Salam karipap cinta.
Semalam saya telah berjaya mendapatkan novel yang sedang hangat di pasaran berjudul Karipap-karipap Cinta. Sebab novel ni telah dipromot oleh penulis nya sendiri di laman web peberet saya iaitu Sokernet (Laman web rasmi bolasepak dunia). Walaupun tak reti bermain bola, tapi saya suka baca ribiu pasal bola sepak dan menonton bola sepak sikit-sikit. Mungkin dengan harapan akan dapat boipren kacak yang terer main bola sepak, sekacak persis Roberto Baggio barangkali. Kalau tak dapat macam Roberto Baggio, dapat macam Abbas Saad pon jadik la. Namun gagal rasanya. Kekeke
Kita nak yang kacak, tapi masalahnya yang kacak tak nak kat kita. *Sedey* :P Kejap lagi nak makan pengat, sendiri la mau ingat. Kehkehkeh
Maka dengan teruja saya pon mendapatkan novel ini kerna saya ingin mencuba, terai dan test baca hasil penulisan buku beliau buat pertama kali nya.
Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.
Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.
Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.
Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.
Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.
Alhamdulillah. Telah mendapat juga buku yang ambe carik. Yipee
Sedikit coretan mengenai penulis novel yang saya kenali melalui alam blog. Belom pernah berjumpa secara siaran langsung. Aritu nak pi pesta buku kat PWTC, tapi waktu dan keadaan tidak mengizinkan.
Penulis novel bernama Encik Nazri M. Annuar atau nama glamer lain di blog ialah Vovin.
Saya dah lama jugak skodeng blog beliau dari zaman sebelum blog beliau tertukar ke dotcom. Lepas blog beliau bertukar ke dotcom, blog beliau menjadik sedikit lain dan kadang-kadang saya terlupa dah nak jengah blog beliau. Seorang peng-ribiu filem sikit masa dulu dan juga peminat Elyana sebab dia kata Elyana ni sangat comey. Tatau masih minat Elyana lagi ke tak sekarang ni. Asal tengok Elyana je saya mesti tingat kat Encik Vovin ni. Hehehe
Selain menulis novel dan blog, beliau juga bergiat aktif menjadi pengulas sukan bola sepak di Sokernet, sebuah laman web kegemaran David Bekem katanya. Dan beliau merupakan penyokong tegar tim mana lagi kalu bukan tim MU. Dan tim World Cup dia kalu tak silap ialah Argentina sebab dia kata rupa dia ada sket macam orang Argentina (mengikut pembacaan saya di blog nya dulu) Hehe
Saya tertarik dengan logo ni
Novel Bestseller
Bila 1 Malaysia sudi membelinya
Belakang kulit buku disertakan Resepi Karipap-Karipap Cinta
3 ulas rasa suka
1 biji rendah diri (saiz besar)
2 cawan tolak ansur
5 keping kehormatan
Secubit rasa rindu
3 batang tanggungjawab, dipotong halus
3 bekas cita-cita
10 guni kejujuran (diayak untuk menbuang kata dusta)
Ramuan diadun dengan ilmu dan akal. Masukkan dalam kuali persahabatan, tunggu sehingga masak. Setelah masak, hidangkan bersama yang tersayang
Belom baca lagi novel ni, ambe dah terasa aura lucu dan komedi nya.
Ok sekarang saya mau gih beli sampul plastik dulu. Semalam lupa beli. Lepas sampul buku baru boleh baca. Selagi tak sampul buku rasa macam tak lengkap prosedur pembacaan buku yang baru dibeli hehehe.
Harga novel RM14.00 saja. Tak berapa mahal kalau nak dibandingkan dengan ilham, idea, keringat, usaha, tangga dan kejayaan nak menghasilkan sebuah novel. Tidak ternilai harga nya dek non.
Sila dapatkan di kedai buku berdekatan anda sekarang!
P/S : Masih ingat lagi cara-cara membuat karipap yang hengsem? Haha
No comments:
Post a Comment