Monday, July 12, 2010

Teater : Uda dan Dara 10-20 Julai Istana Budaya


Salam 1teater. Jumaat lepas saya berkesempatan menonton teater Musikal Uda dan Dara arahan Datuk Rahim Razali ni. Kira hari pertama pementasan. Ada sikit gangguan teknikal yang merengsakan di mana pementasan di hentikan dalam 10 min kalau tak silap. Mengganggu feel menonton betol. Paling mengganggu sekali ialah waktu nak balik awal on time terjejas. Nak balik awal sebab besok pagi nak tengok Fernando Muslera (Uruguay) beraksi huhu. Taim ni la masalah teknikal wat hal. Sepanjang yang saya gih nonton teater di Istana Budaya, ini lah pertama kali ada gangguan teknikal. Mesti ada orang mau sabotaj Cik Mus nih. Hehehe acah je



Laman web :

Soalan lazim yang pertama yang akan di tanya ramai. Kopipes dari FB

Soalan lazim : Best tak teater ni?

Jawapannya : Best kalau minat suara jantan Razali Husin dan minat vokal Misha Omar. Overall saya bagi 5 bintang!!

* Bukit Bintang
* Harimau Bintang
* Bintang Malam
* Bintang Superstore Bangi
* Messi Bintang Bolasepak Argentina



Antara sebab musabab saya suka akan teater ni :

1. Suara Uda lakonan Razali Husin. Pergh menusuk qolbu. Nak-nak masa dia nyanyi lagu yang nak pegi kota tu. Pemilihan Uda yang tepat sekali, pada pandangan saya. Sayang kan dia ni tak brape nak naik di arena seni suara. Sebab ini lah vokal lelaki sejati yang kita carik-carik selama ini tuan direkter.

2. Kesemua lagu-lagu yang dipersembahkan kedengaran segar sekali. Saya harap akan ada lah terbit OST teater ni. Sangat mabeles. Lagu pertama yang bersama pakcik Zulkifli Zain tu masih terngiang-ngiang di gegendang telinga sebab saya dengar 2 kali lagu tu. Pertama sewaktu malam Hadiah Sastera malam sebelum nya. Muzik dia boleh kata sekelompok dengan lagu Mentera Semerah Padi. Ada aura pahlawan Melayu. Dengan aksi silatnya, perghhh

3.Misha Omar juga tidak mengecewakan. Jenuh la dia nak menjerit dan menangis 10 malam berturut-turut kan. Part yang tak larat, apa pesen baju la yang dia pakai pada malam tu. Dah la 3 lapis, lepas tu ada kain persis kain pelekat tubik sket kat depe nu. Hok aloh weh. Guano lagu gitu gak. Kan dah tubik kecek Klate

4. Props, pentas seme seperti biasa marbeles jugak. Antara sebab saya suka menonton persembahan di Istana Budaya ni.

5. Pendek kata, teater ini tidak mengecewakan. Pergi la menonton. Pasti tidak menyesal.

6. Sekalung tahniah dan syabas kepada tim produksi yang telah menjayakan teater ini.

7. Gamba close-up Uda tiada, sebab tak sempat nak tunggu sesi otograp. "Uda" kat sebelah plak dah kata lapar. Maka kami "Uda dan Dara" (bukan watak sebenar) pon bergegas keluar dan mencarik gerai makan yang masih bukak jam 12.00 tengahmalam di area Datuk Keramat.

No comments: