Tuesday, April 06, 2010

Oh! My Lady - Episodes 1 & 2


Salam saranghae. Kembali bersiaran. Drama 2010 yang pertama yang sempat saya layan. Dan rasa nya akan layan sampai tamat sebab drama ni versi drama filem peberet " Speed Scandal".

Baru perasan pojaan hati ambe 2 orang dah blakon citer bertema kan "scandal". Satu lagi ialah Capital Scandal / Scandal in Old Seoul. Kuat scandal btol depa ni...kekeke
Drama ni mengisahkan sorang aktor fofular dan sorang mak janda surirumah tangga (ahjumma) yang ketandusan pekerjaan. Macam-macam kerja ahjumma ni buat tapi semua separuh jalan. Belum sempat kaya, dia dah jadik pengganggur kembali. Nak kata pemalas macam unta padang pasir pon tidak juga. Mungkin belum ada rezekinya lagi untuk hidup senang seperti orang senang yang lain. Ahjumma tersebut kini sangat-sangat terdesak untuk mendapatkan perkerjaan untuk menampung kehidupan beliau bersama anak perempuan tunggalnya bernama Minji. Nak bayar duit yuran sekolah anak, nak bayar sewa rumah, nak bayar itu, nak bayar ini. Pendek kata selagi belum tutup mata, macam-macam bil nak kena bayar, tak termasuk bil clinton.
Jeng jeng...annyeong. Song Min Woo namanya. Nama yang kacak sekacak orangnya juga. Kekeke. Beliau merupakan sorang artis fofular yang fofular kerna wajahnya dan juga badan nya (dalam citer ni). Ehem cuci cuci mata jap lagi. Ahaks.
Ni ahjumma Yoon Gae Hwa lakonan Chae Rim. Saya suka dia ni sebab dalam pada comey dia tu kadang-kadang ada bengong-bengong dia sikit. Macam mana tah nak cakap. Pendek kata memang berkenan la kat dia ni.
Beliau mendapat pekerjaan baru iaitu sebagai pembantu rumah artis popular Min Woo.
Ahjumma tersipu-sipu malu bila sang teruna meminta gosokkan baju sambil berlenggeng. Untuk view yang jelas sila tonton drama. Kekeke
Bila ada artis popular mesti ada wartawan. Seb bek wartawan kali ni tak irritating macam dalam You're Beautiful. Maksud ambe wajahnya. Sebab wartawan ni salah sorang ahjussi pembantu peberet ambe jugak.
Kemudian di pendekkan citer, ahjumma mintak kerja di sebuah syarikat entertainmen bernama Show Company. Bos company ni bilang kalau ahjumma berjaya tarik Min Woo ke syarikat dia, ahjumma akan dapat kerja.
Maka gigih la ahjumma ni study info mengenai Min Woo di web Min Woo supaya mudah urusan untuk hantar proposal ke menagement Min Woo. Tapi...kenapa kah dia terkejut itu? Wae? Wae?
Oh ambe pon terkasima jugak. Oh oh...tenung kojap. Ok dah. Hepp jangan tenung lelama. Kekeke
Choi Siwon dari grup Super Junior yang membuat konsert lima bintang di Bukit Jalil pada bulan lepas.
Kemudian dipendekkan citer lagi, sewaktu ahjumma nak pergi mengemas rumah Min Woo, ada sorang ahjussi teksi tinggalkan seorang kanak-kanak perempuan itu di ruang lobi kondo. Kanak-kanak itu dialamatkan ke rumah Min Woo bersama sebuah beg baju. Nak kata budak ni lari dari rumah, tak mungkin sebab kecik lagi. Mesti ada orang dewasa yang hantar dia ke situ
Ahjumaa tanya dan tanya lagi, lapan lagi, namun kanak-kanak perempuan itu tidak bercakap sepatah haram. Bisu barangkali.
Pot pet pot pet dipendekkan cite, ahjumma cakap, "Nah ambek ni anak kau" kepada Min Woo

"Apaaaa ??? Anak aku? Sejak bila aku ada anak?" soal Min Woo kembali

"Eh mana lah aku tahu. Kau ingat aku mak bidan ke" bidas ahjumma kembali

"Hei budak, kau ni sapa haaa?" soal Min Woo dengan garang sekali kepada budak baju pink itu
Budak baju pink itu lantas menangis dengan syahdu sekali kerna terkejut mendengar herdikan suara macho Min Woo.
Min Woo kemudian menghalau ahjumma dan kanak-kanak baju pink itu dari rumah dia.

"Pergi korang dari sini. Pergiiiiiiiiiii. Don ever appear in front of me again. ARASSO" kata Min Woo
Di short cut kan citer, Min Woo pergi ke balai polis untuk me-report mengenai kanak-kanak perempuan yang hilang. Sekali terserempak plak dengan peminat dia. Maka sesi kejar mengejar di antara celebreti dengan peminat pon berlaku.

Bersambung la pula. Sebenarnya Min Woo nak buang budak tu. Adakah beliau berjaya? Saksikan episode seterusnya.
Memperkenalkan bakal superstar cilik baru, Kim Yoo Bin. Nama watak dalam drama ni Ye Eun. Anak sapa la ni comey nye ni

Abis la mung Kidong, dah ada saingan baru laa ni

Sebenarnya watak "Kidong" dalam Speed Scandal dibawak kan oleh "Ye Eun" dalam drama ni.

No comments: