Monday, August 22, 2011

Ketuk ketuk Syawal : Hamper


Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. Duit tidak datang bergolek dan turun dari langit dengan sendiri nya. Kena ada usaha sebab usaha itu tangga kejayaan hehehe



Telah diberikan rezeki oleh Allah dalam bentuk hamper. Usaha nya yak itu kena cari barang-barang buat hamper dalam masa 1 hari setengah. Short notis sangat. Mintak hari Jumaat, hari Senin dah nak. Di tambah dengan tiada pengalaman membuat hamper raya ini. Apa lagi ambe pon hentam la labu. Hentam pon bukan sebarang hentam. Hentam pun nak kena selari dengan kos nya. Hamper bernilai RM260 telah dioder oleh majikan sebanyak 7 bijik



Mencabar jugak buat hamper last minit ni. Tambahan posa-posa ni. Bertembung pulak dengan orang shopping persiapan raya. Sesak gila you ols. Alhamdulillah segala nya telah dipermudahkan.



Siap suda



Beskot raya, dodol, peanut candy, gajus dan coklat Cadbury yang kilang nya berdekatan dengan rumah ambe hehe. Tapi tak sempat nak borong coklat kat kilang



Yang ni pula hamper bos bagi. Mimpi apa tah tahun ni bagi hamper setelah beberapa tahun tiada dapat hamper dengan alasan bajet takde. Pape pon alhamdulillah.


Minggu ni seme kat opis berdebo-debo menanti bonus raya. Ada ke tak, ada ke tak...hehehe


No comments: