Ok akak nak rekomen sangat uoll tengok citer ni. Thai movie. Komedi romantik. Katanya filem ni box opis di Thailand. Sabtu lepas tertengok kat Astro Citra. Tertengok plak masa mula-mula nak start so boleh la layan. Biasa kalau bukak tv citer dah main tengah-tengah atau nak abis. Tu yang malas nak tengok.
Tengok pertama kali tak puas sehhh. Almaklum tengok kat rumah banyak gangguan kiri kanan. Kejap orang ni nak air la, kejap nak susu la, kejap nak berak lah. Memang terganggu konsentrasi. Jiwa kacau tak boleh konsentret tengok hero hahahaha. So semalam akak gigih donlot. Puas hati aku hahaha
Kisah mengenai cikgu bahasa inggeris dan anak murid yang tak reti cakap omputeh sepatah haram. Cikgu nama Tutor Pleng. Atas tu kelas dia di dalam sebuah bangunan
Satu hari seorang studen pompuan Tutor Pleng ni jumpa dia. Studen pompuan ni nama Kaya. Dia nak mintak tolong dengan Tutor Pleng ni supaya sampaikan mesej dekat boipren dia bahawa dia nak putus sebab
"He can't speak English and I can't speak Thai"
Tutor Pleng kata "Eh tak nak la aku. Urusan korang aku nak campur"
Kaya pon sogok sebuah beg LV yang bukan macam Dato Vida punya kepada Tutor Pleng. Lantas Tutor Pleng berubah fikiran dan setuju nak jadi orang tengah.
(Ada satu sarikata akak jumpa direct translation "Kaya" kepada "Rich". Eh ada watak Rich ke dalam citer ni. Akak terkonpius. Aigoo)
Tu la diaaaa boipren nyaaa. Tak menahan betul tenungan nya. Hahaha
Tutor Pleng pon translate la mesej Kaya kepada boipren dia. Translate English ke Thai
Mamat ni tak puas hati terus mengekori Tutor Pleng hingga ke parking kereta.
"Kau ni siapa yang nak menyibok hal aku dengan Kaya?"
Bla bla bla dia marah
"Aku tak kira. Aku nak kau pulak ajar aku English. Aku nak pujuk Kaya balik" kata mamat tu. Nama dia Jim.
Dipendekkan citer Tutor Pleng ni give up nak ngajor Jim cakap omputeh sebab Jim ni bebal sangat. Tu dia beg LV yang Kaya bagi ke Tutor Pleng.
Disebabkan satu insiden terjumpa buku Cinderella yang Jim translate guna tulisan tangan, Tutor Pleng nampak akan kesunggohan Jim nak belajar English dan bersambong lah ajar Jim bahasa English. Jim ni dia beriya nak belajar English sebab dia ada interview untuk kerja di Amerika di mana tempat kerja Kaya. Sebab dia nak rujuk balik dengan Kaya.
Tutor Pleng ni pon bawak la Jim pergi party orang ada-ada supaya Jim dapat bersembang omputeh dengan warga asing yang ada di situ. Tutor Pleng bagi syarat Jim mesti cakap omputeh dengan at least 3 orang warga asing.
"Baik kau tikam je la aku dari aku bercakap omputeh ni" balas Jim
"Itu la pentingnya English edukesyen" sampok Usup Wilca
Ni sesi men-translate lagu English. Lirik lagu ni yang membawa kepada kuch kuch hota hei di antara mereka. Akak sukaaaaa huhu
Lepas abis party Jim pon hantar Tutor Pleng ke parking kereta dengan motor nya. Penunggang motor relek tak pakai helmet. Kekeke
Kaya ni rajin jugak berskype dengan Tutor Pleng. Satu hari dia skype Jim ada di rumah Tutor Pleng. Jim nak mintak tolong buatkan dia resume.
Dari conversation itu Kaya dapat detect bahawa Tutor Pleng macam suka kat Jim. Dan Jim pon perasan.
Tutor Pleng dah kepanasan pipi tambahan Jim ada di depan dia. Terus Jim tanya direct
"Awak suka saya ke Tutor Pleng? Awak seharusnya tidak jatuh cinta kepada orang yang macam saya ni. Saya ni bodoh. English pon tak reti. Kerja pon cuma kerja kilang. Saya tak mampu nak bagi hantaran tinggi-tinggi nanti"
Sedih la Tutor Pleng bila mendengar pengakuan rendah diri Jim itu.
Sampai la masa sesi interview kerja Jim. Kenapa dia nak kerja di Amerika...bla bla bla
Last soalan di tanya. Ni soalan bocor Kaya dah bagi tau masa skype dengan Tutor Pleng tempohari.
Nak tau Jim jawab apa??
Jim jawab Doremon hahaha
Founder dia memang orang Jepun. Bukak kilang di Thailand
Rupanya Jim sengaja jawab salah supaya dia gagal interview. Sebab kalau dia berjaya dia akan meninggalkan sesuatu yang berharga buat dirinya. Yak itu Tutor Plenggg huhu
Jim pon tersipu-sipu malu bila ditenung oleh Tutor Pleng cam tu sampai menggaru kepala nya yang tidak gatal itu. Sukanya tengok adegan ni. Reaksi natural bila orang yang kita suka tengok kita camtu. Mula la tergaru-garu apabende nak kurangkan nerves hahaha
Akhirnyaaaa...yehaaaa
Tak kan ler tanak
Chemistry terbaik
*indahnya ciptaan Allah*
Akak tengok ada la iras pelakon Leftenan Adnan Hairi Othman dalam citer ni la
Nama pendek dia Sunny
Nama panjang ni ha ni dia
Harus la akak korek citer lain dia pas ni hihihi
No comments:
Post a Comment