Tuesday, July 13, 2010

Promo : Saranghae Coklat & Cookies (Episode 1)


Maka dengan ini saya ingin merasmikan katalog produk syarikat saya yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi iaitu Saranghae Coklat Enterprise. (Banyak nye syarikat, rumah urut lagi ada...kekeke)

Bagi yang berminat nak tempah, sila la lihat katalog berikut untuk membuat keputusan yang tepat dan jitu tanpa syak dan wasangka lagi. Tapi kualiti gamba very der sebab guna enfon kemra yang mega piksel nye kureng gitu. Saya berharap agar perniagaan saya ini akan maju dan sukses supaya saya dapat membeli kemra digital yang berkualiti tinggi untuk keputusan gambar yang gedebas lagi vogue gitu.

Ramai yang tanya ada katalog tak, nak nengok gambar dan sebagainya. Tapi betul jugak kan, nak bisnes kena la ada katalog, baru la pelanggan ada idea nak buat pesanan bila dah tengok gambar kerana pepatah Engris ada menyebut "a picture speaks a thousand words". Satu gambar berkeupayaan bercakap seribu patah perkataan. Jadik kita tak perlu nak eksplen banyak-banyak kan. Tunjukkan je gambar banyak-banyak dalam katalog.

Raya pon dah nak dekat ni (over kan...puasa pon blom), jadik sangat elok la kalu oder coklat dan cookies untuk dijadikan doorgift. Doorgift ini juga seswai ditampilkan di majelis-majelis keraian seperti kenduri kawin, majelis pertunangan, majelis hepi besday to you dan sebagainya. Kalau tempah banyak, harga boleh dirunding secara rundingan damai.

Nota : Untuk coklat, saya hanya fokus pada coklat milk (alah coklat yang coklat tu la) dan coklat putih saja. Coklat warna warni mengikut permintaan, jika ada. Sebab coklat warna-warni ni kos dia berbeda sikit dari milk coklat dan coklat putih. Yang sebeno nya saya malas nak buat banyak-banyak kaler ni. Serabot kepala aku...hahaha. Tak pe boleh oder kat tempat lain.

Mari lah kita layan gambarajah-gambarajahnye


2 biji = RM2.50


3 biji = RM3.50

4 biji = RM4.50

6 biji = RM6.00

Coklat oreo berimej. Imej dia kategori imej baik dan bersih. Tengok la sampel dia sapa...kekeke

Sebiji = RM2.00

Angka oder - 24 / 48 / 72 bijik
(Sebab 1 keping A4 paper ada 24 keping gamba. Kira gandaan 24. Senang keje, anda senang, saya pon senang)
Gambar imej bole pilih sendiri. Emel saya gambar yang dikehendaki. Nak taruk gambar sendiri pon boleh. Geng Ottokee dah tau dah gambo apa depa nak nih...keke. Nak taruk gamba sotong Paul pon boleh. Carik gambo dia yang ensem-ensem emel ke saya

Coklat oreo design bunga dan love (gamba kaming sun)
Sebiji = RM1.70

Coklat oreo tu bermaksud dalam dia ada beskot oreo seperti gamba rajah di atas. Ok arasemika?!


Coklat teddy bear
Sebiji = 70 sen (mininum oder 50 bijik)


Fancy cookies bentuk hati ke hati Muslera. Size 2.5 inci. 90 sen each (Minimum oder 50)


Fancy cookies bentuk rama-rama. Size 2.5 inci. 90 sen each (Minimum oder 50)
Cookies ni ada lagu tema Rama-rama nyanyian Ella
Kredit pelukis sambilan : Hydeq (Kalau banyak oder ko kena datang lagi lukis)

Cookies berimej hengsem. Gamba boleh pilih jugak. Size 2.5 inci, RM1.50 each. Angka oder 24/48/72.
Kredit gamba : Rucci (ambe cilok gamba kat blog mu)

Sekian terima kasih. Kamsahamnida.

Sebarang tempahan atau pertanyaan bole di majukan ke :
dengan sabjek Saranghae Coklat Enterprise

No comments: