Tuesday, April 12, 2016

Monster - Episode 1-4


Ok ini salah satu drama yang teruja sangat nak tengok. Almaklum hero pojaan hati. Gandingan dia pon akak suka Sung Yuri. Sekali lagi mereka digandingkan bersama di dalam drama yang berjudul Monster ini. Sebelum ni mereka telah bergabung di drama Hong Gil Dong dan filem Runaway Cop. Kali ni drama 50 episode. Cukup puas hati malah lebih dari iteww.

Walaupun sekarang di mana-mana yang ada peminat k-drama sedang di landa angin ribut Descendants of the Sun, tapi akak nak citer pasal drama ni dulu. DOTS kita tunggu sampai abis dulu. Lagi 2 episod je kan. Mesti nak ribiu sebab nak simpan gambo Captain Yoo Si Jin dalam blog ni haa...ha ha ha ha ha (saya bagi 5 HA)

Monster ni berkisar pasal pembalasan dendam. Dah biasa sangat jalan citer kdrama macam ni. Harap-harap ada lah kelainan. Katanya jalan citer dia mengambil kisah krisis kewangan yang berlaku kepada dunia pada tahun 1998. Jadi akak harap sangat ada kelainan. 

Sebab bila tengok episode pertama dah ada iras, drama Incarnation of Money (lakonan Kanhg Ji HWan jugak) dan I Can Hear Your Voice (nama hero tak ingat, heroin dia Lee Bo Young, isteri kepada Ji Sung).  

Drama balas dendam ni akan ada pembunuhan di kalangan ahli keluarga sendiri, pastu hero akan menghilangkan diri, menghilangkan diri sama ada dia lupa ingatan atau nak bangkit semula dengan berwajah baru untuk balas dendam. Nama pon akan bertukar. Dalam masa dia menghilangkan diri tu dia akan jadi kaya raya dan membeli saham syarikat mak bapak dia yang telah dikebas oleh ahli keluarga yang jahat dulu. 


Kisah dimulakan dorang ni sambut besday anak muda ini yang bernama Lee Guk Chul lakonan ahli kumpulan kpop BEAST ni. Akak pon ni first time tengok dia. Kpop ni akak tak berapa minat. Kalau budak-budak kpop ni berlakon drama yang kebetolan akak tengok, baru lah kenal. Tak kenal maka tak cinta. Kumpulan BEAST ni baru akak ingat ada seorang member dia yang kiyut tu hapa ke nama tah. 

Dalam pada tengah makan-makan, mak pak dan pakcik makcik dia bersembang pasal hal kerja. Stress la Guk Chul ni.  

Perhatikan pakcik pake kot tu yang belah kanan tu, dia memainkan peranan penting lagi jahat lepas ni. 


Selesai makan-makan tadi tu, mereka pon mahu pulang. Pulang mari lah pulang bersamaa-sama. Dalam perjalanan nak pulang tiba-tiba brek kereta bapak Guk Chul tidak berfungsi. Mati lah kedua ibubapa Guk Chul dan Guk Chul menjadi anak yatim piatu. Selepas kejadian itu mata Gul Chul menjadi buta. Di sebabkan Gul Chul belom cecah 18 tahun, maka segala urusan syarikat diuruskan oleh makcik nya. Walaupun dia kaya tapi dia tetap buta sebab makcik dia tamau dia sembuh. Makcik dia pon ada rencana tersendiri. Seperti Kasim Selamat kematian isteri, butalah Guk Chul buat seketika. 

Selain buta, Guk Chul juga berkebolehan mendengar orang bersembang dari jarak jauh selepas dia kemalangan. Yang ni yang iras I Can Hear Your Voice.


Kemudian Guk Chul mengupah seorang pembantu rumah peribadi yang cantik manis untuk keringkan rambut beliau setiap hari dan juga buat kerja-kerja perbadi yang lain. Itu la dia heroin bila dah besar. Pertemuan pertama mereka tidak begitu baik. Tapi disebabkan hero ni takde kawan maka heroin keje jugak dengan dia.



Dicepatkan citer, makcik Guk Chul pulak mati. Makcik dia mati dibunuh oleh kekasih gelap suaminya. Suami dia yang atas tu. Suami ni terpaksa lah mencari kambing hitam untuk selamatkan kekasih gelapnya. Dalam pala otak dia Guk Chul la yang sesuai dituduh sebagai pembunuh. Sebab dia pon memang nak hapuskan Guk Chul selepas ini.

Guk Chul berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah di dalam penjara dan dibebaskan. Pakcik dia tidak puas hati dan terus mencari Guk Chul hingga ke lobang cacing. Dipendekkan citer, bila dah jumpa Guk Chul, Guk Chul pulak terjun dari jembatan tinggi dan hanyut. Hanyut sementara. Hero mana boleh mati.


Ni dia Guk Chul bila dah  besor. Hidup sebatang kara papa kedana. Kais pagi makan pagi. Tapi semangat dia kuat untuk membalas dendam dan mengumpul duit untuk operesen mata dia. 

Lepas tu, 

PLINGGG


Transformasi. Dah bertukau wajah dalam episod 3. Dengan kuasa duit adalah raja (Cash is King) Guk Chul telah menjadi celik dan hengsem. Seseorang telah bagi derma kepada Guk Chul untuk dia berhijrah ke Amereka, operesen mata dan masuk kolej. Nama juga telah tukar ke Kang Ki Tan. 

Bermula lah kisah hidup baru Kang Ki Tan. Atas tu dia tengah bersiap-siap untuk pergi interbiu di sebuah syarikat bernama Dodo Group. Dodo Group yang telah telan syarikat mak bapak dia dulu. So untuk membalas dendam dia kena bekerja di dalam syarikat itu.


Heroin ni pon nak mintak kerja dengan Dodo Cheng. Eh Dodo Group. Sebab bapak dia dulu keje kat syarikat ni. Bapak dia  telah pon mati. Ada misteri di sebalik kematian ayah dia.


Ahjussi itu aka pakcik Guk Chul ni sebenarnya tiada apa-apa kekayaan atau kuasa yang mutlak di dalam Dodo Group. Dia jenis nak kaya dengan cepat dengan jalan pintas. Isteri baru dia merupakan anak CEO Dodo Group tetapi keluarga belah pompuan tak iktiraf dia sebagai menantu. Mungkin sebab peel dia macam hantu. Bila dia tahu kedudukan di dalam Dodo Group bakal terancam dia pergi cari mangsa seterusnya yang dia boleh blackmail di masa hadapan. 

Dia pon pergi cari hero kedua ni kat US. Hero kedua ni merupakan anak luar nikah Chairman Dodo Group. Tapi Chairman itu tidak pernah peduli akan anak dia yang ni. Kesempatan ini dia ambil oleh Ahjussi itu untuk memperkuatkan kedudukannya di dalam Dodo Group seandainya dia dipecat dari syarikat itu satu hari nanti. Nanti boleh dia malukan Chairman ni guna anak luar nikah dia.

"Only do what I ask you to do, say what I tell you to say, and act the way I ask you to act" kata Ahjussi itu kepada hero kedua
  
 

Bermula lah sesi interbiu di syarikat Dodo Group. 


Bukan senang nak masuk kerja di syarikat Dodo ni. Kau tak boleh menipu. Kalau menipu nanti kena karen.

"Betol ke bohong sayang?"

Semua kena betul


Dia nak keje situ sebab nak cari bapak dia. Tapi disebabkan ada kabel maka dia lulus semua ujian. Kabel dia Ahjussi tu. Ahjussi itu siap bagi dia jawapan bocor sebab Ahjussi itu salah sorang ahli panel yang akan pilih staff dan Ahjussi tu nak dia keje di situ.


Disebabkan Kang Ki Tan selalu cemerlang di dalam setiap ujian, Ahjussi nak singkirkan dia. Kalau tak hero kedua tak dapat kerja di situ.

Adakah Kang Ki Tan berjaya disingkirkan? 

Sama-sama kita saksikan 

No comments: