Friday, July 23, 2010

Menu : Nasi sudah menjadi bubur


Harini kita ke segmen menu pula. Bagi yang puasa tu sorry ye. Sila tutup blog ini dengan segera.

.
.
.
.

Dah lama hendak makan bubur nasik versi home made. Bertahun-tahun lamanya. Tapi apakan daya malas nak masak. Daya tu rasanya dah ada, tapi urup "M" tu lebih kuat mengatasi segalanya. Mengatasi daya dan napsu makan. Maka perasaan itu di pendamkan saja. Yaa kat kedai ada jual, tapi tak sama rasanya. Bubur nasi / bubur air yang banyak jual kat Kampung Baru lebih ke arah style Siam sikit. Tak bape ngam dengan tekak.

Bila dah berdua ni, secara otomatik semangat kerajinan dan semangat rukun tetangga..eh rumahtangga itu menebal di sanubari. Biasa la kan di awal-awal perkahwinan kena la tunjuk rajin, ye tak? Hahaha

Sebelum somi mengeluarkan dialog ni,

"Unta fadang fasir fon tak de femalas macam ko daaa.."

Sebelum dimalukan dengan unta padang pasir, baik lah kita rajin-rajinkan dirik tahap impak maksima kan...kekeke

Kat FB dah apdet gambar. Versi extended kat blog. Bole berdrama panjang lebar sikit. Ini lah ke-best-an blog.


Menu makan malam tadi. Bubur nasik ala bonda ku. Makanan yang simple, murah dan sedap di makan. Amat seswai di makan bersama yang tersayang. Kalau kat JB bubur nasik ni femes kat Taman Sentosa. Tatau sekarang ada lagi ke takde.


Close-up sikit lauk pauk nye. Kangkung belacan bukit belacan very der wah syioknye


Bagai telur masin dibelah dua


Ini peberet. Bila makan bubur nasik musti ada ni. Udang kering berlada.


Ini juga pakej lauk yang harus ada dalam menu bubur. Ikan bilis lobak masin

Last but not least, taruk sikit kicap kipas udang di atas bubur dan terus lah ngap.

Selamat lah pi carik bubur pas ni. Hehehe

No comments: