Thursday, October 10, 2013

Nasi oat


Semalam ternampak "oats for rice" ni di kedai 99. Terus beli sebab nak try selepas terpengaruh dengan iklan di tibi. 

Akhirnya jumpa jugak cara mudah, jimat masa, tak terasa sangat oat tu masa makan dan boleh makan oat setiap hari macam makan nasik.

Dalam pek tu bukan siap ada beras yach. Cuma oat saja. Bila masak nasik campurkan sikit oat di dalam beras yang di tanak menjadi nasi. 

Ikut suka la taruk oat banyak mana. Janji paras kolestrol kita dapat berkurangan dengan makan oat setiap hari.

Sayangi la jantung anda.

Berikut saya kopipes artikel mengenai makanan yang patut di makan untuk menurunkan paras kolesterol  dari blog seorang dokter

Oat dan makanan tinggi serat 

Makanan tinggi serat seperti buah buahan dan oat mampu menghalang penyerapan kolesterol  jahat  LDL di usus kecil. BIla LDL kurang di serap, paras kolesterol akan rendah dalam darah. Seeloknya ambik 10 gram oat atau serat sehari. Satu setengah oat, bersamaan dgn 6 gram fiber, tambah lagi sebiji dua pisang atau epal..sudah mencukupi

Ikan dan Omega-3

Ikan ada kandungan omega 3 yang tinggi, antara yang paling tinggi ialah ikan salmon, mackerel, tuna dan sardine. Ikan tempatan seperti ikan termenung, ikan jaket, ikan kembong saya rasa tinggi jugak. Cuma kurang kajian yang di buat je.
Omega 3 dalam ikan akan kurangkan LDL dalam darah, tingkat HDL- kolesterol baik dan kurangkan paras triglyseride- sejenis lemak yang tak elok dan boleh menyumbat salur darah.

Kekacang

Lagi sekali kacang orang putih yang glamer - walnut, almond, hazel semua mmpu turunkan kolesterol. Pistachio pun boleh. Saya rasa kacang tempatan macam kacang tanah, butir jambu golok pun mampu.
Kekacang ni tinggi kalori, jadi makan sikit sudah lah dalam 1.5 aun. Timbang lah sendiri banyak mana. Lepas tu jangan lah pulak makan kacang tambah garam ke campur gula ke..tak guna lah makan kacang kalu macam tu

Minyak Zaiton

Minyak zaiton dara sangat bagus. Memang yang dara ni orang cari  dan terbaik lah. Minyak zaiton ni mampu turunkan LDL dan tinggikan HDL. Biasernya minyak zaiton digunakan untuk dressing tapi nak mudah amalkan minum sesudu minyak zaiton setiap hari. Minyak zaiton tak digalakan untuk  menggoreng sebab ianya sensitif kepada kepanasan. Khasiat hilang. Lagi satu mahal kan minyak ni, mampu ke nak guna utk menggoreng.

Sayur sayuran

Selain serat yang ada dalam sayuran, ada bahan yang lebih penting yang boleh menurunkan paras kolesterol. Bahan dalam sayuran dan tumbuhan hijau ni ialah stanol dan sterol. Kandungan nya dalam sayuran hanya sedikit. Jadi adakah kena mengunyah 5 kilo kangkung sehari? Kambing sangat kan. Mujur lah ada orang yang jumpa cara untuk perkuatkan makanan seharian kita dengan stenol ni. Antara makanan yang di perkuat stenok ialah margerin, yoghut dan jus buah buahan. Banyak lagi. Kalau pi shopping grocery, baca lah ingredient tu dan carilah makaan yang diperkuat stenol.

Walaupun begitu, mengamalkan cara hidup sihat, senaman yang regular, pola makanan yang teratur juga memainkan peranan masing masing.

Selepas baca sebuah buku "Kenapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit" saya berasa amat bersalah dan berdosa terhadap diri sendiri sebab main bedal makan aja sebelum-sebelum ni ikut napsu sehingga menjejaskan nikmat kesihatan yang Allah beri pinjam. 

Segala nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita akan dipersoalkan kelak. 

"Kemudian kamu akan ditanya pada hari itu, berkenaan segala nikmat (yang kamu sudah nikmatinya)"  

Surah At-Takasur, ayat 8


Bagaimana kita menggunakan nikmat-nikmat tersebut?
 
Lepas ni akan amalkan gaya pemakanan sihat gaya Rasulullah dan kekanda tamau tamak-tamak lagi.

Insya Allah. 

No comments: