Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri




Adalah dengan ini saya bagi pihak ahli keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf andai ada terkasar bahse, terguris dan tergores hati dan perasaan kome-kome sepanjang bertandang ke blog ambe yang tak seberapa ini.

Terima lah kad raya yang suwit ini sebagai tanda Syawal akan menjelang tiba bak lirik lagu "Setahun menghilang, sekarang menjelang"

Dengan berbaki Ramadan yang tinggal sikit lagi, bersegeralah melaksanakan ibadah-ibadah yang sepatutnya. Mana tahu ini mungkin Ramadan kita yang terakhir.

Banyakkan juga bersedekah sebab Nabi ada bersumpah, (yg dikopi pes dari blog INI)


"Harta seorang hamba tidak akan pernah berkurang lantaran gemar bersedekah."

Ingat tu. Kita tidak akan jatuh miskin jika banyak bersedekah. Sesama kita beringat.

Berhati-hati semasa pulang ke kampung. Bio lambat asal selamat tiba.

Saya seperti tahun lepas beraya di KL dulu, kemdian lepas makan tengahari terus vroom ke Johor Bahru. Dengan erti kata lain, pagi di KL, malam di JB. Baru adil dan saksama. Hehehe

Dah nak raya..sekejap je ek.

No comments: