Thursday, February 25, 2010

Tomat


2-3 hari ni asek terdengar lagu ni di radio dan pusat membeli belah PKNS. Tapi dengo part dah nak abis je. Tak de diberitahu sapa penyanyi. Tapi yang ambe pasti penyanyi seberang. Ambe dah jarang nak amek pot entertainmen dari seberang. Depa pon bukan suka kat kita. Nak disapunya kita lagi ada. Tapi bukan semua nya la.

Maka kerja-kerja menggogel pon dijalankan. Mungkin tertarik dengan lirik dia, "ingat mati, ingat sakit." Mungkin tuhan bagi hint suh ingat mati sebab tu asek terdengo lagu ni je. Jadi ambe pon nak tahu dengan lebih lanjut apa kisah dalam lagu ni yang sebenonya.

Alkisah penyanyi dia ialah grup Wali Band dengan judul lagu Tobat Maksiat atau short pom dia Tomat. Skali pandang "Tomat" tingat kat TOMA (Ikuta) kekeke

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Bagus sekali lirik dia ya.

Bersempena dengan Maulidur Rasul bersamaan 12 Rabiul Awal yang bakal menjelma besok, mari la kita sesama ingat mati. Sama-sama memperbanyakan amalan kita seharian untuk bekalan di sana. Mari la kita sama-sama mencari keredhaan dan rahmat Allah swt.

Penting bagi umat Islam untuk mendapatkan rahmat Allah. Nampaknya kita ni dah semakin jauh dari rahmat Allah dengan kes zina nya, dengan buang bayi nya, dengan rasuah nya dan macam-macam lagi lah yang kita telah nampak sekarang ni.

Contoh untuk mendapat rahmat Allah ialah, bila diberi kekayaan berlipat ganda kita menggunakannya ke jalan yang diredhai Allah. Kekayaan, harta dunia adalah antara ujian yang Allah berikan kepada umat manusia.

Jika ada sobat-sobat atau keluarga kita yang mengajak kita membuat kebajikan, bersegeralah buat sebab rahmat Allah ada di situ.

Kita boleh uji try test diri kita sendiri samada kita cenderung untuk berbuat baik atau tidak. Jika ya kita berminat untuk berbuat ke arah kebajikan, alhamdulillah kita telah mendapat rahmat Allah. Sekiranya kita lebih suka riak, takbur, sombong, eksyen, dengki, iri hati, tak suka dengar ceramah agama dan sebagainya, maka insof la segera.

Mudah-mudahan kita semua dilimpahi kurnia dan rahmat Allah sentiasa. Amin.

Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Jangan lupa berselawat lebih sikit ya.




P/S : Intro lagu ni macam lagu
Demam Candy. Cuba dengo sobat

No comments: