Wednesday, January 27, 2010

Info GO : Pasangan noona dongseng


Tahun ni nampaknya ramai pasangan kakak dan adek lelaki di gandingkan di dalam drama Korea.

Apakah? Mengapakah? Ottokee?

Bermula dengan pasangan Kim Bum (21) dan Park Jin Hee (32) di dalam drama The Woman Who Still Wants to Marry yang sedang ke udara sekarang di MBC menggantikan HERO Lee Junki. Jarak usia 11 tahun. Oh macam kepten bola negara dan isterinya

Ahkak Park Jin Hee ni come back dengan drama TWWSWTM (panjang sekali urupnya ya) selepas drama hit Money Warfare / War of Money. Kenapa tak de sapa nak siar drama Money Warfare ni kat tibi? Best tau drama ni.


Seterusnya jeng jeng. Terjawab sudah segala teka teki siapakah housemate Lee Minho di dalam drama terbaru beliau Personal Taste, yang mana watak beliau sebagai cik gayah itew. Ahkak Soh Ye Jin ini telah menang undi nampaknya.

Soh Ye Jin (28), Lee Min Ho (23). Jarak usia 5 tahun.

Kira bertuah la Lee Min Ho dapat berlakon bersama salah sorang best aktres Korea. Akak Soh Ye Jin ni dah banyak menang awards Best Actress. Antara nya melalui drama Alone in Love, filem My Wife Got Married dan April Snow. Beliau juga merupakan heroin salah satu drama 4 musim iaitu drama Summer Scent.

Terbaca besday dia. Oh sama date dengan Dato Siti Nurhaliza daa. Patut la comey (apa kaitan tah) Kekeke

Personal Taste akan bersiar selepas drama TWWSWTM tamat

Min Ho, apa lagi kasik gegar TV laaa

Seterusnya gandingan kakak adek Chae Rim ( 31) dan Choi Siwon (23). Wah Siwonnnnnn!! Super Juniorrrr oiii!! (Style SuJu)

Mereka bakal digandingan di dalam drama terbaru Oh My Lady di SBS (credit dramabeans).

Pasangan ni pula jarak usia 8 tahun. Adakah satu gandingan yang serashi? Kita sama-sama nantikan. Chae Rim salah sorang aktres peberet ambe juga.

Iklan percuma : Konsert Super Junior di Malaysia pada 20 Mac akan datang. Sudah kah anda membeli teket? Ambe tunggu last minit.

SMS Siwon tanya dia datang tak KL 20 Mac. Dia kata dia datang sebab dia dah lama mengidam nak makan nasik lemak lauk rendang ayam.

Pasangan seterusnya. Aik ko pon nak enterprem jugak

"Noona, jangan lupa doakan ambe ada projek drama tawon ni. Heroin dia awek sebelah ambe ni. Cun tak?"

"Cunnnnn, noona setuju. Rambut pon lebih kurang je. Kalu ko rebonding noona pon tak cam mana lelaki mana pompuan"

Sekian K-Info untuk harini. Selamat bekerja.

No comments: