Monday, January 25, 2010

Buku : Indahnya hidup bersyariat


Harini nak berkongsi satu buku yang baru dibeli di tahun baru. Tajuk buku "Indahnya Hidup Bersyariat". Baru terbit buku ni rasanya. Ustaz ambe jual di sekolah

Penulis buku Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azien b. Ab Hamid


Harga buku 30 sen

"Mana boleh 30 sen. Dalam ni macam-macam cite ada" tiba-tiba Dato' Ismail mencelah

"Oh maaf kan ambe Dato'. Ambe tersilap"

30 sen tu zaman Dato' Ajis Satar. Kekeke

Harga sebenar ialah RM55.00 saja. Boleh di dapati di kedai-kedai buku berhampiran anda. 


Dalam buku ini ada semua modul fardu ain untuk diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Memang elok dibaca untuk re-freshkan minda kita tentang bab-bab fardu ain kot-kot ada yang terlupa. Elok juga disimpan satu di dalam rumah sebagai bahan bacaan di masa lapang.

Contoh :

Bab 1 Syariat Kelahiran

Bab 2 Pendidikan Awal Kanak-kanak

Dan seterusnya


Bab 5 Munakahat (Hukum Perkahwinan)

Bab 6 Syariat dalam bermasyarakat


Antara sabjek dalam Bab 1

"Tahnik" - iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa.

Kepada ibu-ibu yang sedang hamil boleh la di laksanakan tahnik ni kelak


Kemudian ada cara-cara sembahyang mengiring


Cara-cara sembahyang jemaah


Turut memuatkan cara-cara mandi mayat beserta gambar dan model. Brader ni dah pektis jadi mayat


Kemudian cara-cara mengkapan mayat


Cara-cara memakai ihram


Cara mandi hadas besar yang baik. Dan banyak lagi. Semua ada gambar. Menambahkan lagi pemahaman kita. 

Selamat membeli!

No comments: