Thursday, March 14, 2013

JJCM @ Songket


Selepas menonton rancangan JJCM di TV3, hasrat untuk menjamu selera di Songket membuak-buak. Apatah lagi lokasi nya tidak jauh dari rumah.

*Kalau naik kereta sekejap je sampai tuanku*

Maka di suatu hari yang sepoi-sepoi bahse saya telah berpeluang untuk makan di sini. 

Yess.

Masa lalu pertama kali di Jalan Yap Kwan Seng tak jumpa restoren.

"Eh kat mana restoren dia ni? Ada jalan lain ke? Tak nampak pon restoren. Huk aloh. Ok tak pe kita cuba lagi sekali"

Cobaan kedua. Pusing satu kali lagi ke Jalan Yap Kwan Seng. Mujur tak jem waktu itu. 

"Mak tengok kanan, orang tengok kiri"

Sambil pusing stereng sambil terngiang lagu ni di tepi telinga. 

Kain songket pakaian anak melayu
Tapi sayang tak boleh pakai selalu 


Tapi sayang tak boleh pakai selalu

.
.

Alkisahhh.

Lokasi nya di belakang Old Town Coffee itew. Papan tanda sungguh cinonet. Mana lah nak perasan kalau datang pertama kali. Lain la kalau laluan itu laluan hari-hari kita. 





Tiba di restoren lagi 5 minit nak ke pukul dua belas tengahari. 

Masa untuk makan tengahari. Ada buffet. Ok lah try buffet dia. 

Masa we ols sampai ada satu grup pelancong dari Jepun. Adalah dalam 8-10 orang.

Malangnya, ada hidangan yang belom terhidang lagi. Kesian pelancong-pelancong Jepun itu semua. 

Dan para pekerja kelihatan kelam kelibut ke sana ke mari.  
 
Buffet berharga RM22 seorang. Kanak-kanak macam Maryam percuma saja.


Sedang makan nasi impit feveret. Suka beno makan bendalah ni

Komen tang makanan

Sebeno nya kan...

Kita tak boleh sangat nak komen-komen negatip mengenai makanan. Sudah  tertulis bahawa itu lah rezeki kita untuk hari itu. 

Kita terima lah dengan redho. Di mulai dengan Bismillah, di sudahi dengan Alhamdulillah. 

Sebeno nya kan...

Ambe belajar akan hal ini daripada Hilman Yong, jejaka novel idaman Malaya. *Oh Abe Hilman*

Rujuk muka surat 583 perenggan 2, novel Awak Suka Saya Tak?

"Hilman, kenapa awak tak  komen masakan saya? Sedap ke tak? Masin ke pedas ke? Awak diam saja."

"Saya jarang komen makanan. Kalau sedap saya makan, kalau tak sedap saya ketepikan. Jaga hati orang yang memasak. Lagi satu, tak elok nak komen sedap atau tak sedap, ia rezeki dari Allah. Sudah Allah tetapkan untuk kita, ini rezeki kamu hari ini." 

Jadinya kepada yang suka kondem dan kritik makanan secara negatip, insof lah wahai ummah. 

Sesungguhnya, harta kekayaan, kemewahan, rezeki, makanan datangnya dari Allah. Bukan dari bapak. 

Eh ni dah macam Ahmad Albab. Hehehe
  
Yang pasti saya akan kembali menjamu selera di Songket lagi untuk coba makanan ala-cartenya pula.

Untuk info lebih lanjut layari : http://www.songketrestaurant.com/

No comments: