Wednesday, March 16, 2016

Buku #Kipidap Ayahanda Rani Kulup



Ok harini akak nak kongsi pasal buku power ni. Sebab apa akak kata power sebab buku ni buat akak tak nak berhenti baca, boleh abaikan dunia fesbuk dan wassap sementara dan buat akak tak kering gusi. Punya lah power. Di zaman gajet ni kadang kita susah nak berenggang dengan semak fon sampai semak kita dibuatnya. Asek-asek nak baca wassap, sikit-sikit nak baca fesbuk. Dah kemaruk apa pon akak tatau. Kejadah betol lah. Ni akak marah diri akak sendiri ni. 

Ok berbalik pada buku ni. Saya beli di Kilang Bateri JB balik kampong haritu. Depan gerai jual air hipster ada gerai buku Projek Buku. Akak main cekut-cekut buku yang memang dah lama nak beli. Buku-buku indie. Beli je dulu. Baca nye tatau bila heheh. 

So nampak la muka Ayahda ni akak terus sambar. 

Buku ni terbitan Puteh Press. Tatau ada kaitan dengan Qu Puteh atau tidak. 

Dalam buku ni Ayah menulis ikut sabjek. Semua sabjek-sabjek yang berada di dalam Negara. Hal-hal yang berlaku di dalam negara dikupas, dikomen dan diberi cadangan oleh Ayah dari kaca mata otai masih berbisa kita ni. 

Akak amik mana-mana bahagian yang akak suka untuk bagi idea macam mana isi kandungan buku ni.





Mula-mula sekali asal usul Ayah. Orang Perok ghopenye yob. Dan besday Ayah baru je lepas yakni 10 Mac. Kalau korang nak tahu Ayah merupakan bekas Tentera Darat. Ni juga antara sebab saya nak baca buku ni. Kalau ada kaitan dengan Tentera je akak macam suka nak baca. Almaklum bos-bos akak semua bekas Tentera. Semangat dan disiplin mereka ni lain macam. 

Kalau korang kibod-kibod wariyer yang muda-muda ni kalau belom penah kena cakar dengan harimau puma jangan suka-suka nak kutuk Ayah. Akak perati je akhlak deme-deme ni kalau komen kat  fesbuk Ayah. Macam Ayah kawan-kawan rempit kome je ajeyer.



Seterusnya ada tips keluarga bahagia bagi yang berpoligami.

“Kalau berpoligami, anak-anak sangat memainkan peranan. Anak-anak yang akan menenangkan ibunya pada ketika kita tidak mampu. Jadi, anak-anak diluar sana, jadilah ejen yang merapatkan keluarga, bukan sebagai penghasut tanpa sedar.”

Juga kena adil. Kenduri kedua belah pihak kena pergi. Hehe

Ketiga sabjek Troll. Nah baca apa yang Ayah tulis


Salahkah Ayah buat buku?

Tak salah Ayah. Ni saya tolong promot sebab saya suka buku Ayah ni. 

“Yang membezakan orang berilmu dengan tidak berilmu ni bukannnya banyakknya buku yang kau baca, tetapi bagaimana kau boleh asingkan realiti dan sangkaan akal”

“Ayah buat buku ni pon pasal Ayah nak luahkan, nak balas balik kritik-kritik yang selama ini Ayah dapat. Ayah nak beri pandangan. Hanya buku antara cara yang bagus. Ayah kalau tulis kat  fesbuk korang menganjing Ayah je. Ayah cakap kat TV korang gelak dan kutuk Ayah macam-macam”

Sedih pulak baca bab ni Ayah. Sabar la Ayah.



Part ni akak tak larat



Kita kena hormat polis



Mengapa nak biadap?


Jangan berjudi

“Korang tahu tak ni, yang judi tu haram? Sudah lah haram, kemudian mesin judi itu pon tidak ada lesen. Dua kali haram. Haram jadah”




Hina bendera. Mana bendera?

“Ini bulan kemerdekaan, tetapi Ayah tak nampak pon apa-apa bendera dipasang. Ayah jadi tak tentu arah. Ayah berasa nak marah”

“Susah sangatkah nak kibarkan bendera? Setakat pasang bendera saja. Bukannya kerajaan suruh kunyah tiub motor tanpa air. It upon tak nak buat.”

Ok lah Ayah. Lepas ni saya ingat pesan Ayah bab pasang bendera dengan kunyah tiub motor. Kekeke

Chin Peng

“Mesti korang semua sudah maklum yang Ayah ni askar. Lebih 20 tahun Ayah dalam tentera. Masuk keluar hutan untuk melawan komunis. Tapi pada akhirnya apa yang Ayah dapat adalah berita bawa abu mayat Chin Peng, ketua komunis mahu dibawa balik Malaysia. Korang kata, ala itu abu je, bukan boleh buat apa. Memang abu itu tak boleh buat apa-apa kat Ayah. Lagikan harimau puma dan harimau dahan kalau bersatu pad upon tak mampu tewaskan Ayah, apatah lagi setakat abu.”

“Tapi abu itu lah adalah symbol, lambing simbolik kepada kejayaan komunis. Ia akan membangkitkan semangat juang pihak yang mahu melihat negara ini hancur. Kita jangan bersikap tidak apa. Kita kena lawan walaupun musuh itu Cuma sehalus kuman dan debu. Jangan take for gtanted”

Perkauman

“Ayah tak boleh berkompromi pada status-status fesbuk yang buat provokasi seperti ini. Ia sangat bahaya kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Cukup lah sekali peristiwa 16 Mei itu. Semoga kita semua dapat hidup aman dan damai.”



Perpaduan 3


“Selain dengki, yang mana bukan semua tetapi segelintir sahaja yang dengki. Ada masalah lain yang timbul iaitu bahasa. Macam mana nak bersatu padu kalau Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia yang jadi bahasa rasmi ramai yang tak pandai cakap”


Masalah sosial  




Pengangguran

“Kepada budak-budak degree ni, kalau anda menganggur pun jangan lah masuk skim cepat kaya ni. Walaupun alasan anda tu nak cari pengalaman. Anda akan confirm dapat pengalaman kena tipu dan pengalaman menipu orang”



Politik 1

“Ramai yang kata, ramai yang nak masuk politik ni sebab nak carik kekayaan. Ayah pulak tak masuk sangat politik sebab Ayah nak neutral. Nanti kalau Ayah masuk politik susah Ayah nak buat kerja-kerja NGO Ayah”



Barang-barang Ayah


Di hujung-hujung buku ada senarai barang-barang yang Ayah selalu guna dan pakai. Antara nya, gelang naga ni. Kenal pulak G.Dragon hahaha


Ni pingat dari Sultan Melaka (yang mengaku)



Dan banyak lagi citer nasihat dan pengajaran dari bekas Askar ni. Dan kenapa Ayah mereport. 

Ok sekian la yang boleh akak ulaskan mengenai buku ini. 

Kepada sesiapa yang sedang murung, stress, tensen, akak sarankan baca buku ni buat menceriakan hati. 

Kipidap!!!!

No comments: