Tuesday, March 12, 2013

Penggalak susu pilihan


Ini bukan iklan MLM atau agen jualan langsung nak cari downline.

Apa yang diceritakan dalam blog ini selalunya kisah benar ataupun pengalaman sendiri untuk dikongsi bersama. Ini benar-benar kejadian, bukan cobaan.

Yang baik diambil jadikan tauladan, yang tak baik buang la jauh-jauh. Sejauh pulau pandan jauh ke tengah...hehe

Penggalak susu pilihan saya buat masa ini. 

Yusuf dah nak masuk ke 8 bulan. Alhamdulillah susu ibu masih dapat bertahan dan diharap berlanjutan sehengga Yusuf berusia 2 tahun. 

Jika boleh saya mahu Yusuf terus menyusu susu ibu sampai beso supaya menjadi "anak mak".  Membeso dengan susu mak.

Ya saya mahu  Yusuf menjadi anak mak, yang soleh. Sebagai mana anak-anak mak yang lain. 

Anak perempuan suatu  hari nanti akan ikut suami dia. 

Manakala anak lelaki akan tetap bersama mak dia. Tatapi jika anak lelaki itu melebihkan isterinya, mak nya pasti terasa hati dan sedey. 

Jadi kepada para isteri yang telah berkahwin dengan "anak mak", bersabar la. 

Jika anda mempunyai anak lelaki, itu boleh buat pemangkin untuk anda untuk lebih bersabar dan bertabah sebab suatu hari nanti anda berdoa agar anak lelaki anda itu akan juga menjadi "anak mak" kepada anda sebagai mana bapa mereka dolu.

Apa yang ambe melalut ini huhu

Ok berbalik pada kisah benar yang sebenar. 

Saya mengambil produk ini atas gerak hati sendiri. 

Selepas mengalami demam dan batuk hari tu, produksyen susu agak sedikit mengesot. Bukan tahap merangkak lagi. Dah tahap mengesot. 

Ini amat menyedihkan saya. 

Saya pon memulakan operasi mencari penggalak susu yang sesuai yang berlambak di pasaran itew.  

Sebelum tu, pelbagai makanan tradisional telah di cuba, namun hasilnya tetap mengesot jugak.

Belek punya belek produk penggalak susu, akhirnya saya semua sepakat di kampung hai pening lalat untuk mencoba produk ini. 

Selepas melahirkan anak kedua, saya tak de makan apa-apa supplemen, vitamin, jamu, air akar kayu ke, untuk memberi kekuatan dan ketahanan dalaman badan. 

Jadi bila terbaca produk ini dapat menggalakan susu dan dalam masa yang sama dapat membekalkan vitamin dan zat-zat katanya, maka saya berminat untuk mencoba. 

Dan percobaan itu agak memuaskan hati saya. Di tambah dengan dapat free gift yang comey itu sangat menggembirakan saya. 

Alhamdulillah segalanya berlaku dengan izinNya. 

Walaupun rege nya agak lumayan, demi untuk menjadikan Yusuf "anak mak", daku pejam je mata membayonya. 

Boleh gitu...hehehehe

No comments: