Baru
habis tengok citer ni. Macam best, macam tak best.
Best
sebab nak tengok hero dan heroin pertama.
Part
tak best scene hero dan heroin kedua akak banyak lajukan. Macam bosan dan banyak
pengulangan.
Kisah
mengenai hero dan heroin nak mencapai impian masing-masing. Banyak halangan
yang mereka terpaksa tempuhi dan bagai mana mereka menentang halangan itu.
Heroin Kim Ji Won, rasanya ni drama pertama sebagai lead heroin. Nyampah tengok dia dalam You Are Too Beautiful dan Heir. DOTS ok sikit. Pada akak dia ni ada iras Kim Tae Hae (bini Rain) versi lawa sikit.
Hero
nak jadik ahli sukan tinju / boksing.
Heroin
nak jadi pengulas / dj supermarket. Kerjaya yang ada kaitan dengan micropon. Sebab
dari kecik dia memang sawan dengan mikropon haha. Pantang nampak mikropon, dia mampu menjayakan sesuatu majlis tanpa skrip dengan begitu lancar sekali.
Yang
best nya, hero dan heroin dah berkawan baik sejak dari kecik (sejak dari dalam
perut pon ya kot). Lagi 4 episod nak habis baru nak dating. Sebab memasing
rasa dah sampai masanya mereka jadi kekasih dari kawan saja. Rasa kuch kuch
hota hei tu memang dah terasa.
Pertama
kali tengok Park Seo Jun berlakon. Lepas beranak pinak jarang dapat tengok
drama hero baru-baru ni. Cuma ikut rapat dengan hero-hero pojaan yang sedia
ada. Lee Junki dan Kang Ji Hwan misalnya. Dedua ni memang akak tak miss tengok
drama mereka.
Akak
share scene yang akak suka dalam drama ni.
Peh. Encem nyeee
Masa ni nak berlawan buat kali pertama dalam 10 tahun. Coach suruh sikat rambut camtu. Sebab seksi katanya haha
Kekeke
Scene
di mana hero hadiahkan heroin sebentuk cincin emas selepas menang perlawanan.
"Why
is it so yellow?"
"Pure
gold."
"Pure
gold??? Who gifts gold ring these days?"
"Pure
gold is an investment. Pure gold can be sold when you are broke."
"Are
we in a third-world country?"
"Gold
is an investment as well as an emergency fund. It could pay rent."
Saspek
akak dengan penulis skrip yang mengambil berat mengenai emas. Rakyat negara
maju tak perlu beli emas kah? Agaknye kot. Maka kita di negara yang acah-acah maju (krik krik),
invest lah beli emas.
Ingat tu cecingu sekalian!
Part menyentuh hati.
Heroin suruh dia buat pilihan. Pilih dia atau meneruskan berlawan.
Akhir kata, akak harap korang akan berkapel betul macam SongSong kapel. Haha
No comments:
Post a Comment