Monday, March 01, 2010

Tangan yang menghayun buaian memang sedap buat karipap


Alhamdulillah saya ditemukan dengan cingu yang terer masak memasak yang tinggal berhampiran. Hari Jumaat sempena cuti Maulidur Rasul satu kelas membuat karipap telah di adakan di umah ambe belah malam nya.

Para peserta terdiri dari hamba sendiri dan Mrs. GX. Manakala cekgu nya ialah Chef Hood yang di datangkan khas dari seksyen 3 Shah Alam *tepuk tepuk* Dan ada sorang lagi, pengkritik bebas aka tester berkaliber yak itu GX * tepok jugak*


Ya puan-puan mari kita lihat bahan-bahan membuat karipap. Ropanya tak de ler susah mana buat karipap ni ye. Sonang baitu.

Bahan-bahan :

Untuk kulitnya :
Tepung (4 cawan untuk kulit dalam, 6 cawan tepung untuk kulit luar. Ni untuk buat karipap pusing)
Margerin
Air garam 1 cawan

Untuk inti :
Rempah kari
Bawang merah (potong dadu)
Bawang putih (potong kecik-kecik)
Daging cincang
Kentang (dipotong dadu jua)

P/S : Disebabkan tuan umah anak kepada mak cik peminat tegar warna hijau, jadik anda bole saksikan perkakas-perkakas dapur warna hijau belaka. Tuan umah hanya ikutkan saja ya. Kang bangkang jadik anak derhaka pulak. Seb bek alas meja tak kaler hijau jugak. Kekeke

Disudut kanan meja, kelihatan coklat-coklat yang siap untuk di eksport.

Kelihatan Chef Hood sedang memotong kentang dengan penuh gaya professional sekali. Manakala gelang emas itu sendiri punya bukan tajaan Pohkong. 
Sementara nak tunggu karipap masak, kita jamu ni dulu. Otak-otak gulung. Pes taim beli, sedap jugak ek
Ya inilah dia inti karipap versi daging kari. Inti ni versi ringkas, segera dan kurang rajin, menurut kata Chef Hood. Inti karipap ni kita bole improvais kan dia ikut tekak kita ye

Cara membuat - tumis bawang putih dan bawang merah. Kemdian curah rempah kari yang telah dicairkan dengan sedikit air. Lepas tu masukkan daging cincang. Lepas tu masukkan kentang. Kentang itu direbus dulu dengan garam sikit. Motif dia menurut chef supaya inti tidak cepat basi jika kita rebus kentang dulu
Ini pula inti versi sardin. Cara buat sama dengan inti atas

Ni cara buat kulit dia. Tepung dan margerin digaulkan togede-gede. 

Cara buat kulit luar :

4 cawan tepung gaul dengan marjerin dulu. Lepas dah sebati baru masukkan 2 cawan tepung dan air garam. Uli sampai keras yang anda inginkan. Lepas tu letak tepi

Cara buat kulit dalam :

2 cawan tepung gaul bersama 2 sudu besar margerin. Lepas tu masukkan 2 cawan tepung lagi bersama margerin. Uli, uli sampai la dia tak melekat kat mangkuk itew

Lepas tu bahagikan 8 bahagian. Kulit dalam letak di dalam kulit luar. Lepas tu steam roll kan dia (apa pangge tu gelek dengan kayu penggelek). Lepas tu potong lagi 8 kecik-kecik (8 lagik). Lepas tu taruk la inti dan klem ikut kreativiti tangan sendiri

Tadaaa. Karipap yang siap di-klem dan siap di goreng

Karipap yang telah siap digoreng. Seb bek sempat snap yang 2 ketol ni. Yang len tak sempat nak snap sebab tangan tengah berminyak.

Sekian kelas karipap kita. Sehingga bertemu di lain kali.

Akhir kata,

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga karipap boleh ku beli
Tapi memang tak sama dengan karipap Chef Hood ku sorang

Kamsahamnida!

No comments: