Ambe jawab soalan jap sebelum ngetag ye Khai dongseng comey. Skali pandang Khai kalu orang kata adek Faizal Tahir pon percaya. (Up lagi sket) Kekeke
Segala soalan yang diajukan di blog ni Insya Allah akan di jawab. Tapi pastikan jangan niari anda tanya, minggu depan baru masuk blog ni balik, memang tak jumpa la jawapan itu sebab dah bertimpa-timpa dengan chatting harian.
Jika mahu saya jawab secara terus menerus tanpa gangguan mesej-mesej chatting bole la emel kan kepada saya di alamat :
ymaulai@yahoo.com
Sebab saya pon bukan 24 jam melangut kat blog yang boleh jawab soalan / pertanyaan secepatnya. Kalau kebetulan saya tengah mengular di shotbox tu, boleh le jawab dengan pantas.
Anyway bagi menjawab soalan yad di kotak jerit. Saya jawab kat sini la boleh share dengan orang lain. Dan kot-kot ada orang lain yang pernah pegi sana leh kongsi cite sama.
yad
salam.ada sesape pernah g korea tak? nak tanya pasal waktu sesuai pergi dgn budget. and perlu amik pakej tak if nak g tgk film location?
Susah jugak nak jawab soalan ni sebab saya gi dulu seme perbelanjaan company yang bayar hehe. Waktu yang sesuai nak pergi musim bunga kot kalu tak silap bulan 4-6 kot sebab ada member nak gi bulan 4 ni. Masa saya pergi dulu bulan 8 tengah musim panas, very de panas. Panas kering. Bukan panas macam kat Mesia kita ni.
Kawan yang nak pegi Korea tak lain dan tak bukan ialah G'JA. Katanya lah. Malang nya ambe tak dapat nak follow. Si Ryan Kwon dah beriya-iya suh gi. Nak bawak gi Pulau Jeju. Aigooo. Wrong timing la pulak.
Pasal budget, anda kena wat sebey sesebey sebey nya. Carik la hotel chokia pon jadik. Sebab nak tido je. Dok hotel mahal-mahal membazir saja. Lain la kalu ada orang sponsor. Duit hotel mahal leh spend kat benda lain. Di-ingatkan harga barang di Korea sangat mahal ye. Serba serbi mahal sebab kos hidup dorang tinggi. Melainkan jika anda bawak berkarung-karung wang mas. Bole la riang ria berjoli di sana.
Kalau tengok dalam drama, depa asek makan megi dan kimci saja. Lepas tu makan nasik putih dengan kimci dengan sup sejuk atau pun sup tahu. Barang makanan lain mahal kot. Sekali skala je bole makan daging dan sebagainya. (Ingat tak scene Jandi masuk pertandingan hapa tah sebab nak dapat daging dalam BOF? Daging segar dibuat hadiah pertandingan di Korea)
Kalau nak pi tempat location, pergi sendiri pon bole. Bawak peta sesiap yang boleh diprint dalam internet. Lagi kita bebas sebab bole ekjas masa sendiri. Tapi kalu tak yakin disebabkan masalah bahasa, bole la gunakan tourist guide. Masalah besar di Korea ialah masalah bahasa. Merasalah guna bahse isyarat macam orang bisu. Tapi don wori mereka semua ramah-ramah belaka.
Kawan saya yang nama G'Ja dulu pergi sendiri. Dia hentam saja labu. Dia pergi cafe Coffee Prince dan juga Namsan Tower yang masa tu tengah glamer dengan BOF hehe. Tempat dating Goo Junpyo dengan Geum Jandi. Kalau amek pakej balik-balik mesti pergi tempat Winter Sonata. Aigoo tu zaman bila nye citer tu. La ni banyak tempat location baru-baru ada.
Rasanya cukup la setakat ni dahulu. Tapi jika kita berjiwa kental lagi TEGAR, tiada masalah tu semua termasuk susah nak dapat makanan halal. Hahaha. Tak pe. Boleh bawak bekal.
Ala-ala tema lautan api sanggup ku renangi. Ini kan pula Korea. Kekeke.
Asal usul perkenalan dengan G'Ja pon sebab dia nak pergi Korea dulu. Bila dah kenal, hmmm sama jugak giler. Hahahaha
Soalan seterusnya dari noreul
nOreul
unnie de x bju warisan kOrea???ambe nk pnjm leh??huhuhu
Jawapanye ADAAA. Mau pinjam ka? Awak size apa?
Taraaa. Ni ambe beli dulu masa kat sana. Adik ambe kirim konon nak pakai time annual dinner. Tapi haram sampai sekarang tak pakai-pakai. Ni ambe beli size budak-budak sebab adik ambe kecik orang nya. Size budak je rege dalam RM150. Kalau size orang dewasa, beratus ratus darham lagi. Boleh tahan mahal baju ni. Beli kat gerai tepi jalan je ni kat pasar Namdaemun Seoul. Tu pun sebab dia ada tulis 'clearance stock'. Kalau pegi shopping mall, harus la berlipat-lipat ganda darham lagi. Boleh terlipat lemak-lemak kat perut sebab terkojut bila dengo harga sepasang 'hanbok' ni. Hehehe
Seterusnya soalan eyyla mengeni rar. Dah ok blom?
P/S : Malam ni ada kelas karipap dengan Kak Hood. Yipee
No comments:
Post a Comment