Annyeong yorobun. Salam Jumaat. Alhamdulillah kita diberi peluang untuk hidup lagi.
Harini ni kita ke segmen resepi. Resepi pilihan harini ialah kimci. Bukan resepi Kim Joon & Rucci ye. Hahaha.
Oppp ambe belom try test buat kimci lagi. Resepi ni dapat dalam akhbar Utusan harini. Belek-belek paper pagi ni sekali ternampak la resepi kimci. Terus la rasa nak apdet kat blog. Cek Utusan online tiada part resepi tu so ambe taip la semula resepi nya.
Ahjumma ni sekali imbas tengok ada iras aktor Park Shin Yang (Lovers in Paris). Park Shin Yang versi pompuan hehehe
Mari kita lihat bagaimana cara-cara hendak membuat kimci ni
Artikel asal. Yang bertanda bulat merah tu dia tulis "1 sudu kecil halis tumbuk". Saya rasa typing error yang sepatutnya "halia". Ye tak? Ke ada bahan masakan nama "halis" ek? Saya tak pasti pulak. Tak pernah dengo. Adek bradek kalis. Kalis rindu kekeke
Cara membuat kimci
1. Pilih kobis panjang yang bersaiz gemuk pendek kerana rasanya lebih sedap dan sesuai di buat kimci.
1. Pilih kobis panjang yang bersaiz gemuk pendek kerana rasanya lebih sedap dan sesuai di buat kimci.
2. Potong bahagian atas kobis berbentuk + dan koyakkan sahaja menjadi 4 bahagian
3. Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak
4. Tabur garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air tetapi jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.
5. Bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air sebanyak 3 kali. Toskan airnya sehingga kering
6. Sementara itu buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan ini ke dalam besen
* 1 cawan serbuk lada merah
* Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan
* 2 sudu besar sos ikan
* 2 sudu besar gula
* 1 sudu besar bawang putih tumbuk
* 1 sudu kecil halia tumbuk
* 4 batang daun bawang
7. Lumur sos pada setiap helaian kobis sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah
8. Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Genggam sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun.
9. Selepas itu, simpan dalam bekas
10. Ia boleh di makan terus sebagai salad kimci segar atau anda boleh menjeruk kimci dengan membiarkan dalam suhu bilik selama 1 hari dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila hendak di makan, keluarkan kimci dalam kuantiti yang diperlukan dan simpan selebihnya. Ia boleh tahan sehingga berbulan-bulan.
Contoh kimci yang dah siap. Ni masa ambe kat kantin kilang masa kat Incheon dulu. Excited gile nak rasa. Boleh tahan la rasa dia kalau makan dengan nasik. Ambe rasa yang kimci lobak putih tu. Tapi kalau hari-hari melantak ni jelak jugak rasanya. Terus terindu sama rendang ayam, ayam masak gulai daun kesum dan juga nasik lemak lauk paru kekeke
Kemudian pihak Embassy kat sana bercerita, kalau nak makan kimci kat Korea kena hati-hati jugak sebab dia taruk 'bendalah' tu kadang-kadang. Perisa tambahan cukup rasa depa kot.
So sekarang kita boleh buat kimci kita sendiri yang boleh di makan tanpa was-was ye. Yipeee
Selain di makan dengan nasik, kimci jugak boleh di makan begitu saja. Nganga mulut beso-beso dan ngap.
Selain di makan begitu saja dan di makan dengan nasik putih, kimci juga boleh di makan bersama ramen atau mee segera atau kita sini panggil megi. Nak lagi sedap, megi itu di makan di atas tudung periuk seperti adegan di atas. Baru lagi kick. Hahaha
Tapi kalau dah tahap kebulur sangat tahap cipan, tak sempat nak tunggu megi 2 minit masak, boleh la kita makan megi begitu saja seperti abang ni dan diselang selikan dengan kimci.
Antara petikan artikel tersebut mengenai kelebihan kimci,
"Memakan kimchi mempunyai banyak kelebihan seperti melambatkan penuaan, menguatkan sistem ketahanan badan, menghalang penyakit dan bagus bagi sistem pencernaan."
Ayuh kita makan kimci banyak-banyak mulai dari sekarang hehehe
However, sayur kobis bukan sayur feveret saya. Kalau dah tak de pilihan, contoh pergi rumah orang, orang hidang lauk kobis, saya akan makan. Untuk sendiri beli dan masak, tiada dalam senarai menu.
Sebab nya, saya sering mendengar pendapat yang negatif mengenai kobis ni. Antara pendapat negatif nya ialah :
1. Sayur kobis tak banyak vitamin sebab kaler putih. Sayur yang banyak vitamin ialah sayur kaler hijau. Jadik banyak kan la memakan sayur kaler hijau ini
2. Sayur kobis ni sejuk, tak elok untuk orang perempuan. (Percaya jugak ni tanpa buat siasatan lanjut)
3. Memakan banyak kobis akan menyebabkan BO kita jadik kuat. BO ni ialah body odour. Makan banyak kobis akan sebabkan bau badan kita perghh baek punya dia punya bau. Pendapat ni saya dapat melalui sembang-sembang saya dengan sorang pensyarah IPT. Sebab kan dia sorang pensyarah dan ilmu dia tinggi sebab banyak membaca barangkali, maka kata-kata dia saya rasa boleh dipercayai.
However lagik, poin nomo 3 tu saya pernah buat eksperimen sendiri masa berada di kalangan orang Korea. Masa dok sebelah depa kan, ambe gosok-gosok hidung supaya lubang hidung tiada tersumbat, stenby, tarik napas dan try hidu bau badan mereka. Bau busuk ke tak. Tapi ambe tak pasti bau badan busuk akibat makan kobis macam mana hahahaha. Yang ambe ada bau, bau masam adalah. Bau soju kot. Tak pon busuk sebab tak mandi pagi hahaha
Artis lain cite ya sebab artis mesti pakai perfum punya sebab nak jumpa peminat kan. Kekeke. Tapi kalu bau badan lagi kuat dari bau perfum, tak wangi jugak dek non. Mau pengsan lagi ada.
Jadik kalau anda ada pendapat positif mengenai sayur kobis ni dan nak beking kobis, sila la berkongsi info sama saya supaya saya dapat membuat anjakan paradigma mengikis prasangka buruk mengenai kobis dan saya boleh try buat resepi jeruk kobis korea ni kat umah.
No comments:
Post a Comment