Thursday, July 22, 2010

Promosi : OREO


Hari senin biru yang lepas, waktu lunch time saya telah pergi ke Giant USJ. Hajat di hati nak beli barang-barang yang sudah kehabisan-lullazi di rumah.

Di pendekkan citer, tak terlintas langsung nak beli Oreo sebab Oreo di Giant mahal sikit berbanding di supermarket pakcik Mydin.

Tiba-tibaaaaa...*sound efek guruh berdentum di langit sambung menyambung*

(Kita kasik lalulan kat bunyik guruh menandakan ada seswatuh yang mengkasimakan sedang berlaku...ahakss)

Tiba-tiba saya terkasima bila ternampak kertas manila kad tanda harga yang berbunyik lebih kurang,

"Oreo ada offer harini. Satu rege RM1.99. Kalu beli 2 oreo anda bakal dapat bekas letak beskot yang cun percuma. Jangan menyesal Cik Salmah kalu tak beli"

Seperti biasa tuan tanah menokok tambah ayat supaya jadik lebih dramatik.

Harga biasa Oreo kalau tak de ofer RM2.29

"La galleta mas vendida del mundo" Ambe syak ni bahse Uruguay. Nanti ambe tanya Muslera untuk terjemahan

Disebabkan saya bakal menjalankan bisnes coklat Oreo dan kek lapis Oreo, maka saya pon memborong Oreo sebanyak 10 peket * murah cukup murah* Dah congak-congak akan dapat 5 bijik bekas letak beskot percuma. Yipee

Nak dijadikan sebuah drama yang hampir sad ending, saya terlupa nak mintak free gift selepas membayar. Aigooo...malas nye nak gi Giant lagi semata-mata nak ambek free gift. Kalau tak amek sayang pulak. Dapat 5 free gift tu Kak Senah. Kalau 1 tak kosser jugak nak amek.

Hari Selasa berlalu. Ottokee???? Nak amek tanak, nak amek tanak???

Hari Rabu jua berlalu begitu saja.

Kalau nak gi Giant USJ lepas ofis hour memang hazab dengan jem yang pelbagai perisa.

Maka hari Kamis yakni harini, mintak tolong kat ahjussi despatch gi amekkan freegift Oreo itew.

"Ahjussi, tolong saya amekkan freegift Oreo kat Giant. Saya beli 10, dapat 5 free gift taw sebab dia kata beli 2 Oreo dapat 1 gift. Nah resit nya..."

Lebih kurang 30 min ahjussi pon balik dari rempitan di Giant. Rasa macam nak jerit tengok free gift dia sebab comey sangat

"Cantik tak? Cantik tak?" (Ala Eric Casa Impian)

Siyes cantik dan comey. Yang lebih mengejutkan ialah dapat 10. Alamak eii best nye. Nak loncat-loncat menjerit keriangan rasanya. Tapi ku tahan jebat. Martabat kaum wanita musti dijaga dalam apa situasi sekali pon.

Sila la beli u ols. Tempat bekas ni nampak macam seswai isi rempah ratus kat rumah kekeke. Rasanya offer dia tak lama. Seminggu je kot. Wiken ni nak gi beli Oreo lagi hahaha

Beli Oreo banyak boleh buat kuih. Raya pon bakal tiba nanti. Antaranya :

Kek lapis Oreo yang ambe penah buat dulu guna resepi Mat Gebu

Sapa mau oder sila bagi nama

Coklat Oreo. Wiken ni nak buat 50 bijik sebab ada orang oder. Minggu depan ada dapat oder dari Dungun Terengganu. Sapa lah agaknye tu...kekeke

Kalau lapar sangat boleh la makan Oreo begitu saja seperti adek ni


"Saba dek saba. Ini bukan gagah, ini gelojoh..."

No comments: