan dengan Nani / Mak Nani
No comments:
Post a Comment