Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Walaupun bulan Syawal telah melabuhkan tirainya, itu tidak bermakna rumah terbuka turut melabuhkan langsir nya juga. Tidak sama sekali. Acara makan terus berlangsung dengan meriah dan gemilangnya.
Maka dengan ini saya ingin me-war-warkan bahawasanya satu rumah terbuka anjuran Geng Ottokee (GO) akan diadakan seperti berikut :
Satunya keistimewaan rumah terbuka GO ini ialah makan kena bayar sendiri-sendiri ok...hahaha
Semua dijemput hadir bagi meng-hapenning-kan lagi gerai pokcik William ini.
Berikut saya kepilkan peta untuk ke tempat lokasi bagi yang masih blur dan naif di mana terletaknya istana hinggap William ini.
Klik untuk tumbesar lebih jelas. Sila abaikan tulisan tangan yang huduh itew ya
Pelan ini dibuat dari arah Subang Jaya melalui LDP. Sebabnya ini jalan saja yang ambe tahu nak menuju ke William itu. Sila gunakan imaginasi anda. Yang agak mengkonpiuskan ialah trapik lite 6 penjuru itu. Hati-hati sewaktu tiba sini. Tak paham bole tanya soklan.
Rumah Terbuka ini juga diadakan memandangkan ramai selebreti-selebreti donia akan datang ke negara kita pada minggu ini untuk berhari raya. Eh untuk mengadakan konsert. Jadi kita jemput mereka sekali untuk turut serta memeriahkan majelis Rumah Terbuka GO pada kali ini.
Antaranya :
Ikram Dinzly dan Fauziah Gaus tidak dapat hadir. Yang orang tengah tu yang dijangka akan hadir. Seorang blogger di datangkan khas dari Kuching Sarawak. Siapa kah beliau? Sepraissss. Yang pasti bukan Pandelela Rinong tok. Beliau maseh berada di New Delhi. Syabas betey
Harap-harap mereka dapat melapangkan masa sebentar ke Rumah Terbuka GO. Showcase mereka pada 17hb Oktober di Stadium Negara. Dengo citer teket dah sold-out. Dahsat 13 betol la depa ni
Sementara itu drama Yoochun bertajuk "Sungkyunkwan Scandal" sedang bersiaran di KBS World 391 bermula semalam. Ambe sempat la layan sekejap
Selebreti jemputan seterusnya yak itu Adam Lambert, yang bakal membuat konsert pada 14hb Oktober di Stadium Putra Bukit Jalil. SMS jemputan telah dihantar tapi beliau belom jawab-jawab sampai sekarang
"Kalau sudi katakan sudi, tidak hamba ternanti-nanti"
Seterusnya jeng jeng jeng, penyanyi yang menjadi kegilaan ramai yang telah menyebab ramai orang bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kabarnya dengan lagu-lagu beliau. Ini pon Dahsat 13 juga.
Maher Zain, bakal mengadakan konsert pada 14 & 15 Oktober bertempat di dewan MBSA, Shah Alam. APAAA di Shah Alam??? Saya ketinggalan komuter. Kalau tahu dia buat kat dewan MBSA siang-siang saya dah pegi beli teket. Ottokee?? Teket dah abis. Sapa ada lebih teket konsert Maher Zain bagi la kepada saya. Hehehe
Maher kata dia tak janji boleh hadir Rumah Terbuka GO sebab takut kepenatan. Al-maklum 2 hari buat konsert. Kwenchanseumida Maher Zain.
Berikut pendapat mengenai konsert dan lagu Maher Zain yang ditulis oleh seorang blogger.
Saya bersetuju jugak dengan apa yang blogger ni tulis mengenai konsert dakwah Maher Zain, dekat dengan Allah, peminat wanita yang tergedik-gedik, lepas dengar lagu Maher Zain semakin banyakkah bacaan Al-Quran kita dan sebagai nya.
Cuma pada saya lagu-lagu Maher Zain ni sejuk telinga mendengar sebab banyak sebut kalimah Allah. Sesuai di dengar oleh bakal-bakal ibu yang sedang kehamilan...hehehe
Ok kita jumpa di sana...sanaaa...sanaaaaa
No comments:
Post a Comment